Jumaat, 7 Disember 2012

Karnival Jom P Masjid ~ Masjid Nurul Iman Rawang












Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah demikian masa berlalu, 
sekali lagi Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb menyertai 
karnival jom P Masjid anjuran Masjid Nurul Iman Rawang pada 2/12/2012 lalu.
Cuaca yang berhujan mulai tengahari hingga lewat petang 
dalam tempoh 2 hari program berlansung tidak menghalang
para jemaah dan pencinta masjid untuk hadir menikmati program yang dianjurkan.
Mudah-mudahan sokongan dan kunjungan setia kita  ke masjid2 
di kariah kawasan perumahan kita dan dimana2, mendapat ganjaran pahala 
disisiNya, insyallah.

Perkongsian Ilmu

Kelebihan Menghafaz Al- Quran


 Ganjaran di dunia


Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
  • (Riwayat Ibnu Majah) Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
  • “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” 
  • (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari ,sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra: ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
“Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. 
Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.Amin
Wasallam





Tiada ulasan: