Rabu, 14 September 2011

Hijrah dan keyakinan kepada Janji Allah

Bekas bunga yang masih tersimpan..pokok pegaga dan
juga tumbuhan lain yang shami tak ketahui namanya
selalu ditanam sebagai pokok bunga menghiasi rumah2
Pokok-pokok ni akan layu dan tumbuh segar kembali kerana adanya ubi atau batangnya
yang kekal....

Rindunya suasana pagi dibulan Ramadhan...
inilah salah satu foto yang shami ambik  suatu pagi
di minggu Ramadhan terakhir...
pokok2 landskap berhampiran rumah mengeluarkan bunganya yang lebat
tenang, damai...begitulah indahnya alam milik Allah ini..yang mengasyikkan
mata kita yang memandang, pandangan matahati  tentunya menterjermahkan 
kekaguman akan kebesaran dan kekuasaan-Nya ..insyallah
renunglah setiap kejadian Allah bagi alam semesta ini
temuilah keagungannya dikolam matahati kita

Puisi

Hijrah hidup ini

Hijrah hidup ini sesungguhnya indah apabila dilaksanakan
kerana Allah...juga kerana mengikuti sunnah Rasul-Nya
Kekasih Allah Penghulu segala Nabi

Hijrah hidup ini indah bila hati hampir dan dekat
sekali dengan ilahi saban malam dinihari penuh ikhlas
bertahajuj bermunajat, bertasbih, dan mengalunkan ayat2 suci

Hijrah hidup ini indah bila kita melaksanakan tanpa bertapi
Penuh jujur dan ikhlas disamping mengendong amanah di beri.
Umpana mengecap rahmat di kota suci itu...

Hijrah hidup ini mendekatkan diri dengan Kota Suci 
Kerana amanah diberi juga adalah kerana tuntutan ibadah Kota Suci ini

Hijrah hidup ini membina kesabaran dan keyakinan diri
berdikari, menimba ilmu, memahami melaksanakan
segala perintah ilahi seolah2 dibumi rasul ilahi

Hijrah hidup ini indah bila dikurniakan teman2 sejati 
setulus, semurni, seindah hidup di Kota Suci ini.. 
itulah harga pengorbanan ini

Hijrah hidup ini melunakkan matahati ini
untuk tunduk, patuh, taat dan mensyukuri atas nikmat yang Allah beri selama
hidup ini

Hijrah hidup ini kini menuntut sekali lagi
pengorbanan suci...

Hijrah hidup ini 
Sedia di sematkan dalam hati amanah ini akan dijaga
seikhlas hati, janji Allah itu pasti
pahitnya sabar akan membuahkan hasilnya yang manis
 nanti....

Hijrah hidup ini , hidupku, solatku ibadahku
matiku hanya untukmu ya Rabbi...

*****
Dari Ma'qal bin Yasar, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tuhan kamu Tabaraka wa Ta'ala telah berfirman: "Wahai anak Adam, kosentrasilah untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan akan memenuhi kedua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah engkau menjauh dariKu supaya Aku tidak memenuhi hatimu dengan kefakiran dan tidak memenuhi kedua tanganmu dengan kesibukan."

Menghadapkan diri kepada Allah, kembali kepadaNya, menerima semua ketentuanNya dengan keredhaan, memenuhi hati dengan mahabbah kepadaNya, berzikir kepadaNya, dan bahagia kerana dapat bermakrifatan kepadaNya, merupakan pahala yang diturunkan di dunia, syurga dan kehidupan itu sendiri.
****

Yakinlah akan janji Allah, Nescaya Doa anda terkabul

Kisah 1

Al kisah sebuah kisah teladan Sa'ad bin Abi Waqqash Radhiyallahu'anhu adalah sahabat nabi yang mendapat jaminan lansung masuk syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah mendoakannya sebagai pemanah yang jitu dan doanya mustajab.
Maka setiap kali dia berdoa, doanya selalu dikabulkan laksana cahaya fajar.

dalam buku Sairu A'lamin Nubala ( Riwayat Hidup Para Tokoh Yang Mulia) disebutkan pula sebuah riwayat dari Sa'ad Radhiyallahu 'anhu, bahawa pernah ada seorang lelaki mencaci-maki Ali Radhiyallahu 'anhu
dan Sa'ad membela Ali. Akan tetapi, lelaki itu tidak mahu menghentikan caci makinya,
maka Sa'ad berdoa:

"Ya Allah, hindarkan aku dari kejahatannya dengan cara apa saja yang Engkau sukai".

Tiba2 ada seekor unta yang lari dari arah Kufah. Unta itu berlari lurus, tanpa menoleh ke kanan mahupun kekiri. Unta itu memasuki ke tengah-tengah kerumunan orang ramai hingga akhirnya sampai kepada orang yang mencemuh Ali itu, dan dengan serta merta dinjaknya orang itu. orang itu mati seketika itu juga di tengah kerumunan orang ramai dan di saksikan oleh mereka.

Firman Allah dalam surah Al mu'minin ayat 51

Sesungguhnya Kami benar2 akan menolong rasul-rasul Kami dan orang2 yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada  hari berdirinya saksi-saksi ( hari qiamat).

*****

Kisah 2

Suatu hari Al-Hajjaj memanggil Al Hassan Al Basri untuk
menimpakan hukuman terhadapnya
Al Hassan pun pergi menemuinya dan
ketika itu yang ada  di dalam dadanya hanyalah permohonana pertolongan dari Allah dan kebaikkanNya, yang disertai keyakinana akan janji-Nya.
Maka dia pun mulai berdoa kepada Allah dengan membaca Asma' ulhusna, sifat-sifatNya.
Seketika itu juga Allah membalikkan hati Al Hajjaj dan membuatnya menjadi ketakutan.
Kerana takutnya kepada Al Hassan,
Al Hajjaj pun mempersiapkan penyambutan Al Hassan di depan pintu.
Ketika Al hassan datang, ia lansung menyambutnya dan
mempersialakannya duduk bersama di atas singgahsana,
lalu meminyaki janggutnya dengan minyak wangi
dan memperlakukannya dengan sikap yang lemah lembut
dan tutur kata yang lunak.

Begitulah Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia menundukkan hati Al-Hajjaj

Sesungguhnya kelembutan Allah meliputi seluruh alam, baik alam manusia, alam haiwan, di daratan, mahupun di lautan, baik pada malam mahupun sianghari dan terhadap yang bergerak mahupun yang diam.Semoga pengisian kisah2 ini menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita dengan janji Tuhan serta mengerakkan diri kita untuk sentiasa berdoa dan bermunajat selalu kepada Allah kerana Dia Maha mendengar dan sentiasa mengabulkan doa2 hambanya.

Wasallam

3 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

moga2 doa2 kita dimakbulkan juga oleh Allah

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Ya insyallah ..Allah mendengar doa2 kita....namun kalau kita hambaNya yang disayangi tentu lebih istimewakan...sama2 kita berusaha menjadi hambaNya yang di sayangi

ainhany berkata...

salam kak shami,

hebatnya akak..dah lama rupanya menulis dan menitipkan kata2 di ruang maya nie..syukur..pesada ini akan terus subur....Ain baru bertatih..sekadar meluah pengalaman yg sejengkal..

Mudahan cita2 akk akan menjadi kenyataan..

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...