Jumaat, 22 November 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled : Kesantunan bahasa
















Alhamdulillah, suatu malam di kedai, ramai pelanggan hadir, 
waktu terluang yang ada 
kerja-kerja membingkaikan foto-foto kenangan 
berkenaan hidangan dan perjalanan
perniagaan kami ini selesai diuruskan. 

Sebahagian besar kerja-kerja pengolahan, 
dan susun atur di dalam kedai juga memasak
adalah curahan idea dan kreativiti sendiri, 
disempurnakan oleh Pak Ngah,
saya dan dibantu oleh krew.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dalam suasana yang serba sederhana. 

Terima kasih kepada para pelanggan yang menegur 
atau hanya saling menghadiahkan senyuman ketika berada di khalayak.
Walau kadangkala lansung tidak kenal siapa namanya.
Jemput singgah lagi ke kedai 
PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK


KATA GANTI NAMA ~ PAK NGAH  & MAK NGAH 


KATA orang, “Bahasa mencerminkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur sesuatu bahasa”. 
Seseorang penutur bahasa Melayu, 
sedapat mungkin akan menuturkan bahasa itu dengan sopan santun supaya beliau tidak dianggap biadap atau tidak berbudi bahasa.
  Dalam kesantunan berbahasa, 
bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.  
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggunaan gelaran, rujukan kehormat dan ganti nama.
            Gelaran dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada dua jenis, 
iaitu gelaran ‘nama kekeluargaan asas’ dan gelaran ‘jenama kekeluargaan’. 
Gelaran ‘nama kekeluargaan asas’ 
digunakan berdasarkan peringkat umur dan pangkat dalam sistem kekeluargaan. Nama gelaran dalam keluarga  ialah pak, mak, tuk, abang, kakak dan adik.  
Gelaran pak digunakan kepada orang lelaki kira-kira sebaya dengan ayah sendiri. Mak digunakan untuk orang perempuan yang anggarannya sebaya dengan emak sendiri.
Long ialah singkatan daripada perkataan sulung, 
yakni gelaran anak pertama. 
Ngah, singkatan bagi tengah, yakni anak kedua dalam keluarga. 
Lang ialah singkatan daripada alang, iaitu gelaran kepada anak ketiga. 
 Anjang ialah gelaran untuk anak keempat.
 Cik, singkatan bagi kecil (khalayak menyebut kecik untuk maksud kecil), merupakan gelaran kepada anak sebelum anak terakhir. 
Busu atau su, iaitu singkatan perkataan bongsu ialah gelaran anak terakhir.
Gabungan gelaran ‘jenama kekeluargaan’ ini 
dengan gelaran ‘nama kekeluargaan asas’ 
akan menghasilkan gelaran-gelaran 
seperti pak long, mak long, 
pak ngah, mak ngah, 
pak lang, mak lang, 
pak njang, mak njang, 
pak cik, mak cik, 
pak su dan mak su.  
Gabungan gelaran ‘nama kekeluargaan asas’ abang (atau bang) dan kak dengan gelaran ‘jenama kekeluargaan pertalian darah’ hanya terbatas kepada long, ngah dan cik, seperti bang long, kak long, kak ngah, bang ngah, bang cik dan 
kak cik.

DOA &  NASIHAT




Wasallam

Tiada ulasan: