Rabu, 5 Januari 2011

Harta dunia adalah ujian buat kita

Gambar atas rumah sebelah yang terbakar tempohari.
Kesan lembapan dari rumah sebelah selama hampir sebulan..menumbuhkan kulat
di sepanjang dinding dalam rumah shami yang berkongsi dengan rumah sebelah..
Rumah yang terbakar setelah di buat semula, dinding baru dibuat melebihi dinding asal
setinggi lebih kurang 4' kaki di atas bata lama yang tidak diganti
Bata asal yang merupakan dinding partywall mempunyai daya tahan api selama 1 jam ...telahpun melalui proses ini...kini jangka hayatnya untuk 20 tahun lagi tiada kepastian
mudah-mudahan dilindungi Allah
tidak diganti..sebaliknya dinding ini ditambah lagi dengan beban baru oleh kontraktor berkenaan atas jaminan darinya ...keputusannya tanpa kata sepakat semua.

Inilah sebahgian kesan retakan di tingkat bawah...bahagian dinding yang berkongsi dengan rumah sebelah


Kesan retakan yang ketara dibahagian pintu bilik tidur shami...kesan drill oleh pekerja dari rumah sebelah menyebabkan kini pintu bilik tidak dapat ditutup rapat...


Kesan retakan akibat kerja2 drill pembinaan semula rumah sebelah..telah merebak kedinding lain kini meliputi bentuk lingkungan segiempat..pada seluruh dinding bilik


Kulat tumbuh dipermukaan siling rumah bahagian bawah...
yang menerima kesan lembapan...proses ini hanya dapat dilihat setelah 2-3 minggu akibat kelembapan yang berterusan hasil dari hujan yang turun setiap hari.
Lagi gambar kesan retakan sepanjang bilik shami & anak2 membawa ke dinding bersebelahan rumah yang terbakar. kesan retakan akibat kebakaran dapat dilihat selepas kebakaran berlaku. Punca terjadi...adalah kerana haba panas yang melampau. walaupun api telah terpadam, tapi haba panas tetap dapat dirasa.
Kini kesan getaran dari kerja2 hacking dan drill memburukkan keadaan sedia ada.



Inilah keadaan rumah shami sekarang ini.
Cerita ini adalah sekadar tauladan kepada semua
Bilamana berlaku kebakaran...hendaklah kita sentiasa peka akan
pencegahan sebelum terjadinya kebakaran
ketika berlakunya kebakaran dan
kesan selepas kebakaran..
serta pihak-pihak yang terlibat
Sesungguhnya kebakaran terjadi kepada empunya rumah
namun kesan kepada jiran sebelah menyebelah juga harus diberi perhatian
Sesuai dengan tuntutan adap hidup berjiran...
sebaiknya sama-samalah kita saling berbincang bagi menjaga
keharmonian dan kebaikan bersama.
Ini kerana hidup berjiran insyallah akan kita lalui hingga kehujung usia..
dan sekiranya terjadi apa2 jiranlah orang yang paling awal akan sampai kerumah kita berbanding saudara mara serta adik beradik sendiri.
Apa yang dialami shami hari ini adalah satu pengajaran
walaupun berat untuk diterima tetapi kena redha
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
untuk kita muhasabah diri kita sendiri
....juga mengenali dan mengukur siapa dia sebenarnya insan2
disamping kita selama ini ....
bagaimana tahap sejatinya dia pada kita
bagaimana sejatinya kita padanya...
Semua ini telah diatur oleh Allah SWT...
untuk kita layari dan selami diri masing2
Hingga kini shami masih menunggu lagi kelulusan pihak insuran
berhubung tuntutan kos pembaikan.
Insyallah akan selesai tidak lama lagi.
Semua urusan adalah hasil usaha sendiri serta nasihat kawan2
dari bidang teknikal dan juga pengamal islamik insuran.
Asasnya permintaan kami hanya satu
mohon dibawa berbincang tentang
Pertukaran dinding yang telah terbakar kepada yang baru dijalankan serentak
Kos yang terlibat adalah cukup minima 1, atau 2 palet batu bata
yang melibatkan kos kurang RM 500 ringgit sahaja,
berbanding nilai tuntutan insuran yang diperolehi mereka....
yakni hampir mencecah ratusan ribu ringgit.
Mereka adalah kakitangan insuran berkenaan
polisi mereka dan kami adalah dari skim dan syarikat insuran yang sama.
Urusan tuntutan mereka selesai dengan mudah dan cepat
tidak sampai sebulan
atas keperihatinan syarikat serta kapasiti sebagai kakitangan mereka
Maklumat ini diberitahu secara tidak lansung oleh isterinya kepada shami sendiri
Permintaan untuk dibawa berbincang,
sementara menunggu kepulangan suaminya dari haji
telah dimaklumkan sendiri oleh shami
tindakbalasnya hanya rungutan dan dengusan emosi
shami sendiri dipersoal kenapa tidak berurusan dengan kontraktornya sendiri
atas urusan semua ini.
Telah shami maklumkan kontraktor berkenaan
minta shami rujuk padanya sendiri
Kami pernah bertembung diawal pagi selang beberapa hari
shami maklumkan padanya
tapi tiada sikit pun terbit dari hati perempuannya
akan rasa untuk berkongsi pendapat.
Proses pembinaan diteruskan juga tanpa peduli.
Suaminya kini telah kembali dari tanah suci
timbul rasa tanda tanya dalam diri shami
kenapa mereka berdua berdiam diri
sudahkah dia maklumkan pada suami akan isu ini
kenapa lansung tiada bayang ketelusan dalam hal ini..
Kesimpulannya kami dipaksa akur tanpa diberi peluang berbincang
bagi mencapai kata sepakat yang telus
Bagi rumah yang kami beli sendiri
Kami kena terima begitu sahaja keputusan dipihaknya
tanpa hak berbicara secara jujur dan ikhlas.
Laporan telah dibuat kepada perunding insuran
dan lawatan susulan juga telah dibuat oleh mereka
Alhamdulillah keputusanya kami dibenarkan membuat tuntutan
kos pembaikan adalah atas polisi insuran kami sendiri.
Begitulah kisahnya pengalaman hidup berjiran...
tidak terniat sekalipun untuk memburukkan sesiapa dalam hal
penceritaan dalam blog ini.
Cuma sebagai satu perkongsian bahawa mana2 antara kita berkemungkinan
akan dan telah menghadapi situasi ini.
Sabar dan redha sahaja perlu kita sematkan dalam dada
walau kadang timbul juga perasaan terasa hati
dipinggirkan, dan kami terkapai2 sendiri, kesana sini membela hak sendiri
demi kelansungan hidup yang sementara.
Sesungguhnya harta dunia adalah pinjaman Allah semata
buat menguji pendirian dan prinsip hidup kita
sesama manusia...baik dalam rumah tangga, keluarga juga jiran tetangga..
Doa shami dari jauh..mudah-mudahan
hati kecil ini dijaga oleh Allah sentiasa dalam keampunannya
diatas sebarang kejahilan dan kelemahan ...
kesan kesedihan...dan sebagainya
mudah-mudahan juga mereka sama-sama mendapat keampunan dariNya, memahami
dan diberi kesedaran atas apa yang berlaku....
Kepada kawan2 sila semak perjanjian jual beli rumah masing2....
samada ada atau tidak kita disyorkan membeli insuran kebakaran.
Kalau tidak silap insurans kebakaran rumah bagi pembeli rumah
kini telah diwajibkan selain insuran hayat ( MRTA)
bagi kebanyakkan bank yang menawarkan pinjaman.
Jika tidak jelas sila semak, untuk memastikannya.
Demi kebaikan hari depan.
Kos insurannya rendah dan amat bermanafaat.
Kalau belum harap dapat ambil seeloknya skim insuran islamik
mudah-mudahan kita saling bantu membantu kepada yang memerlukan
yang mana juga boleh ditafsirkan dalam bentuk amal jariah ataupun sedekah.
Sila buat urusan bagi mencapai kepastian yang tepat.
Sabda baginda rasulullah : diriwayatkan oleh Asy syaikani:
kita dituntut mengutamakan konsep menghormati dan berbaik baik dengan jiran tetangga melalu sabda baginda
"Barang sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya"





7 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga Allah permudahkan urusan Shami dan Pak Ngah

Wassalam

fzi berkata...

Salam shami...
Banyakkan sabar ya shami... hidup berjiran ni macam tu lah, kadang kita yang bersungguh2 cuba jaga hati jiran, tapi malangnya jiran kita takde nak sibuk2 cuba jaga hati kita. Berat mata memandang masalah shami, berat lagi bahu yang memikul... akak faham caner perasaan shami dlm melalui situasi ini... bersabarlah, mohon pada Allah agar dibukakan jalan untuk dapat selesaikan masalah itu sebaik mungkin...moga yang kusut akan terlerai....aminnn

rezeki berkata...

salam shami

semoga semua selesai dgn baik

insyallah

alhamdulillah , rumah bapak dilindungi oleh skim insuran takaful dari semua aspek malapetaka dan bencana termasuklah banjir

pernah buat tuntutan dulu semasa banjir besar melanda

Naz Mohamed berkata...

Salam shami...

Takziah di atas musibah yang menimpa..dpt difahami perasaan hati shami kerana akak jugak hidup berjiran. Namun bagi menjaga silaturahim, apa juga kerenah jiran ditelan w/pun pahit. Tidak susah sebenarnya hidup berjiran kalau ada perasaan kasih mengasihi umpama keluarga...

shami2 berkata...

salam cik rozali
Ya insyallah..sentiasa berdoa..ke arah tu.

Salam kak Fzi..
Terima kasih kerana memahami, kalau Allah sayang kita tentu dia menguji kitakan, bentuk2 ujian tu kadang2 cukup menekan perasaan...apa yang boleh buat usaha mana yang perlu, sabar dan doa sentiasa. Ya hingga saat ini pun ada lagi kejadian susulan melibatkan kerosakan elektrik seperti tv, peti sejuk, dll bagi 4, 5 buah rumah kerna kontraktor elektrik pula yg buat silap pasang wayar. alhamdulillah kat rumah shami tak da apa2 yg berlaku.

Salam pak itam,
Insyallah bakal selesai dengan baik. Mudah-mudahan hidup kita semua sentiasa dalam lindungan Allah, dan dipermudahkan segala urusan kita.

Salam kak ina,
Betui apa yang akak cakap tu. Terima kasih kerana memahami. Perasaan kasih sayang dan sejatinya jiran dan sahabat sukar ditafsir. Kebiasaannya kami ok, baik dirumah maupun disurau. Tapi saya heran bila dia tiba2 tak mau bawa berbincang dalam hal ni. Juga kontraktor berkenaan yg telah saya bantu suatu ketika dulu, juga kawan kpd suami dimana suami jadi tempat rujukannya.
Saya terkejut bila dia bagitau saya dia dah dapat duit, suami dia tak tau dia buat renovation, kerja dah jalan, baru dia call suami ditanah suci bagitau hal tu. Dan suami dia istigfar berkali2 bila dapat tau. Dan saya terkedu bila dia kata dia serah semua pada kontraktor dia tak tengok pun progress sedangkan dia duduk rumah sewa sementara selang 5 buah rumah dari rumah asal dan rumah saya sahaja. Banyak pekara yg tak telus dalam urusan ni. Saya buat aduan dan minta nasihat pada yg berkenaan. Saya tak pergi kerumah dia, demi menjaga hubungan agar tidak menjadi bertambah keruh dan berlaku pekara ygn tidak diingini. Jiran tetangga saya kebanyakkan satu ofis dengan dia. Mereka semua adalah kakitangan syarikat insurans berkenaan. Saya doa banyak2 minta Allah permudahkan segala urusan dan teguhkan kesabaran saya. Janji Allah itu pasti dan benar.

Unknown berkata...

salam...
slam perkenalan...
kak shami....
semoga segalanya yang terjadi itu akan menyedarkan kak shami sekeluarga... jgn terlalu menyalahkan pihak lain.... sepatutnya muhasabah diri... dimanakah salah silap diri sendiri...bukan begini cara untuk berterus terang... berhadapanlah dengan empunya diri.. bercakaplah baik2.. jangan mengata di belakang... buruk padahnya nanti...tdak perlu bercerita kepada smua orang.... lebih baik luahan ini hanya pada diari peribadi... tk perlu hingga ke laman blog sebegini... satu dunia boleh baca... tak bagus...ini akan menyinggung perasaan pihak yang berkenaan...

shami2 berkata...

Salam dek mira.

Salam dekk mira ..

Hari ni 1/3/2011. Semuanya telah selesai satu persatu.
Sangkaan mu dekk nyata meleset sama sekali...jauh menyimpang
Sungguh cepat dirimu memintas dan membuat kesimpulan....

menyembunyikan dirimu tanpa rumah blog sendiri
hadir tanpa diundang..
adalah perlakuan yang tidak jujur...

beberapa komen kamu telah pun akak jejaki...
Walau siapa pun kamu,
baik lelaki atau perempuan identiti mu..
Allah Maha mengetahui....lagi Maha Melihat...
Akak serahkan segalanya pada DIA...atas apajua niat mu muncul didalam blog ini...