Rabu, 20 Februari 2013

Telekung, Solat,& Pelan pertemuan hari hebat




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah  fasa minggu pertama bulan Rabiulakhir bagi tahun 1434 Hijrah 
kian berlalu.
Pada suatu petang saya dihubungi oleh seorang hamba allah, 
hajatnya ingin membeli telekung di kedai saya untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena hari ulangtahun kelahiran isterinya. 
Kedai telah tutup pekerja telah pulang kerana hari telah lewat petang.
Lalu temujanji semula jam 10.00 malam pun berlansung.
Beliau memperkenalkan diri sebagai seorang saudara baru
Mendapat maklumat berkenaan telekung dari internet (blog saya)
Lalu saya usulkan berbagai jenis kualiti kain telekung
Antaranya
1) Telekung yang murah dan cantik
2) Telekung yang mahal dan cantik.
Lalu beliau memilih telekung yang mahal dan cantik.
Hati saya tersentuh
Bukan nilai wang yang menyentuh perasaan saya pada ketika itu
tetapi ketulusan hati dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya
menghadiahkan sepasang telekung untuk tujuan isterinya bersolat
(menyembah Allah SWT). 
Begitulah kasih sayang sisuami buat isterinya
 betapa hebat lagi erti pemberian sepasang telekung untuk tujuan solat itu
disisi Allah SWT. Allahuakbar...

PERKONGSIAN ILMU 
NILAI SOLAT & PELAN PERTEMUAN HARI HEBAT

Solatlah dengan  penuh pengertian, 

hati dan jasad bersembah di hadapan Allah SWT, 

Hatinya dapat melihat dan merasai pertemuan yang INDAH dengan ALLAH SWT,
Allah sedang mengawasi solatnya, 

Allah membelainya dengan penuh perasaan kasih sayang, 

Allah memperlihatkan kepada segala hadiah yang telah dijanjikan dan dia mampu melihat hadiah-hadiah tersebut dalam solatnya, 

Inilah solat yang harga tidak boleh ditukar dengan nilai dunia dan langit sehingga Allah SWT  menilai dalam solatnya:

1.    Hadiah yang patut Allah persembahkan kepadanya.

2.    Allah sentiasa menilai gerak-geri hatinya dalam solat dan apa sahaja permintaan yang terlintas dalam hatinya Allah SWT akan menunaikannya.

3.    Allah SWT menghapus dosanya, hati dan jasadnya akan sentiasa bersinar kerana Allah sentiasa menyuci dan mengawal dari dihinggapi sesuatu yang kotor.

4.    Allah sentiasa bersedia membalas dan memberi permintaannnya.

5.    Allah SWT sentiasa merinduinya dan sentiasa dekat dengannya. 



Ya Allah terimalah solatku …. daku memohon setitik rahmat agar selitkanlah pertemuan rohku dengan roh-roh mereka yany syahid di Afghanistan, Iraq, Palestin, Sudan, Yaman dan Negara-Negara yang di diami umat Islam agar daku dapat bersalaman dengan mereka.. sesungguhnya mereka insan mulia yang akan berbaris memasuki Syurga Mu, Wahai Tuhanku….

PERKONGSIAN ILMU (2) ~ Petikan Nota Kuliah UMKI

Kehebatan ilmu kurnian Alla

 Saidina Ali ketika ditanya soalan yang sama oleh sepuluh orang pelajar yang ingin menguji Baginda. Kesemuanya bertanya, 

“kenapa Tuan mencintai ILMU lebih dari HARTA?”

Baginda menjawab kepada setiap yang bertanya.
Pelajar 01: “Ilmu itu warisan para Nabi, harta pula warisan Qarun”

Pelajar 02: “Ilmu jika diamalkan bertambah, harta digunakan pasti susut nilai”

Pelajar 03: “Ilmu dapat memelihara pemiliknya, harta terpaksa dikawal pemiliknya”

Pelajar 04: “Ilmu tidak dapat dicuri daripada pemiliknya, tetapi harta risikonya tinggi”
Pelajar 05: “Ilmu menarik kawan, kerana harta ramai bermusuhan”

Pelajar 06: “Ilmu jadikan pemiliknya mulia, banyak harta pemiliknya kedekut”

Pelajar 07: “Ilmu pemberi syafaat di akhirat, harta terpaksa tunggu dihisab”

Pelajar 08: “Ilmu penerang hati, harta pasti keraskan hati”

Pelajar 09: “Ilmu tidak lapok ditelan masa, harta benda pasti menuju keusangan”

Pelajar 10: “Ilmu yang dimiliki adalah Allah yang punya, mereka yang berharta kata itu milik mereka!”



Ketika meniti Usia Dihujung Senja

Saya petik suatu kisah yang dimuatkan dalam kitab yang masyhur Imam Al Ghazali. Gelagat dua orang ‘hebat’, ketika mana  di datangi Malaikat Maut.
Hebat #1:  
Seorang yang dikurniakan Allah dengan bermacam-maca bentuk nikmat yang tiga  – tahta, harta dan wanita. Ketika dalam perjalanan bersama konvoi dan pengiring keselamatan elite –program percutian mega luar Negara - tiba-tiba keaadan menjadi gempar!...
Assalamu’alaikum wahai Tuan Hebat #1”. 
Suara yang terasa bagaikan suatu pekitan di tengkuknya. 
“Kau siapa?” Lantas menoleh ke belakang. Terkejut! 
“Itu rahsia!” Dibisikan ke telinganya. 
“Apa hajatmu?” Si Hebat #1 pula bertempik balas. 
“Aku Malaikat Maut”. Bisikan ke dua yang tegas. 
Si Hebat #1 cuba melarikan diri – pastinya gagal – dan pengawal peribadi tidak berguna lagi di sisi.
“Wahai Malaikat Maut, berilah aku masa untuk kembali ke mahligaiku. 
I will take my private jet home, now! Aku perlu berjumpa dengan isteri-isteri dan anak-anakku. Aku perlu panggil lawyer untuk pengagihan empire bisnes ku. 
Tolong! Tolong! Tolong!”
“Too late!” Malaikat Maut menyentap roh Si Hebat #1, tanpa berhujah! Tersungkurlah dia ke tanah. Tinggalkan kehebatannya. MasyaAllah!
Hebat #2:  Penasihat peribadi Si Hebat #1 

– yang bersama dalam konvoi tersebut. Baru tiga bulan berkhidmat. Sepanjang 100 hari, tanpa rasa kecewa dan penuh kesabaran sentiasa mengingatkan boss barunya tentang Pelan Hari Pertemuan Hebat 1 yang telah dibangunkan…

STEP’ – Solat, Taqwa, Ehsan & Pahala.


“Assalamualaikum Ya Saudaraku”. Muncul wajah ceria seorang pemuda, di depan mata Si Hebat #2. “Wa’alaikumusallam, Ya Kekasih Allah”.

 Si Hebat #2 terus mendakap pemuda itu. Dalam berpelukan Si Hebat #2 dibisikkan “Aku Malaikat Maut, datang untuk menjemputmu”. Subhanallah! 
Pelukan Si Hebat #2 bertambah erat. 

Bagaikan tidak mahu dilepaskannya. “Wahai Kekasih Allah, kedatanganmu adalah menjadi kerinduanku! Segerakanlah. 
Tidak sabar untuk aku untuk bertemu denganNya”.

“Wahai Saudaraku, aku diperintahkan untuk bertanyakan apakah hajat kamu sebelum aku menunaikan tanggungkawab ini” Pujuk Malaikat Maut itu. 
“Berikan aku sedikit ruang untuk berwudhu’ dan bersolat dua rakaat. Ketika aku dalam keadaan sujud, engkau tunaikanlah perintah Allah itu”. Subhanallah!

“Ya Allah! Ampunilah kesilapan dan dosa-dosa kami. 
Dosa-dosa terdahulu dan dosa-dosa akan datang, Ya Allah!”
Semoga ada manfaatnya, InsyaAllah.

Oleh:
Tuan Haji Sabtu berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan dari universiti di UK.
Beliau memperolehi ijazah Sarjana dari Universiti Ohio, USA.
Wasallam

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga Allah permudahkan lagi untuk mereka

Unknown berkata...

Salam cik rozali

Insyallah mudah-mudahan begitulah harapan saya. Bersungguh dia datang menemui saya dari jauh di waktu malam.