Meninjau senibina rumah kayu moden
Pandangan hadapan
Sawah padi sedang menguning
Halaman masuk ke rumah kayu
Anak pokok jagung
Pokok jagung tumbuh subur
Ketika bercuti tempohari beberapa foto ini dirakam untuk kenang-kenangan.
Senibina rumah kayu moden yang tersergam indah
di tepi jalan menghala ke kodiang atau Arau menjadi tatapan
pilihan shami sekeluarga.
Ketika ini di kampung sawah padi sedang menguning,
Tanaman jagung juga ada di tanam...nostalgia hidup dikampung
indah untuk dikenang...
Anak2 kesemuanya suka berqasidah...
periuk untuk memasak pun boleh bertukar
kegunaan menjadi alatan muzik sambil berqasidah..
Along melayan saudara sepupunya bermain bola
Adunan kek yang telah siap di adun
Adunan kek sedang di bakar
Memasak adalah sebahagian aktiviti keluarga
lebih-lebih lagi ketika kesemuanya pulang bercuti.
kek warna warni ini adalah antara juadah aidilfitri kesukaan shami.
PERKONGSIAN ILMU ~ MENGENALI ALLAH SWT PENCIPTA KITA
Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifatNya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah.
Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu.
Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih Indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa didalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijabNya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat Kecantikan/Keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.
Ini baru sifatNya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifatNya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?
Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hambaNya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.
Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa?
Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil?
Pilih kasih?
Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?
Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmatNya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
Wahai hamba-hambaKu! sekiranya hamba yang mula-mula sekali diciptakan sehingga hamba yang terakhir sekali dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang bertaqwa semuanya, maka tidaklah dapat menambahkan sedikit pun dari Kekuasaan dan KebesaranKu.
Sekiranya hamba yang pertama dicipta sehingga hamba yang terakhir dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang paling jahat, yang demikian tidaklah dapat mengurangkan sedikit pun Kekuasaan dan KebesaranKu.
Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita, tetapi kitalah yang memerlukan dan berhajat kepada Allah.
Oleh itu, peliharalah hubungan kita dengan Allah dan salah satu caranya ialah dengan bersangka yang benar tentang Allah, iaitu bersangka baik (Berfikir Positif) kepada Allah, dengan ikhlas.
Kerana faedahnya adalah untuk kebaikan manusia sendiri, Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.
Manusia sebagai hamba Allah dalam menjalankan hidupnya di dunia ini hendaklah jauh dari prasangka jelek kepada Allah, agar jiwanya tidak risau dan tertimpa penyakit yang dapat menegangkan saraf.
Kita harus berprasangka baik (Husnuzzon ) kepada Maha Pencipta. Kita harus memahami dengan penuh keyakinan bahwa Allah Ta’ala Maha Adil dan Maha Pemelihara. Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada manusia sesuai dengan rencana Allah.
Wasallam
2 ulasan:
Salam Syawal Shami
saya peminat seni kayu tu...
Salam cik Rozali
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI,
saya sekeluarga juga peminat seni kayu.
Catat Ulasan