Selasa, 19 April 2011

FORUM ANJURAN MUSLIMAT MASJID NURUL IMAN RAWANG

Pusingan kedua kupasan tajuk
Pusingan pertama ~ kupasan tajuk
Majlis menunggu YB tiba


Setiap hari isnin...alhamdullillah dihari kedai bercuti...
dan sebagai memenuhi keperluan rohani
sesuai dengan masa dan jadual suami kami sekeluarga akan menghadiri majlis ilmu yang  dianjurkan
di masjid tempat Pak Ngah bertugas sebagai pengerusi dakwah.....
dan disitulah juga Pak ngah akan bertugas sebagai pengerusi forum yang di adakan....
dan istimewa pada malam 18hb April 2011 muslimat masjid Nurul Iman Rawang telah menganjurkan forum seumpama sebagai santapan rohani masyarakat setempat...
semua surau berdekat dijemput hadir banner juga direntangkan di depan pintu masjid untuk maklumat umum.....
Alhamdulillah...tajuk yang dikupas...dengan teliti lebih-lebih lagi...
adanya YB Mumtaz Md Nawi...
berasal dari Tumpat kelantan,  lulusan Ijazah Undang-undang dalam Undang2 Syariah & Civil dari UIA...berumur 39 tahun mempunyai 4 orang cahaya mata,
jawatan senator @ ahli dewan negara mewakili kerajaan Negeri Kelantan, Naib ketua dewan Muslimat PAS Msia dan juga seorang peguam.
berikutnya:

Ustaz Azrulhakim Suradi
Anak kelahiran Sabak Bernam, mendapat pendidikan di KUIS, Universiti Al Azhar, mesir dan Universiti Suska Riau Indonesia. Berumur 36 tahun, pernah bertugas sebagai pembantu Imam Masjid Negeri Selangor, kini mudir di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Iman Bukit Kerayong, Kelang.
setiap kupasan berselang seli rujukan ayat2 suci Al Quran berhubung firman Allah akan perihal tajuk yang dibincangkan....
yakni bermulanya pemilihan calon isteri dan suami
hak isteri dan hak suami
akhlak suami dan isteri
pendidikan anak2 semenjak didalam kandungan
pembentuk anak2....
sejak dari bayi hingga usia remaja
itulah cermin anak2 kita hari ini
sesungguhnya suri teladan yang baik
tentulah kisah hidup dan akhlak Rasulullah...
sama2lah kita contohi Rasul kita ini
agar kehidupan kita diredhai Allah dunia dan akhirat
Sesungguhnya agama islam yang benar ini
adalah pegangan hidup kita...
segala firman Allah Taala dan juga hadis Rasulullah
adalah pedoman  hidup kita...
sama-sama kita sibukkan diri  menambah ilmu,
menambah baik kekurangan diri yang ada bagi hidup yang sementara ini
setiap hari dalam hidup kita ini
untuk kita kembali mengadap Allah dengan penuh keredhaan
dan kasih sayangnya nanti.

Wasallam

Tiada ulasan: