Khamis, 23 Oktober 2014

Jalan-jalan santai cuti umum Deepavali














Alhamdulillah, penat bekerja, inginkan terus bersemangat waja
inilah sebahagian catatan yang tertulis,
 tentang kunjungan kami ke sebuah kedai
 Nasi Bamboo Sg Klah, kreativiti pemilik
menjadi pilihan rancangan majalah 3 seminggu yang lalu.

Alhamdulillah,  Foto menceritakan semuanya.
Beginilah keadaannya, ramai orang,bermacam-macam pula ragamnya, 
Ada beberapa detik yang indah yang  buat saya terkenang 
bila para pengunjung saling bertegur sapa
antara satu sama lain, ramah berbudi bahasa, 
sabar menunggu giliran masing-masing....berbual sambil beratur panjang
panas pun tidak terasa, suasana bagaikan macam majlis kenduri di kampung
Perniagaan ini  diusahakan sekeluarga
Ayah, ibu dan anak2.... 
Masyallah......

Setelah beredar dari situ, kami singgah pula ke sebuah nuseri 
RIMBUN MAHLIGAI RESOURCES pula, untuk meninjau pokok-pokok idaman.
Perniagaan ini milik seorang wanita Puan Noraini Bt Mohd Amin
yang diusahakan bersama anak-anaknya, 
Harga pokok berpatutan,  banyak pilihan, segar dan cantik, 
 pokok yang saya hajatkan memang ada. 

Saya beli mana yang diinginkan, pastinya ada nilai dan manfaat untuk seisi keluarga.
 Suka melihat mereka bekerja, ruang bekerja, sangat santai
dihiasai dengan pokok2 bunga pelbagai warna, indah dan permai...
 aura dan semangat mereka bekerja penuh keceriaan....
Ibu adalah pemimpin, pengerak juga pembakar semangat buat anak2....
Masyallah....


MOTIVASI HARI INI

Orang yang BERANI adalah orang yang sanggup 'membayar harga'


ketakutan yang dialami untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.


Cara untuk menjadi berani adalah ketepikan apa orang akan kata. 

 Pasang niat dan usaha.

Allah tak pandang hasil yang kita dapat, tapi Allah pandang usaha.



























Wasallam

1 ulasan:

afeezz berkata...

saya pon ade tgk majalah tiga pasal nasi bambu sungai klah tu. insyaAllah, bulan depan nak ke penang, on the way pergi atau balik nak singgah...