Rabu, 18 September 2013

Buah tembikai

Fail:YosriTimunCinaKuning.jpg 


 Buah tembikai kuning


 Suatu petang pulang dari pejabat kami singgah di sebuah gerai menjual buah tembikai.
Pak Ngah sedia membeli buah tembikai merah seperti kebiasaannya. 
Ketika membayar harga sebelah buah tembikai merah, 
kami dihadiahkan pula dengan sebelah buah tembikai kuning.

Alhamdulillah, namun hati masih tertanya-tanya akan pemberian tersebut,
hinggalah saat menikmati beberapa hiris tembikai tersebut di rumah.
Usaha mencari2 sumber ilmu akan khasiat buah tembikai ini dari sudut pandangan dan nasihat  Rasulullah SAW mula diselidiki dan dihayati.

Hasilnya jom kita berkongsi penemuan ilmiah yang telah saya dapat 
tentang khasiat buah tembikai ini kepada kita semua.
Subhanallah, 
hebatnya tumbuhan dan buah-buahan ciptaan Allah ini 
yang menjadi sebahagian makanan buat kita manusia
tanpa kita sedari hanya dengan melalui ilmu
terbukti sudah kebesaranNya, 
begitulah rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita semua
di atas mukabumi ini. 


PERKONGSIAN ILMU

Ibnu Abbas berkata:
 "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."


Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW.
Nabi menciumnya dan bersabda:
 "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.
Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini".
 Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.
"Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.
Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Wasallam



2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

wah... buah tembikai telah wujud sejak zaman nabi...

Unknown berkata...

Waalaikum salam

Begitulah hasil pencarian ilmu yang di perolehi..sejak 1400 tahun lagi buah tembikai telah pun wujud...

Bila makan tembikai ingatlah nabi kesayangan kita berselawatlah kita kepadanya...selalu..