Isnin, 24 September 2012

Kenangan di majlis silatulrahim





























































 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang


Alhamdulillah selesai sudah majlis silatulrahim seperti yang dihajatkan
mudah-mudahan segala usahasama menjayakan majlis ini secara berjemaah
dirahmati dan diredhai Allah jua hendaknya.

Doa dan harapan mudah-mudahan silatulrahim yang terjalin 
berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Perkongsian ilmu

Nilai silatulrahim :
 Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata:

 "Seorang Badwi memandang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?"
 
Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. berkata:
 
"Pada suatu waktu petang hari Arafah kami bersama Baginda s.a.w., tiba-tiba Baginda s.a.w. bersabda:
 
"Jangan duduk bersama kami siapa yang memutuskan hubungan kekeluargaan, supaya bangun dari tengah-tengah kami." Maka tidak ada orang kecuali seorang dibelakang Baginda s.a.w. sendiri, tetapi tidak lama ia kembali.
Maka ditanya oleh Baginda s.a.w.:
 
"Mengapakah engkau , sebab tidak ada orang yang bangun kecuali engkau?"
 
Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdamu itu, segera saya pergi kerumah makcikku yang memutuskan hubungan dengan aku, lalu dia bertanya: Mengapa kau datang, ganjil sekali kedatangan mu ini?"
 
Maka saya beritahukan apa yang saya dengar daripadamu, maka ia membaca istighfar untuk ku dan aku juga membaca istighfar untuknya."
 
Baginda s.a.w. bersabda:
 "Bagus engkau, duduklah sekarang sebab rahmat tidak akan turun pada suatu kaum jika ada diantara mereka seorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan."

Abul Laits berkata:
 
"Hadis ini sebagai dalil bahawa memutuskan hubungan kekeluargaan itu dosa besar sebab dapat menolak rahmat baginya dan bagi kawan-kawan yang duduk bersamanya, kerana itu maka kewajipan kita tiap muslim harus bertaubat dari pemutusan terhadap kekeluargaan dan istighfar minta ampun kepada Allah s.w.t. dan segera menghubungi keluarga untuk mencari rahmat Allah s.w.t. dan menjauhkan diri dari api neraka."

Baginda s.a.w. bersabda:
 
"Tidak ada perbuatan hasanah yang lebih cepat pahalanya daripada menghubungi keluarga dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya didunia diamping siksanya kelak diakhirat seperti putus hubungan kekeluargaan dan berlaku zalim aniaya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata:
 
"Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?"
 
Jawab Baginda s.a.w.:
 
"Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."
Share this topic on Facebook
Wasallam
 
Nota: mohon maaf diatas beberapa masalah teknikal yang berlaku.

 
 
 







 


Wasallam

2 ulasan:

Kehidupan Makkah berkata...

Assalamualaikum...mohon maaf anak2 saya tak dapat hadir di sebabkan anak yg sulong berangkat ke medan pada tarikh itu untuk melanjutkan pelajaran syariahnya.

afeezz berkata...

ASSALAMUALAIKUM KAK SHAMI

meriah, maaf tak dpt hadir hari itu....