Selasa, 4 Februari 2014

Phgl: Aktiviti sempena cuti CNY & Hari Wilayah













Alhamdulillah, selesai sudah cuti hujung minggu yang panjang 
sempena CNY dan Hari Wilayah untuk saya yang bekerja di KL. 
PHGL juga telah pun menyiapkan uniformnya barunya.
lalu foto dirakam untuk kenang-kenangan.

Buat pertama kalinya saya mencuba untuk menyediakan
pencuci mulut bagi pakej katering makanan yang ditempah.
 Kajian dan pengalaman adalah dari percubaan seterusnya, insyallah.





Aktiviti kami sekeluarga pada suatu pagi cuti, berkunjung ke
Pasar Kemboja Kampung Kubu Gajah Merbau Sempak Sungai Buloh.
Jalan-jalan tengok orang berniaga di awal pagi.
Meninjau sendiri suasana perniagaan di sini.
Foto dirakam untuk kenangan.


Lama benar bercuti, kebanyakkan masa dihabiskan di Restoran PHGL
Suatu tengahari pulang kerumah, saya menerima tetamu yang ini.

Tetamu yang ini menumpang teduh dibahagian tingkat atas 
 rumah saya bersama 2 anak kecilnya. 
Itulah gayanya ...terkejut dan emosi bila abang cik an mengusiknya, 
 foto dirakam untuk kenangan.

Meraih Berkah Dengan Sedekah

sedekah


Apa yang kita pakai akan hancur. Apa yang kita makan akan jadi najis. Apa yang kita sedekah akan kekal.”— Ustaz Azhar Idrus

Memberi adalah sifat mulia yang mampu menghakiskan sifat kedekut manusia. Sesiapa pun boleh memberi selagimana dia mampu dan berusaha.

InsyaAllah. Orang yang mempunyai harta dan orang yang tidak mempunyai harta harus belajar dan mengamalkan sifat memberi. Belajar dan terus belajar agar nanti, sifat ini terus melekat pada diri. Menjadi suatu kelaziman dan kebiasaan kita.

Percayakah anda, bersedekah akan menjadikan kita kaya? Sila baca artikel menarik ini: 


Bagi orang yang memiliki harta, keluarkanlah hartamu ke jalanNya. 
Bantulah yang lain, yang memerlukan. 
Kerana tidak semua insan daripada kita mempunyai harta.

Jadi, insan yang memiliki harta lakukanlah ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai harta. Bagi insan yang tidak mempunyai serta memiliki harta, usah bersedih.

Masih ada jalan lagi untuk kita mengerjakan ibadah sekalipun kita tidak mempunyai harta berlipat ganda. Lakukanlah kebaikan sekalipun sebuah senyuman.

Murahkan doa sekalipun tidak mampu untuk berbahasa syurga. Sebarkanlah salam serta pereratkan ukhuwah sesama umat manusia. 
Elakkan menunggu dan mengharap sahaja
Satu sedekah beribu berkah.
Hatta dalam bentuk sumbangan kudrat kita.

Kerana, setiap kebaikan itu adalah sedekah. 
Dan setiap sedekah itu meraih pahala daripada Allah SWT. 
Sama ada kita berharta mahupun tidak, didiklah diri untuk berbaik sangka sesama kita. Ubat hati.

Memberi juga adalah sunnah mulia Rasulillah SAW. Baginda SAW dan sifat memberinya sangat mengagumkan. Jika didapatinya satu biji kurma pun, pasti baginda SAW akan tetap memberi.

Jika sedikit nikmat pun Rasulillah SAW mudah untuk memberi, kenapa kita yang mendapat banyak nikmat sukar untuk memberi?

Berilah walaupun tiada, sedikit, hatta banyak harta maupun  sumbangan dalam bentuk tenaga kudrat tubuh badan kita. Allah SWT dan Rasulillah SAW memberi, kerana ingin mendidik bangsa manusia akan tentang kemuliaan.

Di mana, dalam kemuliaan itu ada sifat kasih sayang sesama kita. Tidak dilupakan juga, insan yang memberi itu adalah insan yang cinta akan Tuhan dan Rasul.

Insan yang memberi itu adalah insan yang taat dan bertaqwa. Insan yang memberi itu adalah ahli syurga.

Wasallam

Tiada ulasan: