Selasa, 7 Jun 2011

Catatan Hadis : Kesempurnaan Islam Seseorang


Salam semuanya.....
semoga perkongsian hadis yang di catat dalam n3 ini
memberi manafaat hendaknya buat pedoman dalam kehidupan seharian kita.....

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya

"Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanafaat baginya."
riwayat al-Tarmizi no 2318, 2319, Ibn Mjah no 3976, Ahmad no 1732 dab al Baihagi

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri, daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah dan sanad2nya dinyatakan sebagai sahih. Hadis ini juga dikatakan;

Hadis yang pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya.

Abu Dzar juga ada mengatakan:

"sesiapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya
maka dia akan sedikit bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya"

Seseorang telah bertanya kepada Luqman al Hakim
(diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Muwatta)

"Apakah yang menyebabkan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?
Jawabnya
Berkata benar,
Menunaikan amanah dan
Meninggalkan apa saja yang tidak bermanafaat bagi diriku"

Pengajaran dari catatan hadis ini ialah:

1) Antara sifat muslim yang baik ialah
a)Mementingkan pekara yang mulia
b)Menjauhkan diri daripada pekara yang hina dan rendah moral
c)Mendidik diri dengan meninggalkan pekara yang tidak bermanafaat

2.Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanafaat
adalah kerja sia-sia dan merupakan petanda lemahnya iman.
3) Menggunakan waktu dengan manfaat menguntungkan diri sendiri bagi faedah dunia dan akhirat.
4) Mencampuri urusan orang lain boleh mengakibatkan perpecahan dan pertikaian antara manusia.

Wasallam

Tiada ulasan: