P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Jumaat, 8 Februari 2013

RINDU BAITULLAH





Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam jumaat, alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan masa untuk
terus menjalani hidup yang sementara ini.

Saya mendapat berita, dan berjumpa dengan ramai kawan2 yang akan menunaikan umrah, secara kebetulan kami saling berhubung untuk bertanya khabar, 
secara tidak lansung juga kami akan berbincang tentang amal ibadat, persediaan diri, 
dan juga aktiviti ketika berada di tempat istimewa ini iaitu Madinah, dan Mekah. 

Begitulah masa berlalu, bercerita dan berkongsi pengalaman ketika berada di
Madinah dan Mekah, tidak pernah terasa jemu2. Ia
mendekatkan lagi hati dan jiwa saya sendiri dengan kedua-dua tempat tersebut, 
masih terbayang diruang mata, saat menjalani rutin harian ketika berada di sana...
pengalaman2 terindah itu akan tetap dikenang sebagai catatan hidup rahsia peribadi 
antara DIA dan diri saya sendiri. 

Lalu foto di atas di rakam untuk kenangan.
Rindu untuk kembali kesana tidak pernah padam pun walau seketika.
 amal ibadah berterusan menyegarkan jiwa dan rohani sentiasa
Apalagi bila mendapat khabar kawan2 yang akan kesana dan ada yang tetap setia mendoakan saya dari sana sentiasa.
Alhamdulillah...

PERKONGSIAN ILMU


Rindu kepada pemilik Baitullah 


Apabila manusia tahu bahawa Baitullah ada di bumi Makkah, menziarahinya dengan cara yang dimampui dan terdaya oleh manusia.


Meskipun Ka'bah dinamakan Baitullah (Rumah Allah) justeru Allah SWT bukanlah Zat yang memerlukan tempat tinggal, tetapi manusia diajar tentang "ehsan" yang bermaksud apabila menyembah Allah SWT, Seolah-olah menusia melihat-Nya. 

Sememangnya tidak mungkin manusia melihat-Nya di dunia ini, tetapi yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat manusia yang menyembah-Nya.


Manusia diajar begitu apabila mereka berdepan dengan Baitullah (Ka'bah) meskipun Allah SWT tidak bertempat dan berumah, namun ia benar benar memberi erti dari sudut perhambaan kepada Allah SWT dan dari segi tunduk serta patuh kepada-Nya. 

Apabila manusia dalam keadaan ihram dan bertalbiyyah dengan; Allhumma Labbik, pekerjaan tersebut dari segi hatinya sedang menyahut panggilan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


 "Mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi sesiapa yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Surah A-li Imran ayat 97). 

Sewaktu menatap Baitullah hendaklah ada dalam fikiran tentang Kebesaran Baitullah, di samping itu hendaklah membuat andaian bahawa mereka sedang musyahadah dan amat menghormati Pemilik Baitullah itu. 


Apabila tawaf keliling Ka'bah jangan hanya tubuh zahir saja mengelilinginya, tetapi hendaklah sedar bahawa dirinya sedang meniru para malaikat yang terlalu rapat dengan Allah SWT sedang mengelilingi 'Arasy.


Seolah perbuatan mengelilingi itu sedang berusaha untuk bertemu dengan Tuhan, yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sebagai seolah olah melihat-Nya. 

Meskipun manusia tidak dapat melihat Allah SWT (kecuali dalam syurga), tetapi Dia tetap melihat manusia yang mempunyai keinginan untuk bertemu sedang tawaf mengelilingi "Rumah-Nya". 


Mengapa manusia begitu berhajat kepada Tuhan, tidak lain kerana menyedari kelemahan dirinya sebagai makhluk yang serba kekurangan. 

Terlalu berhajat kepada Allah SWT yang serba cukup dan Maha Berkuasa dan Maha Kaya, agar segala kekurangan sama ada dari segi iman, ilmu serta amal soleh dapat dipenuhi dengan kurnia-Nya. 


Tujuan asal tawaf bukannya sekadar tubuh yang zahir sahaja, bahkan tawaf bersama hati dan fikiran yang sentiasa ingat serta lidah yang sentiasa menyebut nama Allah SWT. 


Wasallam

Tiada ulasan: