Isnin, 7 Oktober 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled & D'Sham Muslim Shoppe



Kenangan perjalanan ibadah dari lensa peribadi



Alhamdulillah proses berpindah kedai telah pun selesai.
Hijrah dan hijrah lagi, 
Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 
Allah jua yang Maha berkuasa, 
Allah jua sebaik-baik perancang,
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Perjalanan ini masih jauh penuh tanggungjawab dan juga amanah
dunia maupun akhirat.
Hari ini 2 Zulhijjah bagi tahun 1434 Hijrah, 
adalah antara 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah yang sangat istimewa, 
namun perlu diingat amal ibadah kita
 tidak hanya dengan merujuk hari-hari istimewa ini sahaja
semestinya secara istiqamah sebagai seorang 
hamba Allah, itulah tanggungjawab kita setiap hari
peliharalah walaupun sedikit, jangan sekali diabaikan.
Walau dimana sekalipun kita berada, usah gusar
jalanilah kehidupan ini dengan hati yang lapang.

Niatkan semua pekerjaan kita hanya semata-mata untukNya
insyallah keindahan, kemudahan dan  pertolonganNya itu 
beriringan malahan menyerap dekat jauh kelubuk hati kita.

Begitulah kasih Allah untuk kita, 
 mendidik kita dekat lagi dan lagi denganNya.
Elakkan diri mempertikai setiap aturan ketentuanNya 
cepat maupun lambat setiap kejadianNya.
Jagalah diri,  disetiap masa kehidupan kita. 

 Rasulullah SAW suri tauladan kita
Nikmatilah hidup ini, ikutilah pesanannya
Insyallah kehidupan kita bertambah-tambah seri
penuh rahmat dariNya.

Kehidupan ini lebih indah apabila hidup ini dijalani untuk mencapai keredhaan Allah.
Marilah sama-sama, 
jalanilah rutin harian hidup kita dengan mengisi masa yang ada sebaiknya
dengan menunaikan tanggungjawab dan amanah 
yang telah dimiliki sebaiknya, yakni penuh tulus ikhlas
sebagai hambaNya
Sebagai suami
/isteri
/anak
/ibu
/bapa
/abang
/adik
/kakak
/pekerja
/majikan
/wakil masyarakat
/Rakyat kepada sebuah negara
 /sebagai penuntut ilmu, pengamal ilmuNya
setiap masa hingga ke hujung usia.

Bersempena 10 hari terawal di bulan Zulhijjah ini juga justeru menikmati indahnya
syiar islam itu sekali lagi jom berkongsi
catatan ilmu.


PERKONGSIAN ILMU


Bagi sesiapa yang inginkan ganjaran dan bonus-bonus yang menarik,

bolehlah menghayati beberapa tawaran yang telah dianjurkan kepada kita seperti di bawah.

Jom sama-sama kita baca dan amalkan.

Firman Allah Ta’ala:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”. (QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.
  • Firman Allah Ta’ala:
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telahditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. 
Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (QS. Al-Hajj: 28).
Menurut Ibnu Abbas berkata: Hari-hari yang ditentukan adalah “sepuluh hari pertama dari dzul hijjah”.(Sahih Bukhari halaman: 193).
  • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan dan Al-Turmudzi dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidaklah ada suatu hari di mana amal-amal sholeh padanya lebih dicintai oleh Allah selain dari hari-hari sepuluh pertama bulan Dzul Hijjah ini”.
 Para shahabat bertanya: Tidak juga berjihad di jalan Allah wahai Rasulullah?. 
Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: Tidak juga berjihad di jalan Allah kecuali seorang lelaki yang berjuang di jalan Allah dengan diri dan hartanya lalu dia tidak membawa kembali sedikitpun dari harta dan jiwa yang telah dibawanya). 
(Sahih Bukhari: no: 969 dan Sunan Turmuzi no: 757 dan ini adalah lafaznya).
  • Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahwa shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amal-amalan yang lebih dicintainya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan dzulhijjah, maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir dan tahmid).
(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadits ini berkata: 
Hadith Sahih).
  • Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Turmudzi dari Abi Qotadah bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
  •  (Berpuasa pada hari Arafah, sungguh aku mengharapkan bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa selama satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).
  • Ibnu Hajar berkataYang jelas bahwa pada saat itu terkumpul ibadah-ibadah yang besar seperti shalat, puasa, shadaqah dan haji dan hal itu tidak terjadi pada masa-masa yang lainnya. (Fathul Bari: 2/460).
Amalan Yang Dianjurkan Pada 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah
Solat
  • Disunatkan untuk sentiasa bersegera mengerjakan solat fardhu berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat kerana ini merupakan salah satu ibadah yang paling utama untuk  mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.Diriwayatkan bahawa Thauban r.anhu berkata:Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hendaklah kalian memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala kerana setiap kali kamu bersujud,maka Allah Ta’ala mengangkat kedudukanmu dan menghapuskan kesalahanmu).(Riwayat Muslim).
Puasa
  • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abi Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata:
(Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun).(Al-Bukhari no: 2840 dan Muslim no: 1153).
  • Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah s.a.w bersabda:
(Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan).
  • Imam Nawawi berkata: Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan.
Takbir,Tahlil dan Tahmid Kepada Allah Ta’ala
  • Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu,katanya:
(Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid).(Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih).
  • Imam Bukhari berkata: Suatu hari,Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.anhuma keluar ke pasar pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,mereka berdua bertakbir dan orang ramai pun turut serta bertakbir bersama mereka berdua.
  • Beliau juga berkata: Umar r.anhu telah bertakbir di dalam khemahnya di Mina dan telah didengari oleh mereka yang berada di dalam masjid,lalu mereka bertakbir dan orang-orang yang berda di pasar turut serta bertakbir hinggakan Mina bergema dengan Takbir.
Lafaz Takbir: الله أكبر  (Allah Maha Besar)
Lafaz Tahlil:لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
Lafaz Tahmid:الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)
Contoh lafaz yang dianjurkan: الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Puasa Hari Arafah
Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah s.a.w bersabda:
(Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya). (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Turmudzi no: 143 no: 749).
Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.
Menunaikan Haji Bagi Yang Mampu
Firman Allah Ta’ala:
وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkarkewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta).
(QS. Ali Imron: 97).

Ini merupakan kemuncak ibadah pada bulan Zulhijjah.
Bagi sesiapa yang berkemampuan untuk menunaikan haji,maka diwajibkan kepadanya untuk menyempurnakan rukun islam yang kelima ini dan merupakan sebaik-baik amalan bertaqarrub kepada Allah Ta’ala.
  • Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab shahihnya dari Ibnu Umar bahawa Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
(Islam dibangun di atas lima rukun: Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa).(Al-Bukhari no: 8 dan Muslim no: 16).
Akhir kata,rebutlah peluang keemasan ini selagi masih ada hayat dikandung badan.Jangan sia-siakan bonus yang cukup hebat ini kerana tahun hadapan belum tentu lagi kita hidup di dunia ini.Mengemislah di dunia sebelum anda menjadi pengemis di kehidupan yang kekal abadi.
Selamat Beramal
Wasallam

Tiada ulasan: