Buah belimbing buluh dan daun mengkudu dipetik dari tepi rumah
Menu tengahari isnin shami adik beradik yang sama2
pulang bercuti , serba ringkas,
Masak lemak cili padi daun mengkudu dan belimbing
Ulam raja dan pucuk cemumar lawannya sambal belacan cili padi
semuanya dikutip di tepi rumah...
Ikan kembung goreng
sambal tumis ikan kembung
alhamdulillah
Sudut rumah yang suka di renung
Posisi rumah di kampung yang tidak jemu di renung
Sisi kiri bahagian tepi, Pak En penjual ikan di kampung seperti biasa
bertandang ke rumah menjual ikan2 segar untuk kami semua
begitulah rutin hidup di kampung
Rumah Pak Ngah Hilmi di Kampung
Pada cuti tahun baru yang lalu Pak Ngah Hilmi mengemas
pokok2 bunga di depan rumah, serta membaja.
Pada cuti tahun baru cina ,
pokok bunga kertas tersebut lebat berbunga
alhamdulillah
Suatu sudut fotografi yang menarik
Rimbunan pokok pandan di tepi rumah
Sawah padi di kaki Gunung Jerai
Aroma padi yang baru di tuai
harum semerbak wangi....cukup istimewa.....
begitulah masa berlalu.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Malam jumaat nan indah bertandang lagi,
Syukur dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya kepada kita saat ini.
Sama2 kita hiasi malam indah ini sekali lagi, barang sesaat maupun sejam dua, untuk tunduk sujud kepadaNya, membaca selembar dua naskah
Al Quranul karim, bermunajat, bertasbih, bertahlil, bertahmid setulusnya hanya untuk DIA....jangan dilupa doa2 yang baik untuk diri kita dan semua, dunia dan akhirat.
Doa
"Wahai Tuhan daku bermohon keampunan dengan rahmat
tambahkan padaku ilmu yang berguna, terimalah amalan ku
dan perkenankan taubat hambaMu"
*****
Perkongsian Ilmu
"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan
(mengatur takdirnya) ,kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan.
Bukan menafikan usaha..
namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..
Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..
Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya..
Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan.
Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..
Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.
Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..
Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.
Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..
Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.
Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia..
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..
Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…
Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.
Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang.
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..
Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…
Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.
Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang.
Kesedihan
terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara
di dunia.
terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara
di dunia.
Ia tenggelam dalam rasa malu setelah
menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,
keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;
sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar
hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.
Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi.
menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,
keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;
sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar
hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.
Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi.
Ia bahagia,
kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepada-Nya,
sehingga ia benar-benar mengabdi.."
kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepada-Nya,
sehingga ia benar-benar mengabdi.."
Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah..
Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah.
Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib..
Maha Dekat,Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus,
Maha Mensyukuri, Maha Terpuji,
Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri,
Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia,
Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,
Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,
Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan,
Maha Baik, dan Maha Penganugerah.
Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi,
dan keagungan-Nya begitu nyata.."
[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]
*****
Sabda Rasulullah saw:
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~
Rasa sebak setiap kali mendengar lagu ini..
Luahan hati buatmu Ya Rasulullah..
DIA KEKASIH ALLAH
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Sabda Rasulullah saw
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~
Rasa sebak setiap kali mendengar lagu ini..
Luahan hati buatmu Ya Rasulullah..
DIA KEKASIH ALLAH
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Sabda Rasulullah saw
..Aku suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku,
Maka telah berkata para sahabat Rasulullah saw:
Bukankah kami saudara-saudaramu?
Rasulullah saw berkata:
Kalian sahabatku
akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka
yang beriman kepadaku dan tidak melihatku..'
~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
“..MOGA DIPERTEMUKAN KITA DENGAN RASULULLAH SAW…”
“..MOGA DIPERTEMUKAN KITA DENGAN RASULULLAH SAW…”
Wasallam
6 ulasan:
salam
sedap lauk2 kampung tu
alhamdulillah
assalamualaikum kak shami : menarik menarik menarik suasana kampung...
Assalamualaikum Shami
masa dulu2 suka sangat buat ulam, pucuk dan putik buah mengkudu tu
Salam pak itam
Bila semua balik bercuti, lauk kampung tu dah memadai enaknya alhamdulillah...
salam dekk afezz
menarik ke...nanti2 cariklah orang sebelah yang ada kampung halaman hehehe
nanti bolehlah sesekali rasa pengalaman hidup di kampung
Salam cik rozali..
Ya ka, patutlah awet muda hehehe. kekadang sesekali pergi pasar carik jugak ulam2 kampung teringat ..dolu2
masa membesar dikampung, itulah menunya...
ikan goreng, kari ikan, sayur, ulam2 sambal belacan, ikan kering dah lengkap menunya...nostalgia
Catat Ulasan