Isnin, 31 Oktober 2011

Aku Mengasihi Sahabatku Kerana Allah



Tuan Haji Rosli dan isteri Puan Hajah Fadhilah
serta anak2...


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..."

Salam hari isnin....semoga sahabat2 semua bersemangat dan ceria selalu...
menjalani hari isnin yang tiba saban minggu... dimana saja kita berada
sama2 kita menjalani sebahagian lagi ibadah kita yakni bekerja disiangnya setiap hari 
mencari nafkah menyara keluarga juga 
menunaikan amanah kerja yang telah ditakdirkan 
dalamapa juga kemahiran dan lapagan serta kebolehan 
yang diredhai Allah dengan niat hanya 
kerana Allah....
 dan dalam masa yang sama
 kita membentuk diri kita membina motivasi diri yang kuat lagi ampuh,
 istiqamah meniti landasan kehidupan yang diredhaiNya

dengan rahmat dan kasih sayangnNya 
sama2 kita fokuskan diri kita untuk menjadi insan2 yang mulia....disisi Allah...
di mana saja kita berada..
mudah-mudahan kita beroleh janji Allah dari dunia hingga akhirat sana 
insyallah.

***

Malam minggu hujung bulan oktober..2011 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak menerima kunjungan 
seorang silent reader blog Sehari Dalam Hidupku....hasil ukhwah PDKM iaitu
Tuan Haji Rosli dan Puan Hajah Fadhilah serta anak2nya....
berasal dari Negeri Sembilan kini bekerja dan menetap di Sabah ...
tentunya Grilled Lamb Steak menjadi pilihan mereka...

Petang hari minggu yang damai Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak 
sekali lagi menerima kunjungan istimewa
sahabat Pak Ngah dan keluarganya....pulang bercuti dari Sarawak  singgah sebentar ziarah dan menikmati Grilled Lamb Steak Pak Ngah Hilmi....
alhamdulillah...

firman Allah dalam surah Ar Rahman ayat 29

"Apa yang ada dilangit dan dibumi selalu meminta kepadaNya, 
setiap waktu Dia dalam kesibukan"

"Maka nikmat Allah yang mana satukah hendak di dustakan"
Surah Ar Rahman Ayat 30...

nota ringkas maksud ayat 
Allah sentiasa menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, 
memberikan rezeki dan lain-lainnya.


********

Perkongsian ilmu ~  Bersahabat  kerana Allah


Sebuah hadith yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang tujuh golongan yang akan dinaungi 'Arasy di akhirat nanti. Antara tujuh golongan itu suka pena tekankan di sini sabdanya:

 "Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah kerana Allah".

Walaupun ungkapan Rasulullah s.a.w diatas tidak menjelaskan dengan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetapi cukup dengan memberikan kiasan terindah iaitu 

"bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah".

 Dua sahabat ini bertemu demi keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan mereka tidak dicemari langsung oleh apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan yang buruk.

Dalam hadith seterusnya Baginda memberikan gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadith di atas. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah s.w.t di akhirat nanti ;

"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? 
Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku".
Allahu Akbar! 
Begitu sekali seruan Allah s.w.t dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah Ta'ala.

Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. 

Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.

Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, 

 "Kemana engkau ingin pergi?

 "Lelaki itu menjawab: 

"Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini.

"Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. 

Lelaki itu menjwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu;

 " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.

Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. 

Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri 
adakah kita tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh hadith diatas. 
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang mendapat redha Allah diakhirat kelak. 

Untuk akhirnya marilah kita mengenang kisah kasih Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'ie, 
Baginda berkata kepada salah seorang sahabat yang bernama Mu'az bin Jabal: 

"Ya Mu'az demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu. 
 Kemudian aku ingin berpesan kepadamu, jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut( yang bermaksud) ;

" Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadah untuk-Mu".

Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w sendiri memberitahu Mu'az tentang kasih baginda sebagai seorang sahabat. 
Kemudian setelah itu baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. 
Itulah sikap seorang sahabat yang ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

"Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. 
Amin,ya Rabbal 'alamin!


*****


Penghargaan

kesempatan yang ada ini shami dan juga Pak ngah Hilmi  sekeluarga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pembaca blog 
Sehari Dalam hidupku 
khusus buat kedua ibu dan ayah 
shami dan Pak Ngah Hilmi juga seluruh ahli keluarga, 
sahabat2 sepengajian sedari 
alam persekolahan dari yang  terendah hingga yang tertinggi...
kawan2 maya ( silent reader) secara senyap atau terang....
dimana saja berada juga kawan2 PDKM yang ramai tak tersebut nama2nya...
yang telah berdoa dan memberi sokongan selama ini....

mudah-mudahan cahaya Allah sentiasa ada dalam hati kita semua 
 hiasi diri kita sentiasa untuk bersahabat hanya kerana Allah jua....
Semoga redha dan kasih sayang Allah sentiasa memayungi kehidupan kita...
kekal selamanya.... 
 bantulah diri kita sentiasa, 
dengan ilmu dan amal untuk memilikinya 
insyallah...
sama2 kita menuju kejayaan sebagaimana janji Allah.

Wasallam

1 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga berkekalan persahabatan

Wassalam