Isnin, 29 Oktober 2012

Aidil adha 1433 hijrah Pak ngah Hilmi & Shami sekeluarga


  Aksi adik mimi, menunggang kuda dengan abayanya.
Saya senyum2 sendiri, ....









 Sepinggan laksa 


 Kari kambing


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah Hari raya korban/ atau aidil adha 
telah pun dilalui oleh kita semua, 
pada Jumaat yang lalu bersamaan 10 Zulhijjah bagi tahun 1433 Hijrah.
Mudah-mudahan hari raya korban tahun ini adalah 
hari raya korban terbaik untuk kita semua walau dimana saja kita berada.

Pada tahun ini, kami sekeluarga dapat berkumpul dan berhariraya bersama 
di Rawang, kebetulan cuti hari raya jatuh pada cuti hujung minggu bagi 
negeri di utara, jadi along dan angah dapat pulang berhari raya bersama.
Kenangan berhari raya bersama dipagi hari raya dirakamkan oleh shami 
melalui foto di atas.


Menu yang disediakan untuk kami sekeluarga 
adalah laksa kedah
kami makan bersama setelah solat jumaat.

Alhamdulillah selepas solat subuh, pada pagi hari raya kedua
operasi memasak di rumah bermula.
satu periuk kari kambing milik seorang hamba Allah 
untuk majlis Aqiqah anaknya
selesai dimasak.

Berikutnya Pak Ngah hilmi & shami dan anak2 meneruskan
tugasan berikutnya bersama masyarakat setempat bersama2 
bergotong royong menyempurnakan ibadah korban
alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

Ulang tahun kelahiran adik mimi

 28hb Oktober 2012 atau 12 Zulhijjah 1433 Hijrah adalah tarikh istimewa
untuk adik mimi, tahun ini genap sudah 8 tahun umur mimi.
 hp saya telah di setkan olehnya tentang tarikh tersebut.
 1 hari sebelum, pagi2 alarm hp berbungi tanda ingatan.

Doa kami sekeluarga, 
mudah-mudahan adik mimi menjadi anak yang solehah, 
berjaya hidup didunia maupun akhirat. 
Begitulah masa berlalu....pantas kadang tidak terasa oleh kita, oleh itu
jangan lupa sekali lagi kita berkongsi catatan ilmu:



PERKONGSIAN ILMU


HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.


Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: 

“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. ( × 5/3)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: 
“Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: 
“Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
3. Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.

Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.

Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

4. Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

5. Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hikmah Aidiladha
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
Wasallam


3 ulasan:

azlina wahidina berkata...

assalamualaikum shahmi..
selamat hari raya korban..mohon maaf zahir dan batin..
akak raya sekeluarga di rumanh sendiri je..alhamdulilah..

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami
Assalamualaikum Adik Mimi

selamat hari ulang tahun kelahiran
moga menjadi anak yg solehah

afeezz berkata...

assalamualaikum..

selamat hari raya wat kak shami sekeluarga

selamat hari lahir buat adik mimi.. be a good girl...