Jumaat, 24 Februari 2012

Nur & Kasih Sayang..Nya

Buah strawbery berbentuk love /hati
 
 Saujana ... mata memandang sebuah kebunan teh.....


 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam hari jumaat 
Alhamdulillah kita melalui lagi fasa hari jumaat nan indah ini
mudah-mudahan semua urusan kita sekeluarga 
sentiasa dipermudah dan diperelokkan lagi oleh Allah SWT hendaknya. 

Rindu menulis sentiasa bertamu, 
menulis memberikan suatu kepuasan yang cukup istimewa, 
lebih-lebih lagi bila ilmu yang diperolehi dapat sama dikongsi....
begitulah ...nilai kepuasan yang dimaksudkan tersebut.

Esok 3 Rabiulakhir tahun 1433 hijrah bersamaan 25hb Febuari 2012
Alhamdulillah,  usia perkahwinan Shami dan Pak ngah Hilmi
maju ke tahun yang ke enam belas (16)
harapan dan doa mudah-mudahan 
usia perkahwinan dan keluarga yang dikasihi ini
 sentiasa dilimpahkan rahmat dan diredhai Allah swt hendaknya...

****

 Perkongsian ilmu

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: 
Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.(Riwayat Muslim no. 2491)


Dalam hadith sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi SAW agar berdoa kepada Allah SWT agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.

Dengan doa Nabi SAW yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, 
ibu Abu Hurairah telah memeluk Islam. 
Kemudian, beliau meminta kepada Nabi SAW berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. 
Nabi SAW telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah wa ummahu (dan ibu Abu Hurairah) selepas kalimah 'abdaka haza'.

Hasil doa Nabi SAW, setiap orang yang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. 
Oleh itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang.



 ***


 Wanita teladan sepanjang zaman
 
Sifat atau akhlak terpuji yang dapat diikuti oleh muslimat 
dari Siti Khadijah adalah:
 
  1. Bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain.
 
  2. Tidak terburu-buru dan panik.
 
  3. Tidak mudah mempercayai orang lain 
dalam menceritakan hal yang bersifat rahsia.
 
  4. Pandai memilih orang untuk diadu permasalahan.
 
  5. Bersifat amanah,lembut dan berhikmah.
 
  6. Meminta kebenaran dari suami hatta untuk perkara kebaikan.
 
  7. Sabar dalam menghadapi permasalahan suami.

  
Rasulullah SAW bersabda, 

"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. 
Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. 
Dan dia memberikan hartanya kepadaku 
ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. 
Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 6/118.)


 Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata : 

"Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. 
Apabila dia datang kepadamu, 
sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku, 
dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang  tidak ada kepayahan.

(Hadis riwayat Bukhari dalam Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi berkata, "Keshahihannya telah disepakati.")

Wasallam

Tiada ulasan: