Isnin, 13 Januari 2014

Sarang burung





Sarang burung berada pada tali tempat gantungan baju kurta lelaki


Alhamdulillah, suatu awal pagi sesudah waktu subuh
kami  terus ke restoran bagi menyiapkan tugasan
memasak, selesai disitu, saya menyambung lagi
tugasan di kedai D"Sham Muslim Shoppe.

Sekian lama bercuti di kampung tempohari, baru hari tersebut
saya dapat datang semula, kali ini saya ternampak sebuah sarang burung 
tergantung di muka pintu kaca kedai DSM. Kemungkinan ianya
sarang burung pipit.
Penghuninya sudah meninggalkan sarang.

Pada hari tersebut seperti yang dijanji, saya menerima tetamu, 
iaitu 3 orang pelajar Fakulti Akademi Islam
KUIS bagi sesi temuduga projek kerja kursus perniagaan mereka.
Profile Mak ngah dari DSM menjadi subjek pilihan.
Alhamdulillah.
Saya juga ada berkongsi ilmu dengan pelajar UIA dari bidang Ekonomi 
dan juga Pelajar Unisel dari bidang Pentadbiran Perniagaan
yang baru tamat pengajian, telah menceburi
perniagaan secara realiti, ilmu secara teori, 
belum cukup untuk mengemudi sesebuah perniagaan,
di situ, pengalaman hidup amat perlu untuk membantu mencerna 
diri kita dalam dunia perniagaan sebenar.

Semoga sedikit maklumat yang diberikan bermanafaat,
 membantu untuk dekat dan faham serta  
 membuka minda mereka bagi mengenali diri
bagaimana pengalaman kehidupan itu dapat memupuk 
diri bagi mengorak langkah memulakan perniagaan sendiri. 
Insyallah.

Saya selitkan juga kisah si burung pipit disini
agar hikmah sifat siburung ini dapat memberikan motivasi diri
buat kita hayati  sebagai suatu catatan jurnal kehidupan
yang boleh direnung-renungkan bersama. 

KISAH TELADAN TENTANG SEEKOR BURUNG PIPIT

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”
(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
 

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, 
seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit,
 adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?
Lalu sang pipit menjawab, 
yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu.
 Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; 
tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Subhanallah begitulah kebaikan sifat seekor binatang, inikan pula kita manusia
yang jauh banyak kelebihan akal yang Allah berikan. sama-sama kita renungkan.
Jom audit diri kita lagi.


KONGSI ILMU


Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

alhamdulillah... ilmu perniagaan di kongsi bersama.. untung pelajar2 skrg

Unknown berkata...

As salam

Alhamdulillah, dulu akak pun pernah buat temuduga dengan seorang taukeh kedai makan kat KL. Masa projek ETR keusahawan.