Khamis, 7 Mei 2009

Kehidupan

Kehidupan ini tidaklah indah dan tidak pula kekal
Hari ini lengkap sudah sebuah perjalanan dan catatan bekal
Kadangkala pahit, namun semuanya kemas dalam ingatan jauh di lubuk akal
Itulah hakikat kehidupan wanita kerjaya hari ini yang seharusnya tabah dan cekal

2 tahun aku menyepikan diri dari dunia maya
Kawan rakan dalam blog tetap aku kunjungi seadanya
Kesunyian dan juga kejauhan dari rakan dan keluarga terubat kalanya
Hari ini kerinduan untuk kembali tertunai jua, ringkas dan seadanya

Berbagai pekara aku tempuhi selama 2 tahun ini
Hanya suami, yang setia mendengar dan memahami
Kerjaya aku jadi mainan manusia gilakan duniawi
Aku pasrah dan yakin akan ketentuan Ilahi
Semuanya kerana tuntutan pengorbanan insani
Bukti kita sebagai hamba Allah kemudian hari
Demi sebuah syurga yang menjadi impian sanubari
Tak terkejar oleh kemampuan diri
Terlalu payah untuk dimiliki
dek kerna ujian yang cukup mencabar diri
Namun harapan dan doa tetap dipanjat saban hari
Agar terpilih jua suatu hari nanti

1 ulasan:

Leyla Shuri berkata...

salam kenalan sham2,

semoga keli ini terus memblog.

biar ceria2 selalu.