Sabtu, 26 Oktober 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak : Makan malam bersama


Anak-anak


Ikan kembung goreng

Ulam ~ Kangkung celur


Air asam @ sambal belacan versi keluarga shami

Kangkung & sawi goreng belacan

Masak lemak kuning pucuk paku
Alhamdulillah, 
inilah sebahagian rahmat dan nikmat dari Allah 
kepada kami sekeluarga
dapat makan malam bersama anak-anak, 
adik serta anak saudara, juga krew PHGL.

Lewat petang, hujan turun lebat sepanjang perjalanan
pulang dari KL hingga ke Rawang. 
Dalam suasana hujan lebat,  ketika singgah membeli stok barang restoran
terlintas difikiran menu makan malam 
untuk kami semua.
  
Selesai solat shami & Pak Ngah mula menyediakan menu yang dihajatkan. 
Menunya ringkas, nasi putih 
berlaukan sayur kampung, ulam & sambal belacan serta ikan goreng.
Foto dirakan untuk kenangan.

Ketika sedang menulis entri ini, 
sudah ada permintaan dari adik mimi untuk menu makan malam nanti, 
Insyallah akan ditunaikan nanti.

Kepada pelanggan yang berminat dengan makan malam bersama keluarga dihujung minggu atau seumpamanya, anda bolehlah kemukakan tempah meja atau tempahan hantar ke rumah berserta menu yang dihajatkan.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut.   

PERKONGSIAN ILMU





Wasallam

Tiada ulasan:

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...