P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Isnin, 23 Disember 2013

Anugerah kesan rasa.


Kari kambing


 Daging masak lada hitam




Persiapan untuk penghantaran



Bergerak untuk penghantaran


Alhamdulillah, lama benar tidak menulis, 
tanggungjawab sebagai
ibu, isteri, anak, pekerja, juga untuk Phgl juga D'Sham Muslim Shoppe
 lebih-lebih di musim cuti sekolah ini
memang padat, ruang masa yang ada pastinya 
akan diperuntukan sejenak untuk pengisian rohani.

Hari-hari biasa saya masih lagi bekerja, 
menimba pengalaman sebagai seorang 
usahawan secara praktikalnya di dalam  3 medan  yang berbeza
Pengurusan kontrak selenggaraan highway, restoran dan juga pakaian.
melalui lapangan pendidikan seorang Jurukur Bahan @ Quantity Surveyor.

Setiap hari minggu saya bukan sahaja memasak 
sekadar untuk suami dan anak-anak,
 tetapi telah menjangkaui untuk pelanggan yang terdiri daripada pelanggan2
restoran dan juga katering dibawah pentadbiran suami 
serta pembekalan barangan ibadah
harian, haji dan umrah yang dikendalikan sendiri secara separuh masa.

Di dalam proses kembara kehidupan saya ini terlalu banyak pengalaman
kehidupan yang telah tercatat secara lansung dan tidak lansung.
Ada antara pembaca dapat menerima dan ada juga yang sebaliknya.
Positif atau negatif kesannya, ia adalah tentang pemikiran pembaca itu sendiri. 
Alhamdulillah dari situlah tercetusnya kesan anugerah rasa untuk saya lebih dekat dan taat kepadaNya. 

Justeru itu saya bawakan satu perkongsian
 luahan rasa yang terungkap dari  seorang insan yang juga sama minatnya menulis 
di dalam blog ...sebagai sebahagian daripada catatan pengembaraan jurnal kehidupan.
Mudah-mudahan ianya menjadi perkongsian bermotivasi, dalam usaha kita semua mencari kehidupan yang diredhai Allah Insyallah.


PEDOMAN NASIHAT

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,
(AL-’ANKABUUT ,ayat 2-3)
Selama ini selalu dengar orang cakap bangun lah tahajud , itu juga sumber kekuatan sebenarnya,  nak cuba tapi selalu terbabas, namun saat Allah bagi peluang kuatkan diri dan hati.
 Ya memang tenang saat semua terlena, kita berbicara denganNya. Satu detik yang kita perlu lalui sendiri. Tak terucap indahnya.
Wahai sahabat , saat Allah menghadir satu “rasa” , rasa yang mana kamu sendiri tak tahu kenapa dia hadir, saat kamu sendiri tertanya apa itu?
Mungkin itu hidayah dari Allah, boleh jadi ia hadir saat kamu terpandang, terbaca sesuatu, aku mohon jangan abaikan rasa itu, kerana kita sendiri tak tahu bilakah lagi rasa itu akan kembali , kembali menerjah ruang hati ini.
Saat kamu mula melangkah memasuki medan mujahadah bersedialah, bersedialah dengan ujian-ujian Allah , moga kita sentiasa dalam lindunganNya.
Moga Allah lemparkan kekuatan pada hati-hati kita . Allahu. Moga Allah redha.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah al-Insyirah, ayat 6)
CATATAN  PERKONGSIAN  ~ SEORANG PENULIS BLOG
Cahaya Kehalusan kelembutan, ya nama blog ni, bukan saja-saja yana letak itu makna disebalik nama Nurliyana. Tapi yana ni tak selembut dan tak sehalus nama yang diberi tapi orang panggil kita tu kan doakan. 

Sebenarnya andai kamu semua kenal yana luar daripada blog or dunia maya ni , korang mesti tak expect yana yang tulis semua ni kat blog sebab kat blog yana rasa yana lebih matang lebih dewasa. Kat luar dari ini , yana macam budak-budak , gila-gila but still jaga la apa yang patut dijagakan. Dalam dunia blog ni yana ada guna nama yana, aku , saya bergantung pada entry tu.

Kalau yana sendiri baca balik apa yang yana tulis, duduk sorang dan fikir, Nampak tak  bezanya, kadang senyum sendiri, disisi ini matang disisi sana keanak-anakan.  2 dekad hidup kat bumi Allah ni, lama dah tu rasa macam dekatnya dengan mati, dan sekarang yana menyusun ceritera yang Allah tuliskan untuk yana, agar yana lebih positive lebih yakin dengan jalan yang yana pilih. Jujur yana cakap , kadang-kadang susah nak terima apa yang disuratkan , namun yana mendidik hati ini untuk yakin dengan segalaNYa yang Allah rancang.

Satu lagi, yana perasan satu, setiap yang terjadi ni kadang atas permintaan yana sendiri, so yana tak salah kan orang lain, cepat je Allah bagi signal, Nampak tak even kita tak minta once benda tu terlintas dihati Allah tahu. Mungkin itu satu kurniaan Allah pada yana. Dalam menyusun puzzle kehidupan ni, kita akan tersedar sendiri, setiap peristiwa ada ajar kita something, dan ujian Allah tu akan bawa kita lebih untuk mendekatiNYa. Ya itu yang yana rasalah. Macam ni lah simple. If yana keliru yana selalu bagitahu DIA, dan DIA bagi signal dan yana cari jawapan tu dengan signalNYA.

Yana takkan salahkan Allah takkan salahkan takdir  mahupun orang sekeliling sebab Allah pilih yana, Allah pilih untuk yana terus teguh dengan prinsip ini, walaupun sejujurnya  perit pedih , tapi bila hatidah cakap hidup ini sementara dan ujian, kehidupan , kesakitan kelukaan segalanya akan jadi semntara. So maka hati ini terus kuat untuk melangkah.

Langkah disusun, berlari menuju ilahi, yana tahu jatuh tu pasti la, tersepak batu tersungkur jugak, tapi cepat-cepat ambik antiseptic atau penawar abadi Al-Quran , rawat luka tu dan terus perjalanan. Kalau kita berjalan , lama-lama penat jugak, tapi perjalanan lagi penat sebab ia diselang selikan dengan ujian, yelah nak masuk syurga taklah susah tapi tak mudah juga. Cuma sabar dan terus bertahan.

Tika mujahadah ini mula rapuh, tika hati ini mula ada ruang-ruang kosong cepatlah pergi cari DIA. InsyaAllah dia pemilik segala kekuatan dia akan bagi kekuatan dan kita pohonlah jangan sombong, kita ni kerdil sangat. Yana letakkan prinsip, syarat sebab yana tahu yana tak kuat. Yana tahu benda sangat menguji, ingat yana ini kayu, ada hati jugak tapi tak salah biar hati sakit tak salah biar jiwa berkorbankan untuk pelihara apa yang patut terpelihara.

Yana tak sebaik muslimah lain tapi Allah cakap DIA takkan ubah kita lagi kita taknak berubah, and you should make a change! Yes sekarang yana sedar bila jauh even sesaat lalai DIA terus uji, DIA terus detik kan satu rasa. 

It make me feel more special  daripada dapat perhatian awak. Bukan yana nak riak, tapi apa yang buat kita rasa lebih istimewa daripada kita tahu yang Allah sangat peduli sangat sayang  dan sangat ambil berat hingga taknak kita  jauh langsung dari DIA.

Jadi itu buat yana kukuh, Kukuh menanti dalam setiap perancangan. Manusia akan datang dan pergi dan setiap dari mereka akan meninggalkan satu kesan pengajaran dalam diri kita yang akan bentuk kita jadi insan yang lebih baik mungkin. So tak yah nak benci, tak yah nak rosak hati dengan dendam. Mungkin kita nak orang mengerti, tapi mungkin Allah uji, tiada yang memahami agar kita sedar Allah tu faham kita lebih dari sesiapa pun.

Nekad… teruskan perjuangan ini, Teruskan hidup ni, pandang depan ujian masih menanti, mungkin lebih mencabr, mungkin lebih merobek hati tapi Iman kena jitu, nak jitu dekati DIA InsyaAllah. Yana sedang cuba dan terus cuba. Satu je yana minta doakan yana dunia akhirat .Nanti kita jumpa kat syurga tau .^_^
Banyak sangat air mata yang keluar ,  tapi tak semua faham erti setiap titis air mata yang jatuh, hanya Allah je tahu cerita disebalik air mata yang mengalir. Dalam setiap titis air mata itu ada bicara yang berbeza. Tapi cukup hanya Allah tahu kenapa . 17/12, terima kasih , syukur nafas masih ada namun mati semakin hampir.tak sakit pom boleh meninggal .


dan sesungguhnya Kami benar-benar  akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu.
[surah muhammad ayat 31]

Wasallam

Tiada ulasan: