P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Ahad, 15 Januari 2012

Menikmati hidangan tengahari bersama anak2 saudara

Daun mengkudu yang telah siap dihiris
Menu masak lemak cili padi mengkudu dan ikan masin
oleh shami
Asam pedas utara oleh MIL & SIL


Sayur campur oleh MIL & SIL

Abang cik aan dan adik mimi bersama sepupu2nya  Kak Long Alia, 
abang ashmal, dan adik Altaf


Adik mimi beriadah lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Seminggu berlalu, sungguh terasa rindu untuk menulis lagi, kekangan masa
menjarakkan semuanya...
alhamdulillah di pagi Ahad yang indah ini peluang itu datang lagi


Perkongsian ilmu

Nabi SAW pernah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : 
"Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membaca Bismillaah. (Bismillahirahmanirrahim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
 "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : 
"Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya ,

 maka bila mana dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"
(Hadis Riwayat Muslim).
 
  membaca doa makan.

Sabda Nabi SAW, yang maksudnya :

"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.

maksudnya :

 Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW. bila hendak makan: 
'Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu', 

maksudnya: 
"Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya."



Wasallam













































































1 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : macam sedap jer masak lemak cili api daun mengkudu tuh.. tak pernah rasa pun