P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Selasa, 9 Februari 2010

15 TAHUN DI ALAM KERJAYA


Lagi gambar2 kerja maintenance highway yang telah disiapkan oleh team saya
pada tahun 2009
Dikendalikan oleh saya dan seorang pembantu di HQ
Alhamdulillah siap dan dibayar setelah menempuh pelbagai onak dan duri dan tomahan pelbagai pihak akhirnya mereka akur ..hehhe begitulah kita kalau sedia dijalan yang benar.

Inilah antara 5 site bagi kerja maintenance highway yang saya jaga bagi kontrak yang
dipegang, tampak kerja-kerja membaiki cerun telah siap sepenuhnya.


Tu dia depa duk buat kerja..potong pokok yang melindungi signboard iklan kat

highway

Ini group abang sugu, salah satu team buat kerja2 dengan saya...


Alhamdulillah itulah pengalaman yang daku kutip sepanjang 15 tahun bekerja,
sebagai jurukur bahan
dalam industri pembinaan dan penyelenggaraan highway,
8 tahun dalam skop bangunan dan
hampir 7 tahun dalam skop highway
Ramai kawan2 lelaki sebayaku menempah pengalaman di timur tengah kini
Namun sebagai wanita, ibu dan isteri tentulah tidak mungkin daku sampai kesana
hatta kerana status ku itu...hehehe
Namun daku redha dengan ketentuan Allah
Pahit manis bekerja, daku telan sendirian
Bertemankan suami disisi
Itulah pengalaman tugas lelaki dipikul oleh wanita
Benar janji Allah wanita itu letaknya sesuai adanya
Namun hari ini keadaan sebaliknya wanita sama2 bekerja didunia
yang mencabar seperti lelaki
Baik dan buruk yang ada harus diharungi sebaiknya
Hanya iman dan amal soleh, amal maaruf nahi mungkar,
dan Allah Taala benteng untuk kita
Bekerja dengan jujur, amanah jadikan pegangan kita
Masa depan seterusnya adalah dalam genggaman Allah jua
Doa yang dipanjat moga diterima olehNya
Suka duka bertamu bahagia akhirnya
Syurga firdaus impian kita semua.



























12 ulasan:

fzi berkata...

Salam shami2...
Anda seorang yang hebat...tahniah... :)
Teruja baca kisah kerjaya shami tu...moga Allah mudahkan urusan shami dalam kendalikan kerjaya serta r/tangga...aminn
btw tak dapat rasa lagi masakan kambing yang lama teringin dulu....bila kedai kat Rawang tu ON? Tak sabar nak rasa beriyani kambing... :)

shami2 berkata...

Salam Fzi

Alhamdulillah..tidaklah hebat sangat fzi, malu saya..heheh insyallah doa saban waktu moga urusan saya dan fzi juga dipermudahkan....

Kedai kat rawang blum on lagi..ada urusan tak selesai insyallah bulan mac...
Fzi bukan kedai briyani kambing, tapi...lamb chop..western menu..nanti cheq jemput semua kawan2 kat PDKM..hehhehe

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak Shami,

Sealiran kita..
Akk tak berminat nak buka firma qs sendiri?
Akk tnya boleh, akk registered qs?

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah, dalam apa jua pekerjaan yg kita lakukan, kejujuran dan keikhlasan sangat penting kerana nilai keberkatan rezeki yg kita perolehi itu yang lebih bermakna yg akan menjadi darah daging dan akan dipersoalkan kelak .

setiap sen yg kita perolehi dalam penuh keberkatan itu lebih baik dan bermakna dari jutaan ringgit yg diterima tapi penuh dosa dan noda

insyallah, Allah swt akan sentiasa bersama2

shami2 berkata...

Salam Sinomosa...

Ye dekk kita sealiran...
firma..Qs..mungkin tidak
Daftar pernah terfikir..tapi belum buat keputusan isi borang letak dalam laci meja...ofis hehhe
Kenapa...akak tak minat kearah itu...cukuplah sekadar makan gaji dan bantu mereka yg memerlukan

Seperti kata pak itam..

"setiap sen yg kita perolehi dalam penuh keberkatan itu lebih baik dan bermakna dari jutaan ringgit yg diterima tapi penuh dosa dan noda"....
Ilmu..itu penting dalam hidup..tapi gunalah sebaiknya dalam apa jua pekerjaan kita ...sebagai wanita apa yg kita hendak dalam hidup...kalau inginkan duit, kerjaya kita akan dapat itu aja...rumahtangga akan jadi no 2....banyak tgok kawan2 yg kejar kerjaya...rumah tangga lebur.....bagi akak..sederhana saja dalam kerjaya...inginkan hidup tenang, bahagia, aman dengan suami dan anak2....rezeki akan datang kalau kita berusha...

Salam CR...

Betui apa yg CR komen tu...bila kita sampai satu tahap kehidupan...wang ringgit dan dunia bukan segala2nya..tapi akhiratlah tempat kekal kita sebenarnya..

Terima kasih atas ingatan dan nasihat....

ainhany berkata...

salaam kak shahmi

ALHAMDULILLAH nie contoh QS berjaya!!
berjya membina dan memelihara tgungjwab degn amanah dan disiplin. Hanya keutuhan iman tunggak dlm benteng pembinaan dan penyenggaraan ..eh betuike ayat ceq nie...tapi mcm lebih kurang bunyinya dengan kerjaya akak kan...

tentu rasa gumbira dan berbangga dpt buktikan kepada generasi batu tanda kejayaan ..syukur besaq pahala tu buat kerja utk kemudahan ummah.

syabas dan tahniah kak..
muga bejaya dlm rumahtangga juga
AMIN

shami2 berkata...

Salam Dek ainhany..

Alhamdulillah dekk..

Terima kasih doamu dekk..rumahtangga adalah segala2nya...harta dunia tiada kekal selamanya..
Besaq pahala besaq juga dugaanNya..nak didik mereka2 yg kurang integriti diri aarr...sanggup gadai semua demi dunia ..tapi kalau dapat tegur mereka pun rasa bermakna sangat dekk lega rasa..jiwa...raga...hehhehe

Sebab utamanya kita penentu yg hak dan yg bathil...kita kena pertahankan yg hak tu...sebaiknya...moga ain dan keluarga juga bahagia hendaknya...mari kita saling mendoakan...sesama kita...insyallah

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

alhamdulillah. 15 tahun kira dah jadi otai gitu. anak saya pun qs.

rosli berkata...

Salam Shami2,

Tahniah kerna berjaya dengan semua projek 2009, hasilnya dapat di lihat dan diguna oleh ramai orang. Cabaran mmg getir , kerja tmpt panas, saya tabik, saya yang kerja pejabat ni dah jemu dengan permainan politik ofis, klu ikut hati nak berhenti ajer....tp komitment rumah dan sekolah anak2 masih ada.

Saya dah kerja 24 tahun, letih dengan politik ofis, kekadang ramai yang terlupa dosa dan pahala dan saya tidak terkecuali. Syukur buat umrah 2008, kini saya ada tmpt mengadu yg pasti 5 kali sehari....betul ckp you duit bukan segala.
Apa yang rezeki ckp pun sgt betul...masa senang, susah dan setiap saat mesti kena doa dan ingat pada Allah. Kuasa doa hanya Allah yang tahu.....Blok PDKM pengubat rindu Makkah dan Madinah....

Kita kena saling ingat mengingati dan doakan keluarga, kawan2 dan seluruh umat islam

shami2 berkata...

Salam Az...

15 tahun AZ..lamakan..hehheh kalau betul2 otai dah kaya raya AZ...saya hnay hamba Allah yg menumpang dibumiNya saja...huhuhuu kadang2 umpama mentimun dilenyek durian...tapi betuahkan jadi mentimun sebab semua bole dimakan hatta tak buang kulit pun...tapi durian...isinya bole dimakan..kulitnya nahas ler kalau makan....hikkks

Salam cik rosli

Alhamdulillah dah cecah 24 tahun kerja....politik ofis memang camtu..belum lagik politik negara...berbagai lakonan kita nampak yer..indah sungguh kalah pelakon filem barat...
Kita menumpang carik rezeki...dapat lawan dengan hati pun alhamdulillah..

suami saya dah ambik keputusan berhenti last 25hb nih...sebab tak tahan politik ofis larr bagai dah dihadapi akt ofis tu sampaikan 2, 3 boss dah tukar... dia dah kerja 16 tahun..dah tu dia aliran agama ajk masjid etc pulak puas dah solat istikharah...petunjuk dah ada...insyallah akan mula berniaga ....alhamdulillah rezeki untuk kami sekeluarga ada....

Semoga kita semua tabah menghadapi ujian Allah..walaupun tidak berada dan masih belum sampai dibumi Madinah dan Makkah saya dan suami tetap ...jitu berusaha teguh menegakkan perintah Allah sebaiknya....insyallah saya dan suami sentiasa berdoa dijemput Allah ke tanah suci ...suatu masa nanti...kesabaran dan ilmu pasti dilengkapi...juakan...

Mama Miraki berkata...

salam perkenalan....
kita sealiran.....

NGINAP SRENGENGE berkata...

Salam Shami2,

Tahniah kerana sanggup memikul t/jawab.
Bukannya senang.Itu kerjaya lelaki.

Wish you the best.
I pray for your success.

wassalam.