Rabu, 12 Mei 2010

KEDAI KAMBING PANGGANG SHAMI2 P (1)

Ruang makan kedai yang masih belum disusun meja dan kerusinya kerana
kerja2 mencuci lantai sedang dijalankan....
Ini bahagian ruang makan masih belum disusun kerusi meja nyer cadangnya hari nih

Bahagian kaunter belum dikemaskan lagik...hehhehe
kata abang ini tempat akak...heheh
Ini bahagian dapur tempat membuat minuman




Ini bahagian dapur psssssst pak itam mesin ABC ado to jum meh datang turunkan
ilmu pada anak menakan nih..hehheh
Inilah rupa bahagian depan kedai aku yang bakal dibuka..masih belum dikemas dengan sempurna..insyallah sedang diusahakan...akak nih tak mapu buat kerja berat,maklumlah badan dah season kata pak itam..heheh..
Kalau dibuat jugak..sakit bekas jahitan diperut...ngeri..heheh pak itam taj, AZ jomlah kita sama2 mengalunkan ayat2 suci Alquran yer mudah-mudahan kita sentiasa diberi kesihatan yang baik setiap hari selagi ada hayat dikandung badan.....kan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah syukur ..........
Inilah dia kedai kambing panggang shami2 yang sedang dalam
proses mencuci dan menyiapkan segala keperluan, yang sepatut agar operasinya
dapat berjalan dengan lancar.....bila tiba ketikanya
Syukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnianya...akhirnya satu persatu ujian yang dihadapi dengan penuh sabar berakhir, ..namun ujian seterusnya harus ditempuhi dengan penuh iltizam dan istiqamah....
Impian dan harapan untuk berniaga kambing panggang akan menjadi kenyataan.....
....alhamdulillah
Tahniah buat suami yang dikasihi Muhammad Hilmi kerana telah bersusah payah berusaha dengan sepenuh hati, dan jiwa ragamu memulakan hidup baru setelah mengambil keputusan muktamad untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan kerajaan....setelah hampir 15 tahun berkhidmat.
Berkat doa ibunda, isteri ayah dan ibu mertua, anak2 serta seisi ahli keluarga... sokongan terutama jemaah surau, kawan2 dunia nyata, alam maya (khususnya)....serta sahabat yang dikasihi CL dari kota Makkah..
Setelah menganggur selama 2 bulan....
akhirnya kedai kambing panggang istimewa akan dibuka tidak lama lagi...
Inilah hari2 yang dilalui segala kerja2 pembersihan dan pengolahan kedai sedang diusahakan...
Mudah-mudahan usaha murni ini berjaya mengubah kehidupan kami sekeluarga dari yang baik kepada yang terbaik....
Dimaklumkan permintaan untuk tempahan kambing panggang bagi majlis aqiqah juga turut dikendalikan oleh suami, kebiasaannya tempahan ini diterima pada hari minggu sabtu, atau sabtu malam ahad....bertepatan dengan cuti hujung minggu...
bermula dari pemilihan kambing aqiqah, wakil tuan kambing, penyembelihan, penyediaan menu serta servis dan layanan kepada tetamu juga dikendalikan...
Tempahan juga diterima kepada yang ingin berkelah..dimana kita hanya menyediakan keperluan bahan mentah siap di merinat tetapi proses panggang dikendalikan sendiri...oleh individu...
Kami juga sedia menerima tempahan membuat kuah sahaja.....sekiranya anda berminat dengan syarat bawa bekas dan datang ambil sendiri dirumah shami2..
sila layari laman blog ini untuk mengikut maklumat dan meneliti foto2 sebagai info
bbqkambingmie.blogspot.com
Kedai shami2 ini terletak di Bt 16 jalan Rawang lama,
Kalau dari KL lepas Tesco
kalau dari Exit Tol Rawang selepas masjid Nurul iman dan court mamonth





16 ulasan:

boxhousestudio berkata...

Tahniah Shami...nanti BHS usahakan untuk kemari ya...adik ipar BHS ada kat tesco rawang...Tahniah sekali lagi....YA ALLAH semoga bertambah-tambah dan melimpah ruahkan lah rezeki Shami...mana la tau kan boleh pula adakan extra money tuk BHS pi buat Umrah...mak aiii...terlebih sudah....err....gurau-gurau bawa bahagia kan kan kan...Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah, tahniah dr pak itam

akhirnya impian jadi kenyataan
pesan pak itam, berniaga baik2 , buat sehabis baik , berusaha , berdoa dan bertawakkal

insyallah, ada rezekinya buat shami sekeluarga nanti

kalau dah maju , jgn lupa zakat perniagaan

walauapa pun berlaku semasa melayari perniagaan ini, jangan cepat putus asa dan mengalah ,

nanti pak itam kasi tips2 berguna dari masa kesemasa , psl pak itam sangat gembira tengok bangsa melayu dan umat islam berjaya

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

Alhamdulillah! syukur, dengan berkat kesabaran & sentiasa bermunajat kepadaNYA, Allah SWT memberikan shami & keluarga apa yang dipinta. Akak doakan agar bisnes shami & abang sukses dan terus berkembang maju, Insya Allah.

kak su berkata...

Salam shami..

Alhamdulillah , insyaallah akak akan sampai nanti.

Puncak Alam dgn Rawang tak la jauh mana kan..ada highway Ghuatrie...insyaallah.

Tahniah...

Wslm

ina berkata...

Salam Shami,

Tahniah, Tahniah, tahniah. Elok dibuat kenduri kesyukuran sempena perasmiannya. Bila kedai dibuka secara rasmi? 23/5 nnt akak nak hantar puteri sulung ke Uitm Puncak Alam. Kot2 boleh melencong ke Rawang.

Hubby akak mmg pantang dengan kambing...pantang jumpa. Dia kata lagi kuat bau kambing tu, lagi sedap.

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

Ya Allah permudakanlah segala urusan sahabat kami ini serta permajukan perniagaannya

Wassalam

Azima berkata...

Salam Kak Shami,

Alhamdulillah kak,impian telah terlaksana..semoga usaha akak ini diberkati Allah dan restoran kambing panggang akak mendapat sambutan..InsyaAllah.

Nanti saya nak minta ilmu nga Pak Itam gak..moga2 impian saya tercapai gak mcm akak..
All the best kak..
InsyaAllah..bila ada nak melencong kat rawang..nanti saya singgah kedai akak yer..

Wassalam

taj berkata...

Salam,

Shami...tahniah tahniah tahniah..syukur alhamdulillah...akhir menjadi kenyatan juga...dan akan jadi kenyatan pd taj utk makan lagi kambing shami...hehhe

InsyaAllah akan ke sana bersama2 tikah...ada sapa lg nak ikut leh cal Taj nanti...

kambing kambing oh kambing...aku datang nak makan...

w'salam

U berkata...

Salaam Shami,

Alhamdulillah, impian Shami sekeluarga sudah menjadi kenyataan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesabaran untuk menghadapi segala dugaan dalam dunia perniagaan yang penuh pancaroba. InsyaAllah, semoga Shami memperolehi rezeki yang berkat.

Tahniah! Tahniah!

p/s...nanti Shami letakla peta ke kedai bbq tu yer? Mana tau kot2 ada rezeki, boleh ler singgah bila2 kakchiq turun KL nanti, insyaAllah.

VpeaceV

shami2 berkata...

Salam Boxhousestudio..

Terima kasih kak atas doa dan kata2 semangat tuh..heheh..nanti mai noh singgah...heheh

Salam Pak itam

Hasil duk baca n3 pak itam dalam blog tuh...inilah semangat menjadi cambah..hehehe terima kasih untuk doa dan kata2 peransang dari pak itam tuh....kalau capetown, durban pak itam boleh pi setakat kedai saya yg kecik molek tu sure pak itam tak dak masalah kan nak singgah..huhuu nanti bagi tips nohhhh...anak menakan baru nak bertatih....nih..nak elak kut terseliuh ...

Salam kak Nab..

Terima kasih kak nab atas nasihat dan amin doa2 akak senantiasa..untuk saya sekeluarga tu..banyak kelemahan dan masih dalam peringkat belajaq berdikari nih..setelah sekian lama duk makan gaji...

Salam kak su..
Terima kasih singgah mai blog saya...ya saya tunggu semua kedatangan kawan2 saya..harap2 dapat jumpa didunia nyata..kan insyallah kak 15 minit jar kalau ikut guthrie tu...

Salam kak ina..
Insyallah kak kenduri doa selamat duk plan nak buat tunggu appoint ngan ustaz untuk doa khusus ..dan memagar kedai..dari pekara2 yg tak elok..insyallah tarikh tu dah buka dah kedai..nanti saya umum dalam blog..mailah singgah makan kak pas tu komen ..hehehh nampaknya hubby akak cukup peka tuh..heheh

Salam cik rozali

Terim kasih banyak..amin untuk doa tuh..semoga cik razali sekeluarga juga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...amin

Salam Azima..
Jemput datang Azima...impian terlaksana setelah menempuh pelbagai dugaan dan nista..tapi diharungi dengan kesabaran yang tak terucap oleh kata2...jom dek kita usha apa2 perniagaan yang baik untuk masa depan kita semua..mudah-mudahan kehidupan kita diberkati Allah dengan menghidupkan sunnah Rasullullah...amin

salam Taj...

Terima kasih sahabat, amin untuk doa mu itu....jemput datang nanti, saya tunggu...kita ambik gambar tunjuk kat CL..hahahha

Salam kak cik...
Terima kasih..setelah penat dan dah lama berhempas pulas..huhu inilah baru nak menapak..dekk...kalau dari ipoh tu jap jer..masuk tol Ipoh kuar tol rawang cari masjid nurul iman ngan court mamoth dh samapi dah dekk..mudah jer...tuh hehehe
Amin untuk doa mu tu dekk

manzlie berkata...

salam from Makkah...

doa cl disini..moga suksess dan berjya insyalah..mohon rezeki pada allah swt...

taniah...


waslam

mama ju, berkata...

Seribu tahniah mama ucapkan.

Moga jadi ushawan berjaya.Amin!

shami2 berkata...

Salam CL...

Alhamdulillah..syukur dengan perjalanan sejak 2 bulan ini...terima kasih untuk doa2 mu dekk..jom sama2 kita terus berdoa..untuk kebaikan semua

Kedai akak kecik molek jarr mana leh lawan Dsaji ngan Alsafwah tuh..hari ni jer mengigil akak tengok undang duk beratur, dengan bunga ros epal tuh...heheheh...noti aar ..

Salam mama ju
Terima kasih mama... insyallah mudah-mudahan..harapan itu menjadi kenyataan...

silversarina berkata...

Selamat Maju jaya !!

Teringin jugak nak makan kambing panggang kat kedai baru shami , InsyaAllah kami akan sampai sana satu hari nanti .

shami2 berkata...

Salam Silverina

Ya, sahabat terima kasih...
Kalau teringin kena mailah...ke warung akak nih hehehh tunggu pembukaannya..nanti ya akan akak umumkan

afeezz berkata...

salam kak shami : alhamdulillah.... dpt bukak kedai dah, insyaAllah semuanya akan berjaya (bole le kami dtg melantak kambing panggang nnt.... bg diskaun tau)

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...