Jumaat, 29 Mac 2013

Hamba Allah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam jumaat, semoga kita semua sentiasa di dalam 
rahmat dan redhaNya walau dimana saja kita berada.

Foto di atas adalah antara foto pokok yang ada di depan kedai, baru-baru ini
telah dicantas bahagian daunnya pelepahnya hingga gondol 
akhir-akhir ini hujan sentiasa turun, pokok tersebut mengeluarkan 
semula pelepahnya yang muda lagi sihat dan segar.
Dibawah sinaran lampu waktu malam, kelihatan rupanya berseri-seri.

Lewat hari-hari yang berlalu, saya telah menemui beberapa orang hamba Allah SWT.
Mereka ini terdiri daripada wanita. Saya tersentuh dengan pengalaman hidup mereka, 
khususnya tentang cabaran dunia perniagaan, keluarga, sahabat dsbgainya.
Apa yang menarik dari perkongsian pengalaman tersebut, kebanyakkannya
mereka ini kuat dan tinggi keyakinannya kepada Allah SWT.
Sabar menghadapi lumrah dan fitrah serta cabaran sekeliling .
 Wajah2 mereka ceria bila menceritakan pengalaman 
yang telah dilalui, serta saat mendapat petolongan Allah SWT .
Hikmah pertemuan kami adalah suatu proses pembelajaran
berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan, motivasi diri untuk berusaha, 
bekerja dengan penuh jujur ikhlas semata-mata kerana Allah.






Wasallam


Tiada ulasan:

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...