Dataran Kaabah ~ Makkah
Padang Pasir ~ Hudaibiyah
Gua Hira
Ladang a.k.a kandang unta Hudaibiyah
Masjid Thooba ~ Karachi Pakistan
Lapangan Terbang Jeddah
Jabal Uhud / Bukit Pemanah/ Makam para syuhada
Jabal Rahmah
Jabal Rahmah
Masjidil Haram
Madinah waktu lewat petang
Shami sekeluarga
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah hari rabu yang indah sudah pun berlalu,
Seminggu lagi kita semua akan berada di bulan Mac bagi tahun 2013 bagi tahun Masehi.
Rindu kepada Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sentiasa segar dalam ingatan.
Hari ini, dan seminggu akan datang akan genaplah setahun
tarikh dimana kami telah menunaikan umrah.
Rindu itu terubat bilamana perjalanan hidup dijalani
dengan penuh erti dari sudut rohani dan jasmaninya.
Perkembangan anak2 terkini
Along ~ Berada ditingkatan 4 Sek Men Agama An Nadzhah Bukit Besar Yan Kedah
Angah ~ Berada di tingkatan 3 ~ Maktab Mahmud Pokok Sena Langgar Kedah
Abang cik an ~ Berada di tingkatan 1 ~ Sek Men Agama Ibnu Kholdun Jalan Kebun Klang
Adik mimi ~ Berada di tahun 3, Sekolah Keb Bkt Rawang Jaya Rawang/
Sek Keb Agama Ibnu Kholdun Kg kenanga Rawang
Alhamdulillah fasa mendidik anak2 untuk dekat dengan Al Quran,
menghafal dll sedang berjalan
Mohon doa sahabat sealiran agar mendoakan kejayaan anak2 saya kesemuanya.
Penghargaan dan dan ucapan terima kasih
Tidak dilupakan juga buat kawan2 semua di dunia realiti dan maya
diatas doa dan sokongan anda selama ini terhadap BBQ kambing Pak Ngah Hilmi dan juga DSham Muslim Shoppe.
Terima kasih kepada sahabat2 yang tidak dikenali yang telah menelefon kami
bagi tujuan urusan bisnes dan juga sebagainya.
Kepercayaan anda kepada perkhidmatan kami sepanjang tempoh hampir 3 tahun
perniagaan ini hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya.
Mohon ampun dan ribuan maaf andai ada salah dan silap yang tidak disedari
sepanjang berurusan.
Akhir kata kami sekeluarga doakan moga sahabat kesemuanya
dipermudahkan segala urusan, berjaya hidup didunia dan diakhirat,
dan terus kekal istiqamah menjalani amal ibadah
selagi hayat dikandung nyawa.
Wasallam
4 ulasan:
Assalamualaikum,
Kenangan terindah di Tanah Haram. Subhanallah. Mengenang Haji tahun tahun kelmarin, Masya allah, saya sendiri tidak mampu rasanya memanjat ke Gua Hira. Tahniah.
Salam Mamawana
Terima kasih. Sentiasa terkenang, dan sentiasa berhajat kesana lagi...macam tak percaya saya dan suami sampai ke gua hira mlm tu. Bila tgok kembali keadaan laluan pada waktu siangnya Allahuakbar...Dia permudahkan segalanya.
assalamualaikum kak shami
semoga anak2 berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berguna... insyaAllah
Assalamualaikum Shami
dah sampai ke Gua Hira juga
tahniah
saya pun mengah juga nak menyampaikan ke gua tu...
Catat Ulasan