P" NGAH HILMI KAMBIN P'GANG

Ahad, 4 Januari 2015

Salam Maulidur rasul 1436 hijrah & Januari 2015


KEBUN SAYA 



Pokok telang 



Bawang di tanam untuk dapatkan daun bawang
(Kali ini guna bawang besar)




Pokok kunyit


PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK & KATERING



Paha Kambing @ lamb drumstik



Side dish BBQ kambing



Kari kambing



Dalca




Kurma kambing




Alhamdulillah, 
PHGL menyiapkan beberapa tempahan makanan yang ditempah pada hari sambutan 
Maulidur Rasul, pelanggan memilih cuti hujung minggu sempena tarikh istimewa ini, 
Semalam, 12 Rabiulawal bagi tahun 1436 Hijrah
umat islam seluruh dunia meraikan hari maulidur rasul...

SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA.....




KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH KATERING MAKANAN BAGI PELBAGAI MAJLIS DARIPADA PHGL SILA HUBUNGI  @ WSSUP SAYA MELALUI HP NO YANG TERTERA...DI BLOG INI.

Genap 4 hari kita semua telah memasuki tahun masehi 2015. 
begitulah adanya...praktis kalender yang diguna pakai di negara kita Malaysia hari ini.
Semoga kehidupan, ibadah , kerjaya dan apa yang kita buat tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas, walaupun wujud pelbagai isu semasa negara yang 
mencetuskan pelbagai rasa, kepada jiwa2 kita semua...insyallah.

Mudah-mudahan, berkat doa dari kita semua, segalanya  akan dapat di lalui dengan
tabah,hasil muhasabah ..setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahNya..
Perbanyakkan bersabar, perbaikilah akhlak kita, carilah ilmu, amalkan, sampaikan, lakukanlah banyak2 kebaikan...bersyukur dengan apa yang ada, semai dan bajailah sifat mahmudah dalam diri kita insyallah dari situ jiwa kita akan terdidik...


Hampir 11 hari saya tidak menulis, tetiba semalam adik mimi merayu, kepada saya 
supaya menulis dan update blog SDH & jurnal kehidupan..
Ya anak-anak & suami, adalah antara pembaca blog saya..
Bahan dan cerita adalah perkara yang berlaku disekeliling kami sekeluarga.
Khusus sekitar aktiviti saya dipejabat, keluarga kami di RP juga perniagaan milik kami, (semua itu pinjaman dan amanah Allah hakikatnya).


Inilah medan saya berkarya...disepanjang perjalanan hidup ini
saya juga masih belajar dan menimba pengalaman..proses pembelajaran itu tidak pernah 
berhenti sehinggalah akhir hayat kita semua.

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sentiasa menyokong 
dan membaca tulisan saya....walaupun secara silent reader...
Terima kasih kepada Prof Kamil, kerana menelefon Pak Ngah...
bertanyakan khabar dan lokasi kedai....masyallah...sekian lama tidak berhubung.

Prof Kamil & isteri adalah antara VIP..pernah hadir ke kedai PHGL pada tahun 2012
bersama tetamunya dari Madinah, iaitu Sheikh Khalid sekeluarga..
  FB &  UMKI adalah antara medan saya mengutip  & berkongsi ilmu dengan suami
dari dunia maya...masyallah, tabarakallah..
Saya kenang semuanya itu, ia datang kerana Allah..


Mudah-mudahan ada yang bermanafaat dari blog saya ini..disepanjang penulisan saya selama  ini dapat di kongsi...dan dijadikan tauladan.
Andai ada wujud apajua respon yang sebaliknya....saya doakan moga mereka yang membaca itu sentiasa didalam rahmat Allah...
 selebihnya saya serahkan kepadaNya,
Kita merancang , Allah juga merancang, 
 Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita semua.
Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jiwa manusia itu di dalam gengamanNya...
Sentiasalah berdoa mengharap kepadaNya...


KONGSI ILMU


TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH
TIADA IDOLA SELAIN NABI
TIADA KATA SEINDAH ALQURAN
TIADA JALAN SELURUS SUNNAH
TIADA PERJUANGAN SELAIN ISLAM





Wasallam

Tiada ulasan: