Salad
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah,
tiba sudah hari rabu yang indah,
nikmati hari2 indah ini seadanya,
banyakkan berdoa
mudah-mudahan segala urusan kita
dipermudahkan oleh Allah SWT
PERKONGSIAN ILMU
KEMATANGAN DIRI
Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.
Matang jika dirujuk kepada binatang - contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).
Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat : kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.
Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut manusiawi ia lebih subjektif.
Mengapa Perlu Kematangan?
Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.
Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.
Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi
Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.
Budaya Kita Tidak Sama
Ilmu, Akhlaq dan Kematangan
Lihatlah, adab remaja dan diri kita di zaman ini.
Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap?
Masih rajinkah memberi salam dan senyum?
Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit?
lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain
(yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).
Lihatlah, di zaman ini terdapat juga insan yang berani menuduh tanpa bukti, tidak diselidiki benarkah tuduhannya kepada orang atau golongan yang lain. Tidak memikirkan kesan dari percakapannya dan perbuatannya.
Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALlah :
Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, dan belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?
Wasallam
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah al Hujarat ayat 13)
Ilmu, Akhlaq dan Kematangan
Lihatlah, adab remaja dan diri kita di zaman ini.
Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap?
Masih rajinkah memberi salam dan senyum?
Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit?
lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain
(yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALlah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Surah Luqman 18)
Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALlah :
Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".ALLahu ALlah...
Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, dan belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?
Wasallam
1 ulasan:
assalamualaikum kak shami : mesti sedap nasi beriyani pak ngah tu.. ade jual kat kedai tak?
Catat Ulasan