Selasa, 19 Mac 2013

Hidangan pembuka selera







Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi  Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, syukur untuk rahmat Allah sekian kalinya, 
saya masih diberi ruang masa untuk menulis lagi. 
Kepada kawan yang membaca blog saya ini,
 rajin-rajinlah menulis, menulis mengasah minda, 
mengalakkan otak kita berfikir secara positif  dan terbuka.
ketika mencari fakta-faktanya.
Bahan menulis adalah pengalaman berharga yang ada disekeliling kita.

Pandanglah dengan matahati kita.
Hayati setiap saat yang ada,
Menulislah dengan nama Allah SWT, 
insyallah ilham akan datang mencurah2 tidak terhingga.
Mudah-mudahan bahan tulisan kita menjadi kenangan manis sekeluarga atau 
panduan pula kepada orang2 yang memerlukannya.
Sesiapa saja punya bakat untuk menulis, 
menulislah dari sudut hati kita.

Memasak adalah tugas kaum ibu samaada surirumah, maupun ibu yang bekerja, kadangkala kaum bapa juga berupaya melakukan tugas istimewa ini,kalau berminat untuk mencuba. Pilihan ada ditangan kita, 


 RESEPI  HIDANGAN PEMBUKA SELERA SEKELUARGA

SAMBAL BELACAN

 DIMAKAN BERSAMA ULAM-ULAM SEGAR & DI REBUS

Cili padi
Cili besar
Belacan
Air asam jawa/perahan air limau nipis/Limau kasturi/Air asam keping/buah bacang, belimbing buluh dll buah yang masam. 
(Mana2 ikut selera anda)
Garam secukup rasa
Air masak/mineral
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
Alat digunakan :

 Lesung batu

Bahan-bahan tersebut ditumbuk kasar atau halus
sesudah dimasukkan dalam piring/mangkuk, campurkan sedikit air 
Sedikit isi ikan rebus/ikan goreng yang digoreng sederhana masak.
Supaya kondisi rupa sambal belacan sedap dan menyelerakan.

Atau

Blender
Sekiranya kawan2 mengunakan blender
saya cadangkan masukkan buah tomato bagi mengantikan air.
 Penggunaan buah tomato juga boleh memekatkan
sambal belacan, rasanya juga akan lebih enak.

AIR ASAM

UNTUK DIMAKAN DENGAN ULAM2 SEGAR DAN ULAM REBUS 

Hirisan Cili padi/Cili burung secukupnya
Belacan
Sedikit isi ikan rebus/ikan goreng yang digoreng sederhana masak.
Air asam jawa/perahan air limau nipis/Limau kasturi/Air asam keping.

Garam secukup rasa
Air masak/mineral
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan2 tersebut kedalam mangkuk
Akhir sekali campurkan sedikit isi ikan rebus/ikan goreng 
yang digoreng sederhana masak.
Gaul dengan tangan sehingga sebati.



AIR ASAM UNTUK DIMAKAN DENGAN TELUR REBUS/IKAN BAKAR/KERANG 


Cili padi dan Cili besar di potong secukupnya
Belacan
Air asam jawa/perahan air limau nipis/Limau kasturi/Air asam keping.
Hirisan bawang merah dan bawang besar

Garam secukup rasa
Air masak/mineral
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan2 tersebut kedalam mangkuk
Gaul dengan tangan sehingga sebati.


AIR ASAM UNTUK DIMAKAN DENGAN DAGING/AYAM



Cili padi dan Cili besar di potong secukupnya
Belacan
Air asam jawa/perahan air limau nipis/Limau kasturi/Air asam keping.
Hirisan bawang merah dan bawang besar
Hirisan buah tomato
Kerisik jika suka

Garam secukup rasa
Air masak/mineral
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan2 tersebut kedalam mangkuk
Gaul dengan tangan sehingga sebati.


PERKONGSIAN ILMU



Wasallam













2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum

first time plak dengar sambal belacan bubuh isi ikan

shami2 berkata...

As salam dekk afezz

Yang ni resepi dari dapur keluarga kt kg.