Rabu, 21 September 2011

Hijrah 3 ~ Ulang tahun kelahiran shami


 Salam sejahtera

Alhamdulillah pada 19hb September 2011 sekali lagi
shami menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 38 tahun
Syukur kepada Allah atas aturan dan ketentuan dan kurnianya
selama hidup ini...
Doa selanjutnya alhamdulillah dipanjatkan padaNya
setiap masa....insyallah

Istimewa terima kasih diucapkan  kepada kawan2 PDKM  khususnya
juga kenalan yang dikenali yakni yang masih terus membaca blog.

SEHARI DALAM HIDUPKU


sama2 kita berdoa dalam apajua urusan kita


********

Mutiara Ilmu Islam :

Waktu-Waktu Terkabulnya Do’a

 
Sungguh berbeza Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan makhluk-Nya.
Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lihatlah manusia, ketika ada orang meminta sesuatu darinya ia merasa kesal dan berat hati.

Sedangkan Allah Ta’ala mencintai hamba yang meminta kepada-Nya.
Sebagaimana perkataan seorang penyair:

 
الله يغضب إن تركت سؤاله وبني آدم حين يسأل يغضب
“Allah murka pada orang yang enggan meminta kepada-Nya,
sedangkan manusia ketika diminta ia marah”

 
Ya, Allah mencintai hamba yang berdoa kepada-Nya, bahkan kerana cinta-Nya Allah memberi ‘bonus’ berupa ampunan dosa kepada hamba-Nya yang berdoa.
Allah Ta’ala berfirman dalam sebuah hadits qudsi:

 
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي

“Wahai manusia, selagi engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, aku mengampuni dosamu dan tidak aku pedulikan lagi dosamu”
(HR. At Tirmidzi, ia berkata: ‘Hadits hasan shahih’)
Sungguh Allah memahami keadaan manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan akan Rahmat-Nya. Manusia tidak pernah lepas dari keinginan, yang baik maupun yang buruk.
Bahkan jika seseorang menuliskan segala keinginannya dikertas, entah berapa lembar akan terpakai.
Maka kita tidak perlu hairan jika Allah Ta’ala melaknat orang yang enggan berdoa kepada-Nya. Orang yang demikian oleh Allah ‘Azza Wa Jalla disebut sebagai hamba yang sombong dan diancam dengan neraka Jahannam.

Allah Ta’ala berfirman:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian.
Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
(QS. Ghafir: 60)

 
Ayat ini juga menunjukkan bahwa Allah Maha Pemurah terhadap hamba-Nya,
kerana hamba-Nya diperintahkan berdoa secara langsung kepada Allah tanpa melalui perantara dan dijamin akan dikabulkan.
Sungguh Engkau Maha Pemurah Ya Rabb…

Berdoa Di Waktu Yang Tepat

Contoh berdoa di hari rabu

Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, yaitu dikabulkannya doa diantara shalat Zhuhur dan Ashar dihari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:


أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه

قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة

“Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”

Dalam riwayat lain:
فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر

“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu di antara shalat Zhuhur dan Ashar”
(HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata:
“Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185

*******

Perkongsian ilmu

Haji Wada’ nabi seramai 100,000 sahabat-sahabat nabi yang turut serta bersama-sama dgn nabi dalam haji tersebut, tetapi dianggarkan tidak sampai 30,000 sahabat nabi yang dimakamkan di perkuburan Baqi’.
Kerana mereka berhijrah ke pelusuk dunia untuk menyampaikan/menyebarkan syiar Islam. Termasuklah, nikmat Islam yang kita rasakan skrg.
Adalah hasil usaha sahabat-sahabat nabi berdakwah kepada datuk nenek kita terdahulu.

Mungkin sahabat-sahabat nabi ini ingin mendapatkan pahala-pahala yang tidak putus-putus sehingga hari kiamat mcm mana nabi dapat.
Dalilnya dalam surah Al-Qalam ayat 1-8:-

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis;
(1) Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
(2) Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
(3) Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(4) Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat dan mereka juga akan melihat;
(5) Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
(6) Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(7) Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).
(8)” (Terjemahan surah Al-Qalam ayat 1-8)

Apabila membaca terjemahan ayat tersebut, walaupun Allah SWT menujukannya kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Tetapi secara tidak langsung, ada mesej jelas yang Allah SWT mahu kita ambil peringatan.

Ada 3 tahap amanah ilmu yang perlu kita tahu:-

1. Kewajipan menuntut ilmu.

2. Kewajipan mengamalkan ilmu.

3. Kewajipan menyampaikan kepada orang lain.

Sebagai contoh:

PERSOALAN Kenapa kamu solat fardu jemaah di rumah Allah (masjid)?
JAWAPAN Hanya kepada Allah SWT sahaja yang kami sembah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kerana keyakinan berjumpa dengan Allah SWT selepas dari kehidupan dunia ini.
Oleh sebab kita berpegang kepada akidah ahli sunnah waljamaah dan nabi kita junjungan besar Muhammad SAW menunaikan solat fardu 5 waktu di masjid secara berjemaah.
Ikut sunnah nabi.

Oleh, sbb kita ikut perintah Allah berdasarkan sunnah nabi Muhammad SAW, selagi itu Allah memberi pahala yang tidak putus-putus sehingga hari kiamat kepada nabi Muhammad SAW.
Dan sesiapa jua yang memberi jalan yang menyampaikan ilmu tersebut kepada kita.
Tanpa mengurang sedikit pun pahala kepada kita yang mengerjakan perintah tersebut.
Sebab Allah SWT Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Wasallam

Nota contoh:
hari ini hari Rabu....lebih kurang tatkala jam 1.50 tengahari 
tadi hujan turun dengan lebat sekali, waktu zohor juga sudah masuk
alhamdulillah , hujan turun lebat sekali di KL ni
waktu hujan juga adalah waktu yang baik dianjurkan berdoa...
 ..sama2 kita berdoa mudah-mudahan Allah makbulkan doa dan hajat kita semua
insyallah.

 

14 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : selamat ulang tahun kelahiran. semoga kak shami terus berjaya dalam aper juga yg kak shami lakukan....

ainhany berkata...

salam ,

Alhamdulillah dan hepy birthday to you. Mudahan segala impian dan doa dikabulkan ilahi dgn hidup disinari cahaya ilahi dan kebahagian sejati.

Amin...

Kehidupan Makkah berkata...

Assalamualaikum>>>tahniah semoga maju jaya.

sinomosa berkata...

Assalammualaikum Kak Sham,

Happy Belated Birthday,
Semoga bahagia di dunia dan akhirat..Amin

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Ya terima kasih. Insyallah mudah-mudahan semuanya baik.

shami2 berkata...

Salam ain..

Insyallah terima kasih...untuk semua doamu dek..
p/S selalu baca blog ain...tapi tak tinggal jejak...

shami2 berkata...

Walaikum salam tuan haji

Alhamdulillah, terima kasih. Insyallah sentiasa berdoa agar dapat bertemu tuan haji dan keluarga suatu hari nanti.

Noor berkata...

As Salam Dinda,

hEpI BeStdaY my dear, semoga hidupmu sentiasa didalam rahmat & keberkatan Allah SWT. semoga panjang umur & murah rezeki.. Amin

shami2 berkata...

Salam syim

Terima kasih.

shami2 berkata...

Saolam kanda noor

Terima kasih. amin

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

selamat ulang tahun ke 38
semoga terus maju jaya

Wassalam

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah

semoga terus diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat buat shami sekeluarga

shami 38 , bapak 83 dah hehehe

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Terima kasih amin

shami2 berkata...

Salam pak itam

Syukur...

Amin.

Terima kasih berkongsi pengalaman dengan saya dan kawan2 banyak panduan dan teladannya..dari blog SCP.