Sabtu, 15 Jun 2013

D"Sham Muslim Shoppe : Hari berkemas







Alhamdulillah, hari minggu datang lagi, seawal jam 5.30 pagi lagi 
shami dah bangun, memulakan rutin hari baru, menyediakan diri seperti kebiasaan
tepat jam 8.30 pagi shami dan Pak Ngah sudah ada di Pekan Rawang untuk hantar adik mimi ke kelas Hafazan. 

Kemudian kami sarapan bersama. 
Pak Ngah hantar shami ke kedai D Sham Muslim Shoppe, 
sementara dia ada urusan sendiri
hari ini kedai di buka se awal jam 10.00 pagi.
Sesi mengemas, menyapu, mengemop, alih letak barang 
dan perabot kedai pun dijalankan berpeluh juga sampai ke muka
insyallah sihat dan baik untuk kesihatan. Sambil mengemas shami pasang 
rakaman doa2, lagu2 nasyid & qasidah

Selesai semuanya, berehat sebentar, menyemak blog, 
kemudian seperti biasa, rutin2 harian seorang peniaga terus dijalankan. 
Antara rutin shami ketika di dalam kedai adalah mendengar bacaan ayat2 suci Al Quran.
dari iman Mekah yang disukai suaranya iaitu Iman Mishairy Rashid.

Bacaannya memang menyentuh kalbu...
kekadang boleh saja air mata mengalir..
hati pun tak keruan jadinya bayangan di tanah suci Makkah dan Madinah.
akan terimbau kembali....

setiap hujung minggu begitulah apabila berada di kedai...D'Sham Muslim Shoppe
Hari kerja, di pejabat pun begitu juga...
ofis dan bilik shami agak privacy jadi...memang pagi2 
suka pasang bacaan ayat2 suci Al quran sambil buat kerja...
itulah rutin seharian yang sering di rindu... 

Foto di atas di rakam untuk kenang -kenangan bila teringat
Makkah & Madinah...sebenarnya kenangan dan cara hidup di sana
ingin dilalui sehingga berada di Malaysia...setiap masa.
Allahuakbar....hampir setahun berlalu setelah kepulangan dari menunaikan umrah
segala urusan diri seboleh mungkin dipelihara sebagaimana di sana...
Mudah-mudahan hajat dan harapan shami dan keluarga ini dipelihara Allah SWT hendakNya...insyallah..

Satu perkongsian lagi..
waktu2 dinihari, cuba kita bangun, bersihkan diri,
berwuduk, solat dsbgnya, kemudian kita bacaa Alquran bersama tafsir ayat 
satu persatu, sambil2 tu berdoalah kepadaNya agar
 dibuka hati dan fikiran untuk memahami akan ayat2 suci tersebut insyallah
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Pemurah dan Maha berkuasa..

Segalanya mungkin....indahnya ..aktiviti tu  umpama/seolah2 
kita bercakap dengan Allah..
setiap ayat  Al quran dari pelbagai surah yang ada, mempunyai nasihat, teguran, doa, hukum hakam, sejarah kaum terdahulu dan kisah2 rasulnya..dan pelbagai lagi..
berikutnya masa2 terluang kita semak pula akan hadis berkaitan ayat yang di baca..juga merujuk kepada pelbagai rujukan yang ada , sesekali menjengah ke majlis ilmu, insyallah dunia maya yang tidak terbatas ini melalui komputer dan hp juga juga adalah jentera.
atau peralatan/ perkakasan yang ada penuh dengan ilmu andai di gunakan sebaiknya...
insyallah....segala masa kita yang ada sentiasa terisi...
hari yang dilalui..indah dan bermakna...
kita hidup dalam redha dan rahmat Allah

Pilihan ada ditangan kita....
harap sama-sama jangan kita sia-siakannya 
walau dimana berada, di dalam kereta, berehat di rumah, berada di dapur, hatta berada di depan tv, bekerja di ofis, dll
bacalah Al quran, paling tidak pun dengarkanlah bacaan ayat2 suci Al quran
baca, faham,amalkan  dengar faham amalkan..
iannya mukjizat...penawar segalanya....juga
teman akrab yang akan menemani kita hingga 
ke barkzah nanti....

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Wasallam...










Tiada ulasan: