Isnin, 24 Mei 2010

Rumah tangga

Cantik mawar merah...dalam gambar ni..secantik bahasa ditujukan kepada
empunya insan disebaliknya......
Salam semua wanita2 solehah....baik yang masih sendiri
Maupun sudah mempunyai suami disisi...
Alangkah indahnya rumahtangga yang dibina
dilayari bersama....dengan terbinanya
sebuah keluarga yang bahagia...
Bahagia yang macam mana..yang kita impikan pula..
Tanyalah iman kita....
Namun rumahtangga berasaskan sunnah rasulullah pasti
menjadi asas yang perlu kita sematkan dalam dada...
Perlu kita semai diri kita dengan ilmu agama...yang perlu kita pupuk..
Selangkah-demi selangkah...agar kita berjaya
mencapai dengan keupayaan yang kita ada...
Kekuatan, kejujuran, keikhlasan yang menjadi sifat dan tunjang kita..
Jangan bandingkan diri kita dengan sesiapa...
Melainkan para rasul pilihannya....dan juga insan2 pilihan Allah S.W.T
yang telah pun dijanjikan syurganya sebagaimana firman Allah Taala...
Mariam, Asiah, Khadijah,dll lagi...ikutilah...peribadi mereka...
Kita hanyalah wanita....kerdilnya dan lemahnya kita
Adalah hikmah, anugerah istimewa..kurniaan Allah S.W.T...
Solihahnya dan kejayaan kita mendidik anak2
akan menjadikan kita perhiasan yang indah buat suami kita.. diakhirat kelak..
Bercahaya rumahtangga kalau suami meletakkan isteri pada tempatnya..
Dan berbahagialah wahai wanita...andai anda adalah tunggak ..pimpinan
kearah kesempurnaan rumahtangga...
tiada cacat cela pun akan percaturan Allah..pada kita..
Semuanya adalah anugerah...dan jambatan kita menuju syurga...
Tanamkanlah sifat untuk memiliki syurga...dalam diri kita wahai wanita..
Barulah...terbina dan aman rumahtangga
Walau susah mengemudikannya...didunia..
...hanya Allah penolong kita jua..

13 ulasan:

taj berkata...

Salam Shami,

terimakasih pengkongsian ini...
moga Allah bantuku dlm segala urusan termasuk juga menjadi wanita solehah...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam Shami,

Shami begitu pandai menulis..Terima kasih kerana kak nab boleh dapat ilmu dari catatan ini.

shami2 berkata...

Salam taj...

Sama2 taj...Janji Allah itu benar...Allah bersama Taj...Jaga Allah..Allah menjagamu...
Hebatnya mencintai Allah dan cintanya terasa sehingga keseluruh pembuluh darah ...kita


Salam kak nab...
Kepandaian saya hanya pinjaman dari Allah...kak
Mudah-mudahan apa yang baik dapat dikongsi bersama....

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

benar kata YB Nab tu. Shami2 pandai menulis. bunga-bunga bahasanya begitu sedap di baca.

semoga shami2 terus menulis

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

tentu semasa di sekolah dahulu
matapelajaran sastera dapat 100%
he he

moga Shami menjadi isteri dan ibu yg solehah
amin

Wassalam

shami2 berkata...

Salam AZ..

Ye ker..baik cikgu insyallah akan terus menulis...

Salam cik rozali.

Saya aliran sains...heheh
Selebihnya dari Allah..
Amin terima kasih kerna tidak pernah putus2 mendoakan saya sekeluarga..juga doa saya untuk keluarga cik rozali..mudah-mudahan hidup kita smua berjaya didunia dan akhirat..

KAMATO berkata...

cantik susunan ayat shami

rezeki berkata...

salam shami

kita yg mencorakkannya dan corakkannya mengikut ajaran islam dan sunnah

insyallah

sinomosa berkata...

Salam Kak Shami,

Terlalu tinggi rasanya pujian akak kpd sy di blog Afeezz, apa2 jua pun terima kasih atas kejujuran akak..huhu
Indah bahasa yang akak lontarkan diatas..
Untuk menjadi solehah, sy masih perlukan bimbingan dan panduan..
Sbg seorang wanita siapa yang tidak mahupun suami yang soleh..
Oleh itu, sy perlu menjadi insan yang solehah dahulu untuk bertemu dengan yang soleh..Insya-Allah
Doakan saya kak..
Semoga kita sama2 menjadi perhiasan dunia yang indah..kerana wanita itu hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..Amin

Salam Sayang.

shami2 berkata...

Salam komato..
Ya ka terima kasih

Salam pak itam
Ya betul..kalau corak ikut islam dan dilakukan sebagaimana sunnah..itulah amal baik yg akan dicatat dengan ganjaran pahala yg besar..semua akan mudahkan..insyallah..mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah

Salam syima..
Kita tidak dilahirkan sempurna,
hanya sebagai waris keturunan beragama islam...diri kita jua yg perlu memupuk sendiri nilai solehah tersebut..masa dan kesedaran itu..adalah kurniaan Allah
selangkah demi selangkah
semuanya...tapi atas daya usaha kita juga...kalau ada kesilapan..kejahilan..diri bersihkan ia...dengan hadiri majlis ilmu, selalu..belajar dengan guru..bukan hanya dengan buku...bergaul dengan insan2 yg baik..
mulakan dengan hidup yg baru...pastikan solehah itu milik kita....

tidak semestinya kita solehah akan bertemu yg soleh...mungkin yg soleh itu wujud dengan lebih sempurna bila kita ada disisinya...kitalah tunggak pimpinan itu...siapa sangka...
kerana hakikat berpasangan itu adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain..bukan hanya sekadar nafsu sahaja...

Akak sentiasa mendoakan adik2 perempuan akak didunia realiti dan maya untuk berjaya memiliki pasangan hidup dan menikmati alam rumah tangga yg bahagia...amin..insyallah

tapi apa jua pun perbaiki dulu hubungan kita dengan Allah Taala...
hubungan itu dalam segala hal aspek gaya hidup dan kehidupan...sama2 dek kita usahakan..
Bukan sehari dua...tapi mungkin mengambil masa bertahun2....lamanya..selagi hayat dikandung nyawa..
...insyallah..
Selalu solat hajat malam2 minta Allah kurniakan pasangan hidup yg baik untuk kita dunia dan akhirat ...

lelaki adalah insan yg amat memerlukan isteri/perempuan disisi untuk menenangkan dirinya kerna itulah Allah ciptakan Hawa disisi Adam....
itulah fitrah manusia..yg Allah ciptakan..
Manis atau masam kehidupan berumah tangga adalah kerana kita juga....memimpin suami adalah dengan mengadu pada Allah di malam2 dinihari..insyallah dekkk....moga jadi panduan pada semua...

taj berkata...

Salam,

Shami...
betul apa yg dikata...dekati diri dahulu dgn Allah...kenal Allah, rasai cinta Allah, merasai adanya Allah...rasai kasihsayangNYa... baru boleh menarik perkara2 yg selari dgn kehendak Allah..insyaAllah

sinomosa berkata...

Salam Kak,

Thanks so much..
"tidak semestinya kita solehah akan bertemu yg soleh...mungkin yg soleh itu wujud dengan lebih sempurna bila kita ada disisinya...kitalah tunggak pimpinan itu...siapa sangka...
kerana hakikat berpasangan itu adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain..bukan hanya sekadar nafsu sahaja..."

persoalannya? mampukah saya..namun jawapannya telah akak sebutkan diatas..Insya-Allah kak.

shami2 berkata...

Salam taj..

Indahkan...betapa kita selama ini kalut dengan kehidupan bila cahaya telah Allah suluhkan kepada kehidupan ...masyallah..subhanallah..maha suci Allah...tiada Tuhan disembah melainkanMu ya Allah...

Salam Syima..
Akak yakin syima mampu...cuma istiqamah dalam setiap pekara...yg dilakukan