Selasa, 22 April 2014

7 Adik beradik







Alhamdulillah masa kian berlalu, inilah foto julung kali
dapat saya paparkan. Ia adalah realisasi gambar bersama
yang sempat dirakamkan bagi kami seramai 7 adik beradik
6 perempuan seorang lelaki. 

Sesi bergambar dirakam ketika majlis perkahwinan 
satu-satunya adik lelaki hujung tahun 2013.
Begitulah masa berlalu.

Oleh kerana kami ini ramai dan perempuan pula, setiap dari kami
akan diajar oleh emak dan ayah agar mampu berdikari dalam semua urusan.
Emak seorang suri rumah, 
Ayah seorang pesawah juga peniaga punya cara tersendiri
mendidik anak-anak walaupun tanpa segulung ijazah.

Alhamdulillah sungguh kerjaya ayah dan emak 
hebat dalam membesarkan dan membentuk jiwa kami adik beradik.

Setiap dari kami juga menyimpan nostalgia pengalaman hidup
yang berbeza, kerana antara kami menyambung belajar 
secara berperingkat kerana perbezaan umur. 

Jadi setiap dari kami punya pengalaman sendiri
menguruskan diri dan adik-adik yang dibawah.
Taat, diam, berdikari, yakin, saling tolong menolong
adalah perkataan istimewa yang menjadi 
nostalgia hingga kini. 

Semuanya indah untuk di kenang
sebagai suatu pengalaman hidup yang mematangkan diri
dalam menempuh kehidupan keluarga sendiri kala ini.
Subhanallah, Tabarakallah.


PERKONGSIAN ILMU


Barangsiapa yang bersandar pada harta, ketahuilah bahwa sewaktu-waktu ia akan miskin. 

Barangsiapa yang bersandar pada harga diri, ketahuilah bahwa suatu saat ia akan hina. 

Barangsiapa yang bersandar pada akalnya, maka ia akan tersesat. 

Namun.... 

Barangsiapa yang bersandar pada Allah SWT, sesungguhnya DIA tak akan pernah miskin, hina dan tersesat. 

(Sayyidina Ali bin Abi Thalib) 

SUBHANALLAH 

In Syaa Allah Allah SWT selalu senantiasa berada di dalam kehidupan kita,membimbing kita dan melindungi kita di segala apapun yang terjadi dikehidupan kita.





وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.

Wasallam




1 ulasan:

Hendrik berkata...

Indah sekali kutipan kalimatnya yang terkahir, menyejukkan hati dan pikiran, memberikan semangat dan kekuatan luar biasa untuk tetap kuat dan sabar dalam menjalani hidup ini. Terima kasih