Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makanan Western Murah dan Sedap
Review Overview
Bagi yang mencari makanan western yang murah dan sedap di KL, anda boleh cuba grilled lamb steak special yang terdapat di Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak. Restoran ini telah direkomen oleh rakan lain yang pernah ke sini dan saya pon membuat keputusan untuk mencubanya sendiri. Restoran ini terletak di Rawang dan perjalanan dari Kuala Lumpur mungkin akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sekiranya jalan tidak sesak.
Mencari restoran ini buat pertama kali mungkin akan sukar sedikit kerana kurangnya landmark untuk membantu anda mengenal pasti lokasi kedai Pak Ngah. Walaubagaimanapon, sekiranya anda bertolak dari Kuala Lumpur menggunakan Jalan Kuching, anda akan melalui beberapa kawasan seperti Selayang, Templer Park dan pekan Rawang. Setibanya anda di Rawang, anda akan dapat melihat sebuah Tesco baru di sebelah kiri anda dan terdapat sebuah pusingan U lebih kurang 1.4km daripada Tesco. Anda perlu membuat pusingan U dan anda boleh menghimpit kiri kerana kedai tersebut terletak di sebelah kiri jalan lebih kurang 200 meter dari pusingan U tersebut.
Apa yang istimewanya disini ialah Lamb Steak Special. Bagi yang tidak makan kambing, disini juga terdapat pilihan ayam panggang istimewa. Memandangkan kami datang dari jauh, kenalah cuba signature dish disini iaitu Lamb Steak Special. Harga untuk sepinggan lamb steak special ialah RM18. Bagi saya harganya adalah berpatutan untuk standard KL.
Lamb steak special ini didatangkan sekali dengan kentang goreng, potato wedges, coleslaw, salad dan buah oren.
Tidak dilupakan jus tembikai (RM2.50) sebagai pelengkap hidangan dinner kali ini.
Apakah pendapat kami tentang makanan disini? Rasa lamb steak special disini boleh tahan sedap dan pada pendapat kami ianya disebabkan oleh sos black pepper yang digunakan disini. Rasa sosnya membuatkan anda berselera dan daging kambingnya juga dipanggang dengan baik. Hasilnya daging kambing yang dihidangkan tidak hangus dan juga tidak diberikan kepada kami dalam keadaan yang belum masak. Jus tembikainya juga ok. Servis dan hiasan dalaman disini pula adalah biasa sahaja.
Bagi kami, sekiranya anda inginkan makanan western yang dijual pada harga berpatutan dan rasanya sedap bolehlah datang ke sini untuk mencubanya. Cuma jangan harapkan restoran yang fancy kerana restoran ini terletak di tepi jalan berdekatan dengan banyak bengkel di kawasan Rawang.
Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak dibuka setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 malam dan ditutup pada hari Isnin.
Untuk panduan anda ke sini anda boleh merujuk map di bawah atau telefon nombor ini 0129332709/0192284344 untuk panduan arah jalan.
Pak Ngah Hilmi Lamb Grilled Steak
Jalan Lama Rawang,
Rawang, Selangor
Koordinat GPS: U 3.306619 T 101.589158
WASALLAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan