Khamis, 19 Mei 2011

SALAM ULANG TAHUN (1 ) PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK

PERMULAANNYA
SETELAH SETAHUN BERLALU
.ALHAMDULILLAH..SERBA SEDERHANA
SHAMI DAN KELUARGA....
SHAMI DAN ANAK2

Salam malam jumaat semua.....indahnya malam jumaat  penghulu segala malam bertandang lagi....
masih lagi kesempatan diberi oleh ilahi....mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya...
sama2 kita berkongsi...nukilan indah ini...
hasil dari bacaan, telaah yang shami dan sempurnakan...seketika tadi....
19hb Mei 2011 malam juga adalah suatu tarikh di mana bermulanya kedai kami...
beroperasi secara terus kepada peminat2 Grilled Lamb Steak Pak Ngah Hilmi...
alhamdulillah syukur padaNya.....

HARI INI MILIK KU DAN MILIK MU.....

Apabila anda berada di pagi hari,
janganlah menunggu waktu petang
Kerana hari inilah kesempatan untuk hidup
Hari kelmarin telah pun berlalu
segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.
Hari esok belum tentu datangnya lagi...
Berdoalah sepenuh hati.....
mudah-mudahan akan datang yg lebih baik lagi....

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti untuk satu hari ini sahaja lagi...
Pada hari inilah kita harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk
Membaca, memahami Al Quran secara mendalam.
Merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,
keseimbangan dalam segala hal,
keindahan dalam akhlak.
Kerelaan terhadap semua yang Allah berikan
perhatilah alam sekitar,
perhatilah kesihatan jiwa dan raga serta
berilah manfaat kepada orang lain.

Mulailah membahagi waktu dengan bijak.
Jadikanlah setiap minit seakan ribuan tahun dan
setiap detik seakan ratusan tahun.
Tanamkanlah kebaikan sebanyak2nya
Peliharalah indahnya kehidupan
Mintalah keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan
Ingatilah Tuhan, siapkanlah diri untuk pergi jauh (mengharapNya)
Mudah-mudahan hari ini penuh kebahagiaan..

Merasa aman dan tenteram penuh keindahan...
Menerima rezeki isteri, suami, anak2, tugas2,
tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa penuh kesyukuran.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf: Ayat 144

"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."

Jangan lupa ukirlah sebuah tulisan dalam hati atau meja kerjamu

"Hari ini adalah milikmu"

Juga dalam blog ......umpamanya...

"sehari dalam hidupku"

Berusahalah sekuat tenaga untuk taat kepada Tuhanmu
kerjakanlah solat sesempurna mungkin
bekalilah diri dengan solat-solat sunat nafilah
Berpegang teguh pada Al Quran,
mengkaji dan mencatat segala yang bermanafaat apa yang ada di dalamnya.

Hari ini aku, dan kita masih menghirup udara kehidupan
berbuat baiklah kepada yang lain,
hulurkan tangan kepada sesiapapun.
Jenguklah yang sakit
hantarkanlah jenazah
tunjukkanlah jalan yang benar pada yang tersesat
beri makan pada yang kelaparan
tolonglah pada yang sedang menghadapi kesulitan
bantulah orang yang dizalimi
ringankanlah penderitaan orang yang lemah
kasihilah yang menderita
hormatilah orang2 alim
sayangilah anak2 kecil
dan berbaktilah kepada orang tua.

Wahai masa lalu yang telah berlalu
tenggelamlah seperti matahari diufuk waktu
pergilah tanpa kembali lagi.

wahai masa depan
engkau masih dalam keghaiban
Tidak mungkin muncul dalam khayalan
Kerana esok hari tiada suatu pun yang dapat disebutkan.
melainkan dengan ketentuan Tuhan
Pemilik semesta alam...

Hari ini milik ku dan milikmu
paling indah dalam kamus kebahagiaan
bagi yang inginkan keindahan dan kebahagiaan....

Firman Allah SWT  surah An-Nahl ayat 1

"Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan........."

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 4

"Sekiranya kalian menghitung2 nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya."

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 20

"Dia telah memberikan nikmat2Nya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin"

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman ayat 13....

"Anda telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir dua tangan dan dua kaki...
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak didustakan ?"


Wasalam



10 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Alhamdulillah Shami...syabas & tahniah. semoga perniagaan terus meningkat maju & rezeki bertambah murah, insyaAllah.

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah

pejam-celik,pejam-celik dah setahun berlalukan

doa saya agar terus suksess dunia dan akhirat

sampaikan salam saya buat pak ngah dan semoga terus suksess

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : tahniah, dah pon berusia 1 tahun. semoga kak shami sekeluarga terus sukses...

shami2 berkata...

Salam kak hajah zainab...

Terima kasih atas doa dan ucapan semangat buat saya sekeluarga...
kasih teman bawa ke syurga...
semoga kejayaan dan kebahagian milik kak nab sekeluarga juga...

shami2 berkata...

Salam pak rezeki...

Terima ksih atas doa2 selama ini juga nasihat dan semangat...
Mudah-mudahan dunia dan akhirat sama2 kita junjung untuk kembali dengan penuh harapan padaNya..

salam pak rezeki sudah pun diterima oleh Pak ngah..heheh

pssst pak ngah tunggu kunjungan pak rezeki kemari...

shami2 berkata...

Salam dekk afezz...

Terima kasih...atas ucapan
begitu susah membina kesabaran..
indah lagi kasih sayang dengan
tunduk, sujud menyerah segalanya pada Tuhan...

Alhamdulillah baru setahun jagung...bak anak kecil ..
cuba2 melontar langkah..
penuh harapan
untuk menuju kejayaan..

Psst anak2 kalau kena caranya..10 bulan sudah boleh berjalan...dekkk hihihi ..

boxhousestudio berkata...

setahun sudah berlalu...rindu mengamit BHS kemari....tahniah geng...

boxhousestudio berkata...

ti BHS datang sana ...Insya ALLAH...

ainhany berkata...

salam kak shahmi,

selamat ulang tahun utk bisnes pak ngah dan family.. bila laa ain berpeluang ke sana gamaknya..TAPI niat ada ..insyaALLAH kak..

Ain doakan muga kejayaan dan keberkatan dalam bisness terus mengiringi akak n family
amin

shami2 berkata...

Salam Kak tun (BHS)

jemputa datang lagi...hehhe terima kasih atas sokongan.


Salam ain..
Jemputlah datang dekk...heheh bawa semua sedara mara kawan2 semua sekali...terima kasih atas sokongan ....moga Allah jua membalasnya