Masak lemak cili api ikan salai
Ayam goreng
Kari kepala kambing
Ulam2 (salad melayu) dan salad untuk BBQ kambing
BBQ kambing Aqiqah
Kumpulan Marhaban
Salam 1 Syaaban bagi tahun 1434 hijrah,
alhamdulillah dan insyallah kurang lebih sebulan lagi kita semua umat islam
akan menyambut pula bulan Ramadhan...
Di dalam tempoh sebulan ini, ada ramai sahabat2 kita yang berhajat untuk mengadakan
Majlis Aqiqah, doa selamat & kesyukuran di atas kejayaan anak2 menempatkan diri di pusat pengajian tinggi dan sebagainya ...
Kali ini kami di Pak ngah Hilmi grilled Lamb menerima tempahan
daripada seorang hamba Allah @ sahabat kita yang ingin
menunaikan ibadah Aqiqah buat anaknya.
Perkhidmatan katering kami dibumi Malaysia ini tentunya menu pilihan juga adalah dari
pilihan citarasa rakyat Malaysia, kalaupun ada menu western pilihannya adalah menjurus kepada sphageti, Garlic bread, Mushroom soup, udang & sotong goreng tepung
Thousand Island dll. Menariknya walaupun pasangan tuan rumah berlainan keturunan atau tetamunya jemputannya terdiri dari berlainan bangsa menu masakan Malaysia
tetap menjadi menu utama.
Berbalik kepada majlis sahabat kita ini,
Berbalik kepada majlis sahabat kita ini,
Antara menu yang ditempah adalah seperti berikut:
Kambing Aqiqah @ BBQ kambing @ Salad, coslow, mashed potato
& kari kepala kambing
Masak lemak cili api ikan keli salai
Ayam goreng berempah
Sayur campur
Ulam2 & sambal belacan
Air panas & sejuk
Buah-buahan tempatan (ikhsan tuan rumah)
Sejak awal pagi semua krew kami bersedia
ikan keli subuh2 pagi telah di salai
diikuti segala persediaan rempah ratus untuk semua menu masakan
alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan selesai dengan baik.
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa kami di PHGLS
ingin mengumumkan seperti berikut:
BERSEMPENA DATANGNYA RAMADHAN AL MUBARAK
RESTORAN PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB
MENAWARKAN :
BUFFET RAMADHAN
TAWARAN HARGA ADALAH RM30.00 BAGI DEWASA DAN RM18.00 BAGI KANAK2
WAKTU PERSEDIAAN 6.30 PETANG HINGGA 8.30 MALAM
RUANG SOLAT DISEDIAKAN.
SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN AWAL & MAKLUMAT LANJUT
PERKONGSIAN ILMU & ULANGKAJI
Bersempena datangnya Syaaban, bulan yang penuh rahmat ini, sekali lagi jom kita audit diri kita dan ulangkaji semula ilmu untuk di amalkan.
Harap kawan2 semua dapat membacanya dengan
penuh sabar hingga tamat catatan ilmu ini.
SYAABAN
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat
Islam semakin menghampiri Ramadhan.
Marilah kita sama-sama merenung sejenak
apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban.
Masih ramai umat Islam di
luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan
pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya.
Sebelum itu,
marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang
bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan
bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh
dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada
bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela
dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan
sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada
waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di
padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan
nama itu sehinggalah sekarang.
Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang
pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang
paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah
kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab,
“Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam
bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab
bererti setengah.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu
Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan
Syaaban.
Umat Islam mempercayai yang pada
malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk
ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun
malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat
dalam keadaan tidur atau lalai.
Malam Nisfu Syaaban
merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam
itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam
Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan
bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah
wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W
dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm
sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan
dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu
daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji
diriMu sendiri.”
Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya :
“ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada
malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt
(turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya
matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan
hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari
kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya.
Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku
sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari
kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W
selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu
syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat
ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan
terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah
hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan
diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan
dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban
bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan
yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
·Memperbanyakkan
puasa sunat.
Sebagaimana yang telah
dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat
dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu
adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam
memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban
ini. Begitulah tingginya
pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun
Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W.
bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada
permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada
akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh
puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan
apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati
syahid.
·Memperbanyak
doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam
juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah
S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang
mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta
menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua
dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan
penyakit."(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
·Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada
Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki
niatmu." Sabda Nabi s.a.w. :
Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa
sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi
tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah
seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.
Jika dia sempurnakan
puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan
(terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara
Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w.
ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.:
“Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).
Sabda Nabi s.a.w.:
“Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka
puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki
baginya” antara lain sabdanya lagi:
“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa
penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap.
Terdapat beberapa
peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam
Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
Wasallam
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan