Rabu, 28 Mei 2014

Alatan ibadah haji & umrah








Alhamdulillah, malam tadi menerima kunjungan
bakal tetamu Allah yang akan berumrah tidak lama lagi.
Mereka datang dari Pahang Darul Makmur
dibawa oleh anak-anak untuk persiapan bekalan peralatan ibadah.

Terima kasih kerana berkunjung, 
mereka adalah pasangan suami isteri
warga emas, yang telah dihadiahkan oleh anak-anak pakej menunaikan 
ibadah umrah, sementara menunggu panggilan haji.

Ini adalah perjalanan ibadah umrah mereka yang pertama
banyak ilmu di kongsi, akhir sekali 
saya terkesan pak cik itu menitiskan airmata
dan teresak-esak menangis bilamana
jalan-jalan cerita dan perkongsian ilmu itu
disampaikan oleh suami.

Begitulah kita ini, bilamana rahmat dan kasih sayang Allah itu
terasa dekat benar dihati...
tiada ungkapan dapat di luahkan melainkan
airmata sahaja yang mampu menterjemahkan hati dan perasaan kita
Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar.

info:
Stok bekalan lip balm untuk tetamu Allah sudah tiba. Sila hubungi saya untuk
mendapat bekalannya.


Wasallam


Tiada ulasan: