Khamis, 16 Februari 2012

Kehidupan kita ini





Strawberry kegemaran berbagail lapisan umur
 bila berkunjung ke Cameron Highland
kaktus

Angin petang sejuk....

Rehat  santai di sebuah pekan kecil puncak Brinchang

Bunga-bungaan....
Sayur pucuk labu ....
Cili padi yang di tanam di dalam pasu...juga ada di jual...

Di keheningan pagi begitu banyak lebah menghisap madu didedahan
jambangan bunga ini....
Susunan buah strawberry dari penjual di puncak Brinchang...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih 
Dan Penyayang

Salam malam jumaat, 
alhamdulillah 
demikian seminggu berlalu 
selepas kita sama2 menyambut Maulidur Rasul, 
cuti hujung minggu yang panjang tersebut
  kami sekeluarga 
bercuti ramai2 ke Cameron Highland.


Inilah antara sebahagian hasil alam semulajadi yang ditanam 
oleh penduduk setempat
Sayur, buah-buahan, bunga-bungaan
 tampak segar, sesegar udara di tanah tinggi cameron ini...
Walau sudah berulang kali berkunjung, 
namun udara segar dan nyaman ini 
 sentiasa mengamit rindu untuk datang lagi....
demikianlah impian itu diizinkan Allah sekali lagi


Justeru itu 
Walau dimana kita berada sekalipun, 
hiasilah setiap detik, saat dan waktu itu
untuk kita sentiasa bersyukur, 
akan nikmat yang Allah telah dipinjamkan sementara kepada kita
 selama hidup ini.....



Perkongsian ilmu tentang Kehidupan diri kita ini

Allah bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua) dan
 Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin). 

Semasa peringkat bayi, 


Allah tugaskan kepada ibu bapa untuk menjaga dan membesarkan kita. 
Mereka mengasuh dan mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama. 

Semasa remaja


kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui usaha mereka dan juga masyarakat keliling. 

Ketika dewasa


kita pula menjadi pembimbing kepada anak cucu serta orang-orang lain.


Ibarat pokok 
asalnya benih disirami air, 
kemudian membesar mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk dimakan oleh manusia dan haiwan.

Demikianlah hidup itu
Dunia akan meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang abadi. 
Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. 
Kita akan tinggal di syurga atau neraka, bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia.





DOA

Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya ia baik bagi kami. 


Dan Engkau matikanlah kami sekiranya ia baik bagi kami.

Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah.

Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, 
semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar. 
Sepeninggalan kami kelak, 
ya Allah 
Engkau jadikanlah anak cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu di saat mana manusia telah banyak melupakanMu. 


Akhirnya Ya Allah,
berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu.
Amin ya Rabbal Alamin...


Wasallam

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : jalan2 ke cameron ker? hehehe... lama dah tak pi cameron

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Iyer pergi tempat sejuk heheh
Pi laa lagi..tak jemukan...
Plan aktiviti...cam ni insyallah penuh nikmat dah rahmat ..

Bangun sebelum subuh..
Riadah ibadah
Dengar azan subuh dihening pagi
Solat..
Jalan kaki sampai pekan tanah rata
Nikmati udara pagi sambil beli sarapan
Ronda perkampungan Al Mashoor
nikmati hidup di perkampungan CH
Balik, sarapan sama2
Alhamdulillah...

mohamad kholid berkata...

selamat dtg ke tempat saya bermaustautin

shami2 berkata...

Salam Mohamadkholid

Salam ukhwah, jemput singgah lagi,
alhamdulillah ...mudah-mudahan Allah izinkan saya ke sana lagi.