Alhamdulillah, hari ini 5 Syaaban bagi tahun 1435 Hijrah.
Insyallah lagi 25 hari lagi kita akan sampai ke bulan Ramadhan.
Hujung minggu yang lalu, sempena cuti sekolah
saya tidak ketinggalan berniaga di gerai pakaian
tapak niaga karnival jom P masjid
Masjid Nurul iman Rawang.
Tapak gerai beroperasi mulai hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Disamping berniaga alhamdulillah, sepanjang hari berada di
halaman masjid dapat lagi
mendengar forum-forum yang ada disediakan.
Infrastruktur yang disediakan
oleh ajk masjid yang peka, membolehkan para tetamu
dan juga peniaga dapat mendengar kuliah dari sudut2 masjid
yang ada di sediakan tv tambahan yang mana dipancarkan terus dari dalam Masjid
hingga ke luar masjid. Masyallah...
Begitulah masa dan keinginan kita, dimana-mana sahaja
kita hatta dari hp yang canggih teknologinya kini
kita mampu melayari siri2 kuliah, bacaan Alquran
dan pelbagai pengisian ilmu.
Mudahnya kita mengintai untuk mengutip ilmu,
tapi adakah kita pasti
mudah atau tidak untuk kita mengamalkan ilmu itu
untuk diri kita sendiri
juga anak-anak serta ahli keluarga kita....
Inilah cabaran hari ini, kesenangan memiliki
pelbagai kenderaan yang hebat dan laju, boleh kemana sahaja
juga memiliki gajet berteknologi tinggi itu,
masih belum tentu memastikan
diri kita dapat mengamalkan ilmu yang terpancar hanya
dihujung jari kita.
Subanallah.
Mudah-mudahan Allah mengampuni kita dan
sentiasa mendorong diri kita agar
sentiasa berusaha merubah diri kita untuk
mudah mendapat ilmu, memahami dan melaksanakan di dalam segenap
masa ruang kehidupan kita
yang ada Insyallah.
Berniaga, matlamat perniagaan saya bukanlah hanya semata-mata
untuk mengautkan keuntungan dan juga sejumlah wang tertentu.
Di dalam usaha niaga ini, sebenarnya saya sentiasa
menyelami, mengkaji dan meneliti sesuatu, didalamnya terdapat
banyak pelajaran yang mendidik kita secara sedar ataupun tidak sedar.
Saya terkesima, seketika, gerai saya dikunjungi oleh orang-orang yang
saya tidak terfikir sebelum ini,
aura apakah yang terpanggil untuk mereka
singgah.
Sapaan, senyuman dan saling bertanya khabar
membuka luas minda saya,
yakin bahawa atas kehendak Allah
jua mereka hadir dan saling bertegur sapa
dengan saya.
Saya hanyalah orang biasa-biasa
bertahun dari jauh saya memandang mereka hanya dari kaca tv.
Mendengar mereka menghuraikan pelbagai ilmu
dari skop bidang masing-masing.
hari ini mereka singgah di gerai milik saya.
Inilah perniagaan saya yang biasa-biasa
menyediakan barang keperluan ibadah muslim haji dan umrah.
Sebagai menghormati mereka saya lupakan saja
ruang untuk berfoto bersama mereka.
Alhamdulillah.
KONGSI ILMU
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”
Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”
Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”
Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Maka tugas anda sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...
wASALLAm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan