Perjalanan dari Rawang menuju ke Kedah
Kumpulan memasak pulut kacau @ wajik
Halaman depan rumah
Halaman dapur rumah
Ruang tamu dah siap kemas
Menyiapkan bunga telur & beg cenderahati buat tetamu
Kumpulan memasak
Kumpulan membasuh ayam
Kumpulan marhaban
Anak2 saudara mara yang kecil turut membantu
menyediakan bunga manggar
Kumpulan menyiapkan makanan kepada semua
yang bergotong royong
Menyiapkan hidangan pengantin dibantu oleh saudara mara
Kumpulan pelayan bagi rombongan pengantin
Sahabat adik yang turut membantu mengubah buah-buahan
Kakak yang sulung menguruskan cenderahati untuk tetamu
Hiburan buat jemputan majlis walimah.
Alhamdulillah berakhirya tahun 2013,
maka selesai sudah majlis walimatul urus untuk
adik lelaki saya.
Cuti hujung tahun ini kami sekeluarga
menghabiskan sebahagian masa membantu mak dan ayah
di kampung menyelesaikan
majlis kenduri kahwin satu-satunya adik lelaki dalam keluarga.
Udara kampung saya di negeri kedah pada ketika ini
nyaman, sejuk dan berangin.
Orang kampung biasanya mengelarkan
cuaca ketika ini " musim angin timur".
Kiranya ada hujan gerimis diwaktu petang,
pasti besoknya akan wujud kabus di waktu pagi
angin akan sentiasa bertiup dari tengahari hingga ke petang
malam dan pagi menghasilkan udara nyaman dan sejuk.
Lebih kurang 16 tahun yang lalu, sebahagian penduduk kampung
yang hadir untuk bergotong royong sempena majlis walimah ini
juga telah meraikan majlis walimah saya.
Ada antaranya sudah pun kembali ke pangkuan Allah SWT.
Begitulah masa berlalu.
MUTIARA KATA
Wasallam
6 ulasan:
assalamualaikum kak shami
semoga pengantin berbahagia hingga ke akhirnya
seronok kenduri gotong royong. susah nak dpt gotong royong mcm ni kat KL. semua sudah pakai catering
Waalaikum salam dek afeez
Insyallah moga mereka berbahagia hingga ke syurga.
Kenduri gotong royong agak penat tapi seronok, tuan rumah mesti layan semua kebajikan peserta gotong royong sebaiknya.
Peserta gotong royong ni kebanyakkan sauadara mara keluarga tinggal sekampung. Mereka kerja bersawah atau kerja sediri.
Nampak hari tu kebanyakkannya pun dah tua mungkin akan datang terpaksa pakai katering juga.
assalamualaikum shami..
apa khabar lama kita tak bertegur sapa...
suka akk tgk rumah kg shami mmg betul2 suasana kg seronoknya syukur bagi yg dapat merasainya...
Waalaikum salam kak Azlina
Selalu juga ziarah blog akak tapi tak tinggalkan komen.
Alhamdulillah, begitulah adanya. Jemput datang ke rumah kg keluarga saya jika ada kelapangan.
Assalamualaikum Shami
seronoknya bergotong royong
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
As salam cik rozali
Alhamdulillah . Amin atas doa yang di catat. Terima kasih.
Catat Ulasan