Nota foto:
Pokok limau purut yang dibeli tempohari.
Ianya telah ditut @ dicantumkan oleh penjual
dengan dahan limau nipis, selepas beberapa hari disiram dengan air zam-zam
pucuk2 daun muda mula keluar dengan lebatnya alhamdulillah
itulah bukti akan hebat dan istimewanya air zam-zam apabila diminum oleh kita umat islam apatah lagi bila ianya disiram kepada pokok.
Subhanallah.
Ramadhon masuk hari ke 10 hari ini.
Insyallah kita masih punya baki lagi 19 hari bagi
Ramadhon tahun ini.
Lewat usia saya hari ini,
berbagai pengalaman hidup tentang insan dan ramadhon
silih berganti, warna-warna kehidupan ini berlegar-legar
setiap hari apabila berurusan dengan pelbagai golongan @ insan di sekeliling kita.
Pelbagai watak lakonan dan dialog menjadi tatapan
dan selingan seiring masa berlalu dari terbitnya fajar
hinggalah tibanya waktu berbuka takala fajar terbenam diufuk barat.
Adakala alhamdulillah, kadangkala, saya dan mungkin sesiapa antara kita jua
akan hanya mampu beristigfar dan juga menyebut:
لا حول ولا قوة إلا بالله
Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)
Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi:
“Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in,
aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.
Ucapan itu dinamakan Hauqalah.
Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.
Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunak
an untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki
sesuatu urusan.
Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk
menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk
mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:
“Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku:
“Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada
beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah.
Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”
Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata:
“Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
“Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan
dari perbendaharaan syurga?
Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah.
Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”
Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata:
“Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir
(maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab:
Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula
(tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah,
wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan
Allah SWT.
Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda:
“Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”
Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya
sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat
kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.
Seterusnya jom audit diri kita hari ini dengan sesi ilmu berikutnya:
Hebatnya POWER of Ramadan
POWER bukan sebarang power, POWER ada
makna di sebaliknya.
P stands for Platform
Apabila tiba sahaja Ramadhon,
kebiasaannya kata-kata atau ucapan seperti “aku mahu Ramadan kali ini lebih
baik” dan “moga Ramadhon kali ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadhon sebelumnya” yang kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap “moga Ramadan
pada tahun ini lebih buruk”.
Kerana apa? Kerana Ramadhon salah satu
platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik.
A platform to be a better person!
Dan kerana itu saat tiba sahaja
Ramadan, kita semua mula mempersiapkan diri bersama senarai what-to-do-in-Ramadhon. Pada
bulan yang lain ada? Mungkin ada namun jarang dan kurang kesungguhan.
O stands for Opportunity
Opportunity bermaksud peluang. Ramadhon membuka banyak peluang. Peluang
menjadi hamba yang lebih baik dan peluang untuk menambahkan amalan serta meraih
segala fadhilat yang tersedia. Andai sebelum ini bukanlah satu kebiasaan solat
berjemaah di masjid maka pada bulan Ramadan rajin menjejakkan kaki ke masjid
untuk solat terawih.
Bukan 8 rakaat malah 20 rakaat. Tambahan, tiada satu hari
yang ketinggalan.
Ramadhon juga membuka peluang untuk
mengajak tadarus Al-Quran bersama-sama. Ramadhon membuka peluang meningkatkan
lagi status ajakan terhadap kebaikan di Facebook. Ramadhon membuka peluang
meraih keampunan Allah dengan Lailatul Qadr.
W stand for Wish
Wish membawa maksud keinginan atau harapan. Pada bulan Ramadhon ini begitu ramai yang terlihat memasang keinginan dan harapan.
Harapan supaya
dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya. Harapan supaya mulut
terjaga daripada umpatan dan cacian.
Harapan supaya lebih rajin mendirikan
qiamullail.
Seribu satu harapan tertulis di
minda.
E stands for Encouragement
Bulan Ramadhon bulan galakan dan
dorongan. Terasa ada satu semangat baru dalam diri terutama pada saat awal
kedatangannya. Semangat begitu berkobar-kobar agar hari-hari yang dilalui dalam
bulan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat.
Diri terdorong untuk berazam
agar hari-hari pada bulan ini penuh dengan ibadah yang terancang.
Galakan dan dorongan untuk melakukan
pembaharuan dalam diri terutama.
R stands for Reckon
Reckon membawa maksud menghitung. ‘Self-reckoning’ bermakna
muhasabah diri. Menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri. Bulan Ramadhon bulan
yang sesuai dirasakan untuk lebih merenung kekhilafan dalam diri. Banyak
manakah amalan selama ini? Bagaimanakah hubungan dengan Allah? Bagaimanakah
pula akhlak terhadap manusia selama ini?
Sejauh mana bisa mengawal marah?
Sejauh mana bisa mendidik hati menjadi seorang yang pemurah memberi dan
berkongsi? Sejauh mana percakapan dihalakan kepada perkara-perkara yang
positif?
Kerana itu ada yang muhasabah pada
bulan Ramadhon membawa kepada keputusan untuk istiqamah menutup aurat dengan
sempurna walaupun selepas berlalunya Ramadhon. Alhamdulillah.
Hebatnya Ramadhon mendidik peribadi.
Hebatnya Ramadhon menghembus semangat dalam diri. Hebatnya Ramadhon bisa mengetuk
pintu hati insani melakukan pengislahan atau pembaikan terhadap diri. Benarlah
Ramadan itu madrasah diri, tarbiyah hati.
Bekalan sepanjang tahun
Namun, kita bukan mahu hanya hebat
beribadah pada roh bulan Ramadhon yang hebat. Kita mahu membawa tarbiyah dari
bulan Ramadhon untuk tetap dijadikan bekalan pada bulan-bulan mendatang.
Jika pada bulan Ramadhon sedayanya
belajar untuk tidak mengumpat maka begitu juga yang akan diusahakan selepas
Ramadan.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya
belajar menggagahkan diri untuk bangun malam maka begitu juga yang akan
diusahakan selepas Ramadhon.
Jika pada bulan Ramadhon sedayanya
cuba mengkhatamkan Al-Quran maka begitu juga yang akan diusahakan malah lebih
baik lagi bersama tadabbur.
Kita mahu Ramadhon hebat begitu maka
pada bulan-bulan selepasnya juga begitu. Kita bukan mahu roh ibadah pada bulan
Ramadhon sahaja tetapi kita juga mahu roh ibadah itu pada bulan-bulan
selepasnya. Ibadah, kebaikan, akhlak bukan hanya pada bulan Ramadhon tetapi
mesti diusahakan terlaksana hari-hari jua.
Wahai hamba, bawalah roh Ramadhon itu hari-hari.
Kerana kita bukan hamba Ramadhon tetapi hari-hari kita merupakan
hamba Ilahi!
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan