Isnin, 2 September 2013

Sambutan Aidilfitri berjemaah, Lorong 4/9 Taman Rawang Perdana


Jemaah sambutan aidilfitri 


Adik mimi dan rakan-rakan bersama tetamu jemputan mereka 
salah seorang ustaz dari SRAIK


Alhamdulillah, selesai sudah puasa sunat Syawal, 

Alhamdulillah puasa sunat Syawal sama diraikan dengan 
 sambutan aidilfitri secara berjemaah 
dari saya sekeluarga bersama jiran tetangga.

Alhamdulillah program sambutan secara berjemaah 
yang telah dianjurkan ini sejak beberapa tahun yang lalu, 
telah pun dicontohi oleh beberapa sahabat saya dari daerah lain yang pernah hadir.

Alhamdulillah, sekalung terima kasih kepada tetamu jemputan yang telah hadir, 
mudah-mudahan rahmat dan kasih sayang Allah ini sentiasa bersama kita 
hingga ke kefirdausNya nanti.

Insyallah sekiranya dipanjangkan umur moga bertemu lagi pada tahun hadapan.

Alhamdulillah, sekali lagi  kenangan dan foto, dicatat di dalam blog SDH..


PERKONGSIAN ILMU

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini 
ialah kunjung-mengunjung, 
ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, 
sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)

Wasallam


5 ulasan:

ANIM berkata...

Rawang perdana? Adik lelaki saya pun tggl di sana, 4/6

mamawana berkata...

MERIAHNYERR...

Disham Nordin berkata...

As salam anim

Terima kasih mengunjungi blog saya, jemput bertandang ke rumah bila sampai ke rawang perdana.

Disham Nordin berkata...

As salam mamawana

Alhamdulillah, begitulah sambutan aidilfitri di tempat saya khususnya lorong berkenaan.

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

semua pakai baju raya tu...

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...