Khamis, 14 Februari 2013

DIAM & BERBAHAS



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah masa terus berlalu, 
saya dan keluarga masih diberi kesihatan untuk melakukan amal ibadah bagi
meneruskan hidup yang sementara ini, dengan ilmu dan amal
 serta sujud syukur setiap kali usai solat, atas segala rahmatNya.

Halwa telinga terbaik, membuahkan rasa kebahagiaan saya sekeluarga hari ini 
adalah membaca, dan mendengar bacaan Al Quran
oleh Imam Mekah, bacaan Al quran secara bertaranum oleh Imam Muda Msia, alunan qasidah, pelbagai doa yang telah di jadikan versi nasyid dll. 

Foto di atas di rakam ketika saya bersama dengan seorang ibu dan anak2 perempuan 
warga Arab Saudi dari Riyadh di dalam satu saf yang sama 
sedang menunggu solat isyak.


PERKONGSIAN ILMU 

BERBAHAS

Kesukaan untuk berbahas di kalangan manusia bukanlah satu kepelikan. 
Melalui surah Al-Araf, ayat 71 - misalnya - Allah SWT telah menerangkan bagaimana kaum Nabi Hud yang berdolak-dalik dengan seruan untuk menyembah Allah SWT. 
Nabi Hud menjawab: Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu.
Namun pertanyaan kenapa ini sangat perlu di dalam proses mencari ilmu. Mereka yang mahu mencari jawapan kepada kebenaran akan selalu bertanya kenapa kepada diri sendiri. 
Ia memerlukan jawapan tetapi tidaklah perlu melalui perbahasan yang tidak berkesudahan. Malah kenapa itu tidak terlalu kerap dituju kepada orang lain.
Saya selalu teruja dengan mereka yang selalu bertanya, 
"kenapa tuan tidak melakukan begini dan begitu?". 
Jawapan saya selalunya semudah mereka yang mengemukakan pertanyaan tersebut, "Oh ya.... sebab saya suka lakukan begini dan tidak suka melakukan begitu. Agak saya ia tidak menyalahi". 
Mereka yang suka berbahas mempunyai hubungan langsung dengan tidak keupayaan untuk melaksanakan apa yang mereka bahaskan. 
Sebagai pentadbir universiti, saya telah menyaksikan sendiri bagaimana mereka yang "banyak cakap" bukanlah orang yang boleh diharapkan untuk melaksanakan keputusan pentadbiran. 
Mereka hanya boleh bercakap tetapi tidak boleh bekerja. Mereka memberi idea tetapi mengharapkan orang lain melakukannya. Konsep ilmu dan amal terpinggir.
Namun saya suka mengaitkan soal "perbahasan" ini dengan pertelagahan dalaman. 
Ia tidak melibatkan orang lain. 
Kita bersoal jawab dengan diri sendiri. Misalnya, kita terlalu berkira untuk melakukan sesuatu kebaikan. Kita mahu berubah tetapi takut dengan mereka yang berada di sekitar. 
Akal dan minda berlawan-lawan di antara satu sama lain sehingga akhirnya kita sentiasa tidak bergerak ke hadapan dalam mendekati diri kepada Allah SWT.
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar. 
Kini terasa benar "malas" untuk berbahas-bahas sesuatu yang kelihatan nyata dan pasti. Benar, ada masanya diam itu lebih baik. Biarlah mereka yang suka berbahas terus berbahas dalam dunia mereka. 
 Petikan: Nota kuliah UMKI Madinah Al Munawarah

1 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami


rindu...rindu lagi
untuk menjadi tetamuNya