Alhamdulillah, hari ini 11 Muharram bagi tahun 1435 Hijrah,
tahniah buat kawan- kawan yang telah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.
Semoga amal ibadah yang ditunaikan
dengan penuh ikhlas beroleh keredhaanNya.
Sejak kebelakangan ini, cuaca di persekitaran kediaman saya
agak sejuk kerana hujan lebat atau renyai turun awal pagi iaitu
sebelum masuk waktu subuh.
Ketika ini bangun pagi sahaja bagaikan menempuh cabaran hebat
dengan persekitaran kediaman yang berbukit, sudah tentu
air di pili sejuk hingga mencengkam isi dan kulit.
Sila abaikan pemanas air. Lebih nyaman rasanya bila
air yang dingin mengalir keanggota badan kita bila berwuduk.
Suatu hari ketika melewati perjalanan pagi ke pejabat
inilah foto yang dirakam, suasana awal pagi terasa nyaman dan damai
pemandangan alam sejuk, segar pabila melintasi bukit bukau
dan hutan rimba, serta kediaman yang berbalam-balam diliputi kabus pagi.
Pemandangan indah ini menceriakan waktu pagi lebih-lebih lagi tika
mengharungi perjalanan ke tempat kerja,
lalu foto saya rakam untuk kenang-kenangan.
PERKONGSIAN ILMU
Bangun awal pagi
Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan subuh .
Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan .
Al-Isra' – 78
Demi fajar.Dan malam yang sepuluh
Al-Fajr – 1,2
Sabda Nabi SAW "Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari
Sesungguhnya hikmah Allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan supaya meninggalkan sesuatu mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari.
Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan.
Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Ini selaras dengan moto perjuangan "Amirul Mukminin " Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.
Hanya orang mukmin sahaja yang dapat merasai hikmah ini.
Ilmu sains moden telah menemui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.
Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi,
baginda juga tidak berjaga malam selepas isya'
kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.
Al-Muzammil - 2
"Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur"
" Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya "
Al-Muzzammil - 6
Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain.
Gas ozon amat penting untuk tubuh badan.
Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik,
ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid,
semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
orang yang menjaga solat subuh,
tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan.
Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka."
Al-Furqan – 64
Al-Dzaariyat – 17,18
Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah
Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit
" Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu
ke tempat yang terpuji."
Al-Isra' - 79
Wasallam
1 ulasan:
assalamualaikum kak shami
area jalan selayang-rawang tu memang cantik terutama kalau cuaca sejuk mcm sekarang. tp kalau jalan selayang-KL tu... pergh.. sakit hati dengan jem... hehehe
Catat Ulasan