Rabu, 26 Disember 2012

Bersolat di masjid pilihan


Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam













Masjid Sultan Mizan Putrajaya






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah.. cuti sekolah ini kami sekeluarga telah memilih 
beberapa masjid sebagai lokasi solat sekeluarga, antara yang istimewa 
dan telah di rakam sebagai kenangannya adalah 2 Masjid utama di di atas.
iaitu Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam dan Masjid Sultan Mizan Putrajaya 
(juga dikenali masjid besi).

Kebiasaannya, saya diberi pilihan oleh suami (Pak ngah) mana2 destinasi
untuk saya jejaki, anak2 memilih destinasi masjid sebagai pilihan mereka
khusus keutamaan pilihan adalah untuk solat berimamkan imam2 yang merdu 
 bacaan al qurannya, saya  turut teruja dengan kehendak anak2, 
itulah juga sebenarnya pilihan yang ada di dalam hati saya.

Suatu petang kami telah bersiap, 
saya dan suami serta anak2 lengkap berjubah
lalu kami berkejar ke masjid yang terdapat dalam senarai pilihan.
Perjalanan yang singkat itu saya putarkan CD bacaan Al quran
oleh imam Makkah 
saya ceritakan serba sikit untuk anak2 
pengalaman tentang bersemangatnya
penduduk Madinah dan Makkah bila tibanya waktu solat fardu
sepertinya keadaan kita kala ini...
terbayangkah mereka ...?
insyallah mudah-mudahan.

Jauh di sudut hati sendiri, 
bila berada di masjid yang sebegini indah hati cepat 
menjadi sayu dan sayu...Allahuakbar...
keindahan senibina dan keselesaan yang ada cukup istimewa
begitu juga adanya tuan2 imam yang baik bacaan Al qurannya,
"maka nikmat Allah yang mana satu lagi hendak di dustakan"
demikianlah nikmat solat itu dirasai.

Kami bersolat jemaah maghrib dan isyak di Masjid Sultan Salahduddin Shah Alam, sesudah solat maghrib kami dihidangkan dengan kuliah mingguan,
akhirnya sebelum sama2 bersolat isyak tuan imam meminta dengan penuh semangat kepada para jemaah agar dapat sama2 bertahlil bagi menunaikan hajat seseorang, 
para jemaah semua juga diminta untuk menyertai majlis
jamuan yang diadakan..sesudah solat nanti.

Sekali lagi apabila waktu itu tiba hati bagai digamit rindu, 
lalu saya terkenangkan makan malam selepas solat
isyak ketika berada di Madinah dan Makkah, 
suasana jemaah yang beratur tertib mengambil makanan 
dan makan bersama keluarga masing2 ada di mana2 ruang yang disediakan... 
menu hidangan pada malam itu
Nasi beriyani
Kurma daging
Ayam masak merah
Jelatah
Papedom
buah tembikai
Minuman sejuk ~ air sarsi

Perkongsian ilmu 

"Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; 
maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), 
dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, 
dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)." 
(Surah Fatir: 32)

Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : saya pernah solat di kedua2 masjid tuh...

Unknown berkata...

Salam,

Alhamdulillah...yuk kita ziarah masjid2 dalam setiap jadual perjalanan kita...