Rabu, 11 Jun 2014

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak: Gulai kawah daging & batang pisang @ 1 ekor lembu













Alhamdulillah, seorang sahabat Pak Ngah menyampaikan hasratnya 
inginkan kami memasak suatu menu istimewa 
yakni gulai kawah untuk
majlis walimah anaknya sulung.

Menu yang dihajatkan ialah gulai kawah daging di rampai batang pisang.
Menu ini sangat istimewa untuk majlis walimah
di kawasan kampung2  di negeri Kedah.
Manakala sahabat ini pula kini menetap di Kuala Lumpur 
sekian lama.

Alhamdulillah, kami sedia memenuhi hasrat dan hajat beliau.
Sehari sebelumnya  PH telah menyembelih 1 ekor lembu yang dibeli oleh beliau.
Daging dan batang pisang siap di rewang oleh jiran tetangga beliau.
Rempah ratus dan penumis disediakan oleh kami sendiri.

Tiada kawah, namun periuk yang besar sudah memadai
Apalah ada pada nama kawah...gulai tetap gulai.
Gulai di dalam kawah atau periuk, resepinya tetap sama.
Ternyata nama bekas memasak iaitu kawah cukup beraura.
Pada suatu pagi sesudah subuh, kami suami isteri
pun memulakan tugasan memasak.

Foto di rakam untuk kenang-kenangan.
Alhamdulillah hajat beliau dan keluarga telah tertunai.
Tanpa bicara dari jauh tanda like terus 
di ajukan kepada kami Masyallah...

  Jelas beliau rindukan kenangan menikmati menu gulai kawah
di kampung halaman suatu waktu dahulu.

Kepada pembaca blog sekelian, sekiranya
tuan-tuan dan puan-puan berhajat untuk menikmati gulai kawah
atau menu-menu lain bagi sebarang majlis kenduri
seumpama bolehlah hubungi kami untuk tempahan memasak sahaja.
Harga tawaran memasak sedia dirunding.
Insyallah.




Photo: #profdrmuhaya #assohwah #mutiarakata #hadith

Wasallam









Tiada ulasan: