Nasi daging
Daging masak lada hitam
Ayam goreng berempah
Acar buah |
Gulai kambing
Gulai kawah daging & tulang serta kentang
Bubur kacang
kuah laksa
Ramuan ulam-ulamnya
Cendol
Buah
Berkat buah tangan untuk keluarga pengantin
Lauk pengantin
Kek buat pengantin
Jemputan
Alhamdulillah selesai sudah tugasan kami di PHGL
menyiapkan katering makanan
untuk majlis walimatul urus seorang sahabat.
Menu yang di pilih dan dipersetujui adalah seperti berikut:
Pilihan menu makan malam keluarga:
Nasi putih
Masak lemak kuning & ikan masin
Ikan keli goreng berlada
Ulam & sambal belacan
Ikan bakar & air asam
Ikan masin
Daging goreng kicap & kacang panjang.
Kordial & air panas
Pilihan menu ringkas dari tuan rumah bagi majlis walimah:
Nasi putih
Nasi Daging
Nasi beriyani
Gulai kawah daging lembu & tulang
Gulai kawah kambing
Daging masak lada hitam
Ayam goreng berempah
Acar Buah
Bubur kacang
Laksa
Buah-buahan
Cendol
Kordial & Teh tarik
Foto sebahagian menu di rakam untuk kenangan.
Majlis walimah diserikan dengan hiburan Qasidah.
Terima kasih kepada tuan rumah yang memberi kepercayaan
kepada PHGL, berbincang dan merancang
khusus bagi katering makanan yang dihajati.
Masyallah tabarakallah.
Alhamdulillah.
Doa Majlis Perkahwinan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.
اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga.
Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang.
Ya Allah,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
KEPENTINGAN SEBUAH DOA
Erti doa adalah besar sekali kerana doa merupakan satu ibadat,
menurut Rasulullah SAW.. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’.
Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Keperluan terhadap doa juga besar, terutamanya di zaman moden kini apabila materialisme telah berjaya melekakan sebahagian besar umat Islam dengan begitu meluas sekali sehingga hati mereka mejadi keras seperti batu, atau lebih keras lagi dari itu.
Sesungguhnya, doa yang diambil dari sunnah akan mengingatkan setiap Muslim terhadap Tuhannya dan agar sentiasa rendah diri terhadapNYA di dalam setiap urusan harian hidup kita pada setiap masa di waktu siang dan malam.
Dengan itu Musllim tersebut tetap beristiqamah dengan agamanya, mengingati Allah dan memperolehi pahala yang melimpah ruah, lidahnya sentiasa berterusan menyebut nama ALLAH.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan