Selasa, 25 Februari 2014

Musim panas & tetamu Allah.






D'SHAM MUSLIM SHOPPE










Alhamdulillah, selama tempoh saya bercuti menulis 
setiap yang dipertanggungjawabkan tertunai dengan baik.

Semuanya berjalan lancar,  
Hari-hari yang dilalui dijalani dengan penuh semangat.
Iringan doa dan zikir sentiasa basah dibibir dan tersemat di hati.
Itulah teman setia, anugerah dariNya yang telah dapat saya hayati 
dalam tempoh 2 minggu ini. 

Sungguh terkesan di hati, 
insyallah saya ingin jalani rutin 
harian seterusnya sebegini lagi, 
mudah-mudahan ia kekal menjadi rutin
yang abadi.

Cuaca semasa ketika ini, panas, dan kemarau, 
lihatlah foto yang sempat saya rakamkan.
Pepohon dan juga rumput yang tidak mampu menghadapi senario cuaca sebegini
akan rentung sendiri, yakni rentung menerima 
panahan matahari. 
Berkemungkinan boleh saja terbakar dan  
mengeluarkan api. 
Itu hanya andaian saya, 
mudah-mudahan tiada apa yang berlaku.

Kebelakangan ini juga kedai D'Sham Muslim Shoppe 
menerima ramai kunjungan bakal-bakal tetamu Allah yang akan berumrah.
Alhamdulillah, sebahagian besar keperluan yang dihajatkan
ada dijual. Tempahan kini boleh saja di buat melalui whatsAp ianya lebih jelas
dan bergambar pula. 

Alhamdulillah saya bersyukur 
perniagaan ini sedikit sebanyak telah membantu, 
para tetamu Allah tersebut untuk mendapatkan 
segala keperluan yang dihajatkan
dengan lebih mudah. 

Kedai saya ini tidaklah semewah kedai-kedai lain, 
saya persembahkan segala susun atur kedai mengikut 
kemampuan dan naluri sendiri.
Ilham saya ini  hanya biasa-biasa, 
Ada antara pelanggan selesa kerana boleh duduk-duduk santai
sambil melepaskan lelah , menumpang solat, 
serta berkongsi cerita tentang pengalaman dan ilmu
untuk menjadi tetamu Allah.

Itulah tawaran istimewa dipremis perniagaan saya.
Konsep perniagaan saya ini mungkin berbeza, dari kedai-kedai yang lain
dan tidak pernah pun rasanya dibuat oleh mereka yang lain.
itulah kelainan yang ditampilkan.

Saya berniaga, 
 memudahkan pelanggan mendapatkan segala 
keperluan barangan ibadah yang diperlukan. 
Pelanggan boleh membeli sambil berkongsi ilmu bersama saya.
penghujungnya, pelanggan pulang bersama barang dan  ilmu yang sedikit,
 mudah-mudahan berguna untuk di amalkan.
Masa yang sedikit itu telah digunakan sebaiknya perlaksanaannya 
penuh bermakna bagi saya.

KONGSI ILMU

Allah memaparkan beberapa contoh ujian Allah dalam bentuk kesusahan seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” 
(Surah al-Baqarah, ayat 155)

Berpandukan ayat itu dapat dirumuskan bentuk ujian Allah iaitu ketakutan untuk menghadapi musuh Islam dan menghadapi hari mendatang.
Kelaparan, kerana ketiadaan makanan atau mungkin juga tidak mampu untuk mendapatkan makanan akibat harganya terlalu mahal, tanam-tanaman tidak menjadi disebabkan musim kemarau atau bencana alam lain.

Islam sudah menunjukkan jalan terbaik bagi menghadapi ujian Allah seperti bersabar seperti pesan junjungan besar Nabi SAW yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang beriman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” 
(Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah yang menentukan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” 
(Surah al-Mukmin, ayat 44)





Wasallam











2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Insyaallah
moga terus maju jaya

Unknown berkata...

As salam Cik Rozali

Alhamdulillah, insyallah.
Terima Kasih.

Nota: Pengalaman berniaga Pak itam @ rezeki pencetus minda saya.