P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG
LOKASI KAMBING PANGGANG ~ DEPAN KEDAI PINTU WAI HONG BT 16 JLN LAMA RAWANG HUBUNGI TALIAN : 0129332709 /0192284344 : WAKTU BUKA JAM 4.00 PTG - 12 MLM. KEDAI TUTUP PADA HARI ISNIN MALAM SAHAJA

Isnin, 17 Jun 2013

PAK NGAH HILMI GRILL LAMB STEAK : MEE GORENG PAK NGAH











Suatu hari Shami dan Pak Ngah menyiapkan tempahan makanan menunya 
 mee goreng  Pak Ngah, alhamdulillah tempahan diterima 
sejumlah 50 bungkus mee goreng buat ahli mensyuarat
PIBG  SEPINTAR ~ Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.
Kerja memasak diurus, dibungkus dan dihantar sendiri oleh shami & Pak Ngah
kepada pelanggan seperti yang dijanjikan.
Foto di rakam untuk kenangan.


TANAMAN 




Foto terdahulu ~ bawang putih, halia & kunyit










Foto tanaman ini adalah hasil ujikaji ketika 
cuti musim persekolah dulu. 
Kini sudah 2 minggu berlalu 
hasilnya pokok kunyit mendahului diikuti pokok halia dan bawang putih.
Adik mimi telah menambah benih cili di situ, kelihatan sudah ada 3 pokok cili.
Begitulah hidup ini, apabila kita berusaha pasti akhirnya akan ada hasilnya, 
bertambahnya masa akan bertambah hasilnya. 

Hidup kita ini ibarat sebuah kebun
Dunia ibarat sebuah kebun
Akhirat adalah tempat kita mengutip hasilnya
saya fikir begitu. Anda bagaimana?

Selamat berfikir

Wasallam.

Sabtu, 15 Jun 2013

D"Sham Muslim Shoppe : Hari berkemas







Alhamdulillah, hari minggu datang lagi, seawal jam 5.30 pagi lagi 
shami dah bangun, memulakan rutin hari baru, menyediakan diri seperti kebiasaan
tepat jam 8.30 pagi shami dan Pak Ngah sudah ada di Pekan Rawang untuk hantar adik mimi ke kelas Hafazan. 

Kemudian kami sarapan bersama. 
Pak Ngah hantar shami ke kedai D Sham Muslim Shoppe, 
sementara dia ada urusan sendiri
hari ini kedai di buka se awal jam 10.00 pagi.
Sesi mengemas, menyapu, mengemop, alih letak barang 
dan perabot kedai pun dijalankan berpeluh juga sampai ke muka
insyallah sihat dan baik untuk kesihatan. Sambil mengemas shami pasang 
rakaman doa2, lagu2 nasyid & qasidah

Selesai semuanya, berehat sebentar, menyemak blog, 
kemudian seperti biasa, rutin2 harian seorang peniaga terus dijalankan. 
Antara rutin shami ketika di dalam kedai adalah mendengar bacaan ayat2 suci Al Quran.
dari iman Mekah yang disukai suaranya iaitu Iman Mishairy Rashid.

Bacaannya memang menyentuh kalbu...
kekadang boleh saja air mata mengalir..
hati pun tak keruan jadinya bayangan di tanah suci Makkah dan Madinah.
akan terimbau kembali....

setiap hujung minggu begitulah apabila berada di kedai...D'Sham Muslim Shoppe
Hari kerja, di pejabat pun begitu juga...
ofis dan bilik shami agak privacy jadi...memang pagi2 
suka pasang bacaan ayat2 suci Al quran sambil buat kerja...
itulah rutin seharian yang sering di rindu... 

Foto di atas di rakam untuk kenang -kenangan bila teringat
Makkah & Madinah...sebenarnya kenangan dan cara hidup di sana
ingin dilalui sehingga berada di Malaysia...setiap masa.
Allahuakbar....hampir setahun berlalu setelah kepulangan dari menunaikan umrah
segala urusan diri seboleh mungkin dipelihara sebagaimana di sana...
Mudah-mudahan hajat dan harapan shami dan keluarga ini dipelihara Allah SWT hendakNya...insyallah..

Satu perkongsian lagi..
waktu2 dinihari, cuba kita bangun, bersihkan diri,
berwuduk, solat dsbgnya, kemudian kita bacaa Alquran bersama tafsir ayat 
satu persatu, sambil2 tu berdoalah kepadaNya agar
 dibuka hati dan fikiran untuk memahami akan ayat2 suci tersebut insyallah
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Pemurah dan Maha berkuasa..

Segalanya mungkin....indahnya ..aktiviti tu  umpama/seolah2 
kita bercakap dengan Allah..
setiap ayat  Al quran dari pelbagai surah yang ada, mempunyai nasihat, teguran, doa, hukum hakam, sejarah kaum terdahulu dan kisah2 rasulnya..dan pelbagai lagi..
berikutnya masa2 terluang kita semak pula akan hadis berkaitan ayat yang di baca..juga merujuk kepada pelbagai rujukan yang ada , sesekali menjengah ke majlis ilmu, insyallah dunia maya yang tidak terbatas ini melalui komputer dan hp juga juga adalah jentera.
atau peralatan/ perkakasan yang ada penuh dengan ilmu andai di gunakan sebaiknya...
insyallah....segala masa kita yang ada sentiasa terisi...
hari yang dilalui..indah dan bermakna...
kita hidup dalam redha dan rahmat Allah

Pilihan ada ditangan kita....
harap sama-sama jangan kita sia-siakannya 
walau dimana berada, di dalam kereta, berehat di rumah, berada di dapur, hatta berada di depan tv, bekerja di ofis, dll
bacalah Al quran, paling tidak pun dengarkanlah bacaan ayat2 suci Al quran
baca, faham,amalkan  dengar faham amalkan..
iannya mukjizat...penawar segalanya....juga
teman akrab yang akan menemani kita hingga 
ke barkzah nanti....

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

Wasallam...










Jumaat, 14 Jun 2013

Meniaga




Syaaban mara lagi untuk hari ke 5 bagi tahun 1434 Hijrah. 
Alhamdulillah, hari ini  Jumaat penghulu segala hari, 
sudahkah malam tadi diri kita bangun sekian kalinya bermunajat kepadaNya di 1/3 malam yang akhir untuk dekat di sisinya  memohon ampun, membaca ayat2 suci Al quran, berzikir, berdoa, bermunajat dan sebagainya...
mudah-mudahan kita semua sudah pun sama2 menunaikannya.

 Foto di atas dirakam ketika saya mengikut Pak Ngah Hilmi ke Pasar, 
Saya hanya menunggu di dalam kereta, 
waktu terluang saya meninjau2 sayur-sayuran yang di jual berhampiran. 
Para penjual terdiri daripada warga Myanmar, 
sayuran yang dijual juga lebih murah,
boleh dibeli ikut kuantiti yang kita perlu sahaja. 

Pernah beberapa kali saya melihat sayur diturunkan dari lori atau 
van untuk diserahkan kepada warga Myanmar ini untuk diniagakan. 
Begitulah mudah dan rajinnya rakyat asing bekerja 
di negara kita.


PERKHIDMATAN MEMBEKAL AIR ZAM-ZAM
DARI D'SHAM MUSLIM SHOPPE



RM 130.00 bagi 10 liter


RM 15.00 bagi 350 ml

D'Sham Muslim Shoppe kini menyediakan perkhidmatan
 membekal air zam- zam dari kedai kami ke pintu rumah anda. 
Lokasi pilihan adalah sekitar Rawang, 
Tasik Puteri, Sg Buaya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa 
Selayang, Gombak, Batu Caves dll yang berhampiran.
Sila hubungi kami untuk tempahan.
Minimun pembelian 
1 botol untuk 10 liter 
6 botol bagi 350 ml



BUAH KURMA

Kurma Ajwah dan Ambar RM 120 sekilo
Kurma Safawi, Sukkari & Mabroom = RM 75.00 sekilo

Wasallam







Selasa, 11 Jun 2013

PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK : PERABOT KEDAI & HOMESTAY KLEBANG MELAKA

PERABOT KEDAI





HOMESTAY DI KLEBANG MELAKA



 Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak serta peti sejuk



 Ruang tamu


 Satu-satunya bilik tidur utama


 Bilik air/tandas


Dari dapur menuju ruang tamu




 Ruang ampai baju di belakang rumah




Alhamdulillah baru-baru ini semasa mengikut Pak Ngah ber katering 
ke Melaka tempohari, kami di sekeluarga telah di sediakan 
sebuah homestay untuk menginap.

Foto di atas adalah gambaran suasana dalam homestay berkenaan, 
luas dan selesa dilengkapi perabot, peralatan dapur serta penghawa dingin (aircond).
Begitulah layanan terbaik yang saya terima daripada pelanggan BBQ kambing bagi pengurusan katering makanan untuk majlis Aqiqah.

Manakala foto di atas sekali adalah antara perabot kedai yang 
telah ditukar baru-baru ini.
Pertukaran ini adalah dari hasil maklumat 
seorang hamba Allah kepada kami.
Peluang yang ada tidak disia-siakan.

Manakala sebahagian perabot yang ada adalah  
daripada sumbangan  
  secara percuma kepada kami. Alhamdulillah.
Demikianlah, antara bentuk2 pertolongan Allah SWT untuk kami sekeluarga 
dalam mengharungi dunia perniagaan..yang serba mencabar ini.


"Maka nikmat Allah yang mana satu, lagi hendak di dustakan"

Semoga kita semua dikurniakan fikiran yang positif serta hati yang tulus ikhlas
dalam mengharungi hidup yang sementara ini, agar redha Allah SWT sentiasa bersama kita, insyallah...

Wasallam







SYAABAN & PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK PENGUMUMAN




Masak lemak cili api ikan salai


Ayam goreng



 Kari kepala kambing


Ulam2 (salad melayu) dan  salad untuk BBQ kambing



 BBQ kambing Aqiqah










 Kumpulan Marhaban


Salam  1 Syaaban  bagi tahun 1434 hijrah, 
alhamdulillah dan insyallah kurang lebih sebulan lagi kita semua umat islam 
akan menyambut pula bulan Ramadhan...
Di dalam tempoh sebulan ini, ada ramai sahabat2 kita yang berhajat untuk mengadakan 
Majlis Aqiqah, doa selamat & kesyukuran  di atas kejayaan anak2 menempatkan diri di pusat pengajian tinggi dan sebagainya ...

Kali ini kami di Pak ngah Hilmi grilled Lamb menerima tempahan 
daripada seorang hamba Allah @ sahabat kita yang ingin 
menunaikan ibadah Aqiqah buat anaknya.

Perkhidmatan katering kami dibumi Malaysia ini tentunya menu pilihan juga adalah dari 
pilihan citarasa rakyat Malaysia, kalaupun ada menu western pilihannya adalah menjurus kepada sphageti, Garlic bread, Mushroom soup, udang & sotong goreng tepung
Thousand Island dll. Menariknya walaupun pasangan tuan rumah berlainan keturunan atau tetamunya jemputannya terdiri dari berlainan bangsa menu masakan Malaysia 
tetap menjadi menu utama. 

Berbalik kepada majlis sahabat kita ini, 
Antara menu yang ditempah adalah seperti berikut:

Kambing Aqiqah  @ BBQ kambing @ Salad, coslow, mashed potato
  & kari kepala kambing 
Masak lemak cili api ikan keli salai
Ayam goreng berempah
Sayur campur
Ulam2 & sambal belacan
Air panas & sejuk
Buah-buahan tempatan (ikhsan tuan rumah)

Sejak awal pagi semua krew kami bersedia 
ikan keli subuh2 pagi telah di salai
diikuti segala persediaan rempah ratus untuk semua menu masakan
alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan selesai dengan baik.


PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa kami di PHGLS
ingin mengumumkan seperti berikut:

BERSEMPENA DATANGNYA RAMADHAN AL MUBARAK
RESTORAN PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB 
MENAWARKAN :

BUFFET RAMADHAN 
TAWARAN HARGA ADALAH RM30.00 BAGI DEWASA DAN RM18.00 BAGI KANAK2
WAKTU PERSEDIAAN 6.30 PETANG HINGGA 8.30 MALAM
RUANG SOLAT DISEDIAKAN.

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN AWAL & MAKLUMAT LANJUT


PERKONGSIAN ILMU & ULANGKAJI

Bersempena datangnya Syaaban, bulan yang penuh rahmat ini, sekali lagi jom kita audit diri kita dan ulangkaji semula ilmu untuk di amalkan. 
Harap kawan2 semua dapat membacanya dengan 
penuh sabar hingga tamat catatan ilmu ini.


SYAABAN  


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. 
Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. 
Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. 
Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. 

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. 

Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. 
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

 Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah

Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. 

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. 

 Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: 

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

 Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.

“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

·Memperbanyakkan puasa sunat.
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 

Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

·Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: 

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

·Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 

"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : 

Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. 

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: 

Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: 

“Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: 

“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. 

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Wasallam